[ 03 ] ANAK

7.4K 493 53
                                    

ANAK EPISOD 3

Dayyan Aqil tundukkan sedikit badannya , melihat dua malaikat kecil yang ditunggu oleh Hawa dan Dayyan selama sembilan bulan ini.

Senyuman manis mula terukir di bibir Dayyan. Tangan sasanya mengusap kepala bayi lelaki tersebut dengan lembut. Dayyan kemudian usap wajah mulus bayi perempuannya pula.

Mata Dayyan terasa pedih dek menahan air kata. Cantik dan kacak benar rupa anaknya. Bersih , harum sahaja baunya.

"Bismillahirrahmanirrahim" Dayyan berbisik perlahan sambil dukung anak lelakinya dengan berhati - hati.

Dayyan dekatkan bibirnya pada telinga kanan bayi lelaki tersebut untuk alunkan azan sebelum ubah posisi dukung si kecil itu. Dayyan kemudian iqamah pula di telinga sebelah kiri.

Selesai buat keduanya , Dayyan kucup dahi anak lelakinya dengan sangat lembut.

"Assalamualaikum , Qutsam Sufyan bin Dayyan Aqil. Bismillah , selamat datang ke alam ciptaan Allah. Terima kasih kerana hadir dalam hidup daddy dan mummy. Nama Qutsam Sufyan di ambil dari dua orang sahabat Nabi yang mempunyai rupa paras yang hampir sama dengan Rasulullah. Nama Qutsam Sufyan juga merupakan cadangan dari mummy Fleur. Qutsam doakan agar sepupu Qutsam , Fahnaz Abizar , sembuh ya? Pasti Fahnaz seronok bila jumpa Qutsam nanti. Assalamualaikum , anak pertama daddy" Dayyan bercakap dengan sangat perlahan sebelum letakkan semula anaknya di dalam baby cot hospital.

Dayyan dukung pula si kecil yang dibedung menggunakan kain bewarna merah jambu. Dayyan lakukan perkara yang sama , alunkan azan di telinga kanan serta iqamah di telinga kiri. Itulah Sunnah Nabi Muhammad SAW.

"Assalamualaikum , Qaireen Asma binti Dayyan Aqil. MasyaAllah..cantiknya bidadari kedua daddy. Qaireen , nama awak dipilih oleh daddy dan mummy sendiri sementara Asma adalah nama yang dipilih oleh atuk dan nenek daripada kedua belah keluarga. Alam ciptaan Allah itu terlebih indah tetapi akan jadi menyeramkan jika Qaireen memilih jalan yang salah. Jadi anak yang solehah dan dengar cakap daddy serta mummy kerana apa sahaja yang kami larang adalah yang terbaik buat anak kami. Assalamualaikum , anak kedua daddy" Dayyan kucup dahi anak perempuannya sebelum letakkan Qaireen di dalam baby cot hospital semula.

Jujur , Dayyan tidak boleh lepas dari memandang kedua bayi tersebut. Dayyan tak percaya , kedua itu adalah anaknya sendiri tapi apa yang Dayyan pasti , mereka adalah anak Hawa NurIman kerana keduanya mempunyai kulit yang cerah dan licin , sebiji seperti isterinya.

"Abang" Suara Hawa tiba - tiba kedengaran membuatkan Dayyan menoleh lihat isterinya yang sedang terbaring di atas katil hospital.

Senyuman Dayyan makin lebar apabila lihat Hawa sudah sedar dari tidurnya , "Assalamualaikum , bidadari pertama Dayyan Aqil" Dayyan menapak ke katil isterinya dan duduk di hujung katil.

"Hawa baru bangun tidur..abang dah buat Hawa senyum" Hawa letakkan tangannya di peha Dayyan.

Dayyan ambil tangan isterinya dan bawa ke dalam genggaman. Kening Hawa di usap perlahan - lahan , "Cantiknya isteri abang" Puji Dayyan.

"Abang.." Hawa turunkan tangan suaminya.

"Terima Kasih , terima kasih sebab bertarung nyawa , lahirkan anak abang" Dayyan kucup tangan isterinya lama membuatkan Hawa tatap wajah Dayyan dengan sebuah perasaan yang tak dapat Hawa ungkapkan bagaimana rasanya.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now