ANAK EPISOD 2
Tatkala jam menunjukkan pukul empat pagi , Fleur dan Harraz terjaga serentak apabila dengar Fahnaz menangis. Fleur terus bangun dari pembaringannya dan bergerak ke katil Fahnaz.
Fahnaz sudah duduk di atas katil sambil nangis teresak - esak. Fleur turunkan penghadang katil sebelah kiri dan dukung anak lelakinya.
"Kenapa sayang?" Fleur bertanya.
Fahnaz langsung tak berhenti menangis walaupun Fleur sudah dukungnya. Perkara itu buat Harraz panggil doktor untuk periksa keadaan Fahnaz.
Fleur duduk di atas katil dan letak Fahnaz di ribanya. Fleur lihat tangan kiri Fahnaz , balutannya masih kemas , jadi jarum drip itu tidak tertanggal. Fleur lihat pula kepala anaknya , kapas juga masih terletak elok , menutupi luka jahitan si kecil itu.
Fleur lihat wajah Fahnaz dengan teliti kali ini dan baru Fleur perasan yang wajah Fahnaz agak pucat.
"Fahnaz" Fleur gosok dada anaknya untuk redakan tangis si kecil itu.
"Allahuakhbar Fahnaz..jangan buat mama risau macam ni" Badan Fleur kembali menggigil dek takut.
Tak lama lepastu , Harraz kembali bersama seorang doktor. Doktor itu terus pakai stetoskopnya dan periksa degupan jantung Fahnaz.
"Puan , boleh baringkan dia?" Pinta doktor wanita itu dengan baik.
Fleur baringkan Fahnaz di atas katil dan apabila doktor wanita itu mahu sentuh tubuh Fahnaz , Fahnaz terus gerakkan kakinya seolah menendang. Fahnaz kuatkan tangisannya. Si kecil itu seolah trauma melihat orang - orang yang memakai coat bewarna putih.
"Encik , cuba dukung dia" Doktor tersebut beri ruang pada Harraz.
Harraz terus dukung Fahnaz sekali gus membuatkan Fahnaz perlahankan tangisannya tetapi Fahnaz tidak berhenti menangis.
Doktor wanita itu lihat Fahnaz di dalam dukungan ayahnya seraya berfikir , "Saya rasa dia sakit kepala" Kata doktor tersebut.
"Saya akan beri ubat pada dia tapi sebelum tu kita kena pastikan yang perut dia tak kosong" Kata doktor tersebut.
"Beri dia minum susu sekurang - kurangnya. Paksa kalau dia tak mahu. Jururawat akan datang untuk beri dia ubat cecair nanti" Sambung doktor itu.
"Baik terima kasih" Ucap Fleur.
Doktor itu terus keluar daripada ruangan wad tersebut.
"Abang" Fleur hulurkan tangan pada Harraz , mahu dukung Fahnaz.
"Sayang boleh dukung dia?" Riak wajah Harraz bertukar risau.
"Beri sayang dukung dia" Pinta Fleur. Fleur tak larat mahu dukung Fahnaz sebenarnya tapi Fleur mahu peluk anak lelakinya itu.
Harraz akhirnya beri Fahnaz pada Fleur. Fleur duduk di atas sofa dan letakkan Fahnaz di pangku. Fahnaz mula berhenti menangis perlahan - lahan.
"Abang..sayang je ke rasa muka Fahnaz pucat?" Fleur lihat wajah suaminya.
Harraz terus alihkan pandangan pada Fahnaz dan baru Harraz perasan , mata anaknya sembab , bibir Fahnaz pucat , kulit Fahnaz juga bertukar pucat.

ANDA SEDANG MEMBACA
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...