MASA EPISOD 2
Ayra Hazirah ambil sepucuk pistol Glock-22 secara rawak. Wanita itu teliti pistol tersebut sebelum halakan pada Aqeef atau lebih dikenali sebagai ejen Zer. Aqeef sedang berdiri membelakangi Ayra , lelaki itu sedang sibuk belek busur pemanah.
"Zer" Panggil Ayra dengan nada yang perlahan tapi Aqeef tetap dapat dengar suara Ayra.
Aqeef terus tundukkan badannya dan berguling di atas lantai agar jauh dari tempat dia berdiri. Jantung Aqeef terus berdegup dengan laju sebaik dengar dua das tembakan dikeluarkan. Satu das tembakan dikeluarkan sebaik Aqeef tundukkan badan sementara satu lagi das tembakan dilepaskan sebaik Aqeef berguling menjauhi tempat dia berdiri.
Aqeef duduk seolah duduk melutut , lelaki itu betulkan pernafasannya sebelum lihat lantai tempat dia berdiri sebentar tadi dan lihat papan target memanah yang berada di hadapan tempat Aqeef berdiri tadi.
Betul sangkaan Aqeef , Ayra lepaskan tembakan betul - betul pada tubuh Aqeef. Kalau lah lelaki itu lambat bertindak atau tak dengar panggilan Ayra , pasti Aqeef sudah kena satu das tembakan sama ada di lengan atau di bahu belakang.
"Pantas. Tapi belum cukup pantas" Ayra bercakap menggunakan nada dinginnya.
Aqeef menelan liur. Lelaki itu tidak marahkan Ayra kerana ini adalah salah satu latihan kepantasan buat para ejen dan sebenarnya Ayra dilatih oleh Daniel lebih teruk daripada ini.
"Baiki sixth sense kau , kau langsung tak sedar aku ambil pistol tadi. Kau juga langsung tak sedar aku acukan pistol pada kepala kau. Kalau kau nak aku beri tahap 1 pada kau , sila baiki sixth sense kau" Ayra bercakap sambil letak semula pistol itu di atas meja.
"Kau tak mahu ajar aku? Bagaimana cara untuk baiki sixth sense?" Aqeef bertanya. Lelaki itu masih duduk dalam keadaan melutut.
"Mana hormat kau pada orang atasan kau?!" Suara Firdaus menegur Aqeef membuatkan Aqeef tersentak. Aqeef terus bangun dan berdiri tegak.
"Jangan sesekali jeling atau bercakap begitu dengan orang atasan kau. Kalau aku nampak kau buat begitu sekali lagi , aku akan beri penalti terus" Tegas Firdaus.
Firdaus ambik sepucuk pistol Koch MK23 dan terus lepaskan berdas - das tembakan pada bahagian kaki Aqeef. Menggelupur Aqeef dibuatnya , terlompat - lompat lelaki itu mahu elak daripada kena tembakan - tembakan tersebut.
"BERMY!" Ayra terus rampas pistol itu daripada tangan Firdaus.
"Kau tak ada hak nak latih anak buah aku seperti mana kau latih aku!" Marah Ayra.
"Jangan berlembut Deas! Aku benci ketua yang berlembut dengan anak buah dia!" Firdaus tengking rakan setugasnya.
"Aku juga benci orang yang cuba untuk cederakan anak buah aku! Mereka tugas aku! Aku tahu bagaimana mahu latih mereka! Mereka bukannya dilatih untuk jadi ketua ejen tapi mereka dilatih untuk jadi ejen! Kau tak boleh samakan latihan anak buah aku dengan latihan yang kau beri pada aku!" Ayra membalas dengan lantangnya.
Firdaus hanya lepaskan dengusan geram. Firdaus kemudian lihat Aqeef semula yang sudah berdiri tegak di hadapan mereka , "Begitu cara Deas baiki sixth sense dia. Deas kena lima das tembakan di lengan , tujuh das tembakan di kaki , dua das tembakan di tubuh belakang sebelum dia dapatkan sixth sense yang sangat sempurna"
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...