Fleur Sophia ambil tilam gebu kepunyaan Fahnaz Abizar dan letakkan tilam tersebut di atas sofa ruang tamu , rumah mereka.
Harraz Falikh kemudian letakkan Fahnaz yang sudah tidur di atas tilam tersebut. Harraz duduk di sebelah tilam itu sambil tepuk peha Fahnaz agar anak lelakinya itu terus tertidur.
"Come Sayang" Harraz hulurkan tangan kanannya pada Fleur apabila Fleur terus berdiri dan lihat wajah Fahnaz.
Fleur sambut tangan Harraz membuatkan Harraz tarik tangan isterinya dan bawa Fleur duduk di sebelah kanannya.
"Cepatnya Fahnaz membesar" Omel Fleur lembut.
"Fahnaz baru empat bulan sayang" Jawab Harraz.
"I know but still , he's grown up so fast"
"Semua orang membesar pada setiap saat. Sebab tu kita perlu hargai setiap masa bersama orang yang kita sayang" Ucap Harraz baik.
Fleur diam sahaja , lihat ke arah anak lelakinya yang nyenyak tidur di atas tilam.
"Sayang , do you know , people miss you?" Harraz lihat wajah Fleur.
Wajah Fleur terus bertukar hairan , "Siapa? Abang - abang sayang?"
Harraz menggeleng , "The one who loves you" Harraz masih berkias.
"Siapa? Abang ke?" Fleur tersenyum kecil.
"Abang selalu rindukan sayang tapi bukan diri abang yang abang maksudkan. Maksud abang , orang di sosial media" Beritahu Harraz.
Fleur mengangguk faham , "Mana abang tahu mereka rindu pada sayang?"
"Sebab mereka minta abang upload gambar sayang yang sekarang" Harraz mula keluarkan telefon pintarnya.
"Tengok ni" Harraz buka instagramnya dan terus buka gambar latest yang Harraz upload semalam.
Terdapat banyak komen , meminta agar Harraz muat naik gambar bersama Fleur yang terkini. Berita tentang keadaan Fleur yang sekarang sudah tersebar di setiap pelosok sosial media. Jadi ramai yang mahu tahu , rupa Fleur yang terkini.
Fleur tersenyum lihat komen - komen yang risaukannya. Fleur tahu , ramai yang doakan kesihatannya sebelum ni. Semuanya , Harraz sudah ceritakan pada Fleur.
"Abang nak upload gambar sayang ke?" Soal Fleur sambil hulurkan semula telefon itu pada Harraz.
"Bukan la macam tu. Abang cuma beritahu , kalau sayang tak nak abang upload gambar sayang , tak apa lah. Abang tak buat apa - apa" Ujar Harraz.
Fleur diam untuk beberapa saat.
"What if , kita tak payah upload gambar sayang tapi buat live je" Fleur cuba beri alternatif lain.
"Sayang nak buat live?" Harraz angkat kedua belah keningnya.
"Buat live dengan tujuan untuk berbual dengan mereka. Tanda terima kasih sebab risaukan sayang dan doakan sayang walaupun sayang bukanlah sebahagian dari keluarga mereka. Tapi cara mereka risau , seolah sayang sebahagian dari hidup mereka. Jadi tak salah kalau sayang nak berbual dengan mereka"
Harraz mengangguk.
"Tapi sayang nak guna akaun abang dan abang pun kena ada sekali dalam live tu" Ujar Fleur.
"Okay. Bila sayang nak buat?"
"Sekarang pukul berapa?" Fleur bertanya balik.
"Baru nak masuk pukul sembilan"
"Okay , sekarang" Fleur terus bangun dan naik ke atas untuk ambil tudung dan purdahnya.
Tergamam Harraz dibuatnya. Sungguh , tiada siapa yang dapat agak pemikiran Fleur Sophia ini.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Cerita PendekFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...