[01] RMSDA

6.8K 490 82
                                    

RMSDA EPISOD 1

Ayra Hazirah keluarkan suatu kontrol kecil , yang tersangat kecil dari dalam satu poket yang berada pada uniform polisnya dan tekan suatu butang yang ada pada kontrol tersebut. Dalam sekelip mata , paparan hologram yang menunjukkan logo Polis DiRaja Malaysia terpadam serta merta.

"Lampu dibuka dengan kuasa empat" Ayra bersuara dengan jelas sekali gus membuatkan ruangan auditorium yang tadi malap bertukar terang benderang.

Ayra simpan semula kontrol kecil itu di dalam poketnya dan lihat secara rawak pegawai - pegawai polis dihadapannya. Ayra Hazirah atau lebih dikenali sebagai ASP Ayra Hazirah telah ditugaskan untuk beri sedikit penerangan tentang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pegawai - pegawai polis yang baru sahaja masuk bekerja sebagai pegawai polis.

"Baiklah. Tadi merupakan penerangan ringkas tentang tempat kerja kamu semua , iaitu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ini bukan Ibu Pejabat Polis Daerah tapi ini adalah Ibu Pejabat Polis Utama. Teknologi di sini lebih canggih daripada segala teknologi yang berada di luar sana. Awak mungkin perlukan masa untuk biasakan diri di sini" Ayra terus beri penerangan seterusnya.

"Jika tidak reti gunakan apa - apa alat teknologi di sini , sila bertanya pada pegawai atasan. Mereka akan ajar awak semua , jangan risau. Contoh teknologi canggih di sini adalah seperti saya lakukan beberapa saat sebelum ni. Dimana saya buka lampu hanya dengan satu ayat. Awak tidak perlu jalan pergi cari suis dan sebagainya. Apa awak perlu buat cuma sebut , lampu ditutup sepenuhnya"

Dalam sekelip mata , ruangan auditorium itu bertukar gelap geliti.

"Cara nak buka? Lampu dibuka dengan kuasa dua" Sebut Ayra terang. Automatik ruangan auditorium itu diterangi lampu tetapi tidak la seterang tadi.

"Perlu ke letak kuasa ketika hendak buka lampu? Perlu. Lampu di sini terdapat kuasa satu , dua , tiga dan empat. Kuasa satu malap , tersangat malap dan kuasa empat pula akan buatkan suatu ruangan itu jadi terang benderang" Terang Ayra seringkas dan sepadat mungkin.

"Sorang boleh cuba" Ayra lihat pegawai di hadapannya secara rawak sebelum panggil seseorang.

"Sarjan Irfan , cuba tutup lampu" Ayra lihat seorang pegawai polis yang berjawatan Sarjan itu.

"Lampu ditutup sepenuhnya" Ujarnya terang.

Auditorium itu kembali gelap tanpa sebarang cahaya , "Sub Inspektor Ridwan , buka lampu" Ayra panggil pegawai yang lain pula.

"Lampu dibuka dengan kuasa dua" Suara Ridwan lebih kuat berbanding Irfan.

Ruang auditorium itu kembali terang. Terdapat beberapa pegawai lain yang terpegun dengan teknologi di sini. Sungguh canggih , tak pernah mereka sangka teknologi begini wujud.

"Kamu semua boleh je buka lampu menggunakan suis cumanya agak leceh la sebab suis di sini kebiasaannya tersembunyi" Beritahu Ayra.

"Macam hologram tadi , saya boleh je tutup menggunakan ayat. Tapi saya lebih suka gunakan kontrol yang ada dengan saya. Tentang teknologi lain , kamu akan belajar lebih lagi dengan pegawai yang bakal memantau kamu semua selepas ini. Cara penggunaan hologram di sini , cara menggunakan laptop yang tidak seperti laptop dan sebagainya. There's lot of interesting technology in here. So be ready , you will learn a lot" Ayra masih tegak berdiri di bahagian hadapan auditorium.

"Any question?" Tugas penerangan Ayra sudah sampai ke penghujungnya. Ayra sendiri pun ada kerja lain perlu dilakukan selepas ni.

Seorang lelaki dan seorang perempuan terus angkat tangan mereka dengan pantas.

"Saya nampak Sub Inspektor Nia angkat tangan dahulu. Teruskan Sub Inspektor Nia" Ayra lihat ke arah Nia.

"Lampu di sini mempunyai kuasa , katakanlah saya nak turunkan kuasa lampu tersebut dari kuasa empat ke kuasa dua. Ayatnya macam mana?" Tanya Nia.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now