MADINAH

6.8K 537 56
                                    

Bas kecil yang bawa keluarga besar Encik Iqram Zaris berhenti di hadapan bangunan Haramain High-Speed Railway , Mekkah. Keluarga itu sudah pun selesai menunaikan Umrah dan sekarang mereka sekeluarga dalam perjalanan mahu ke Madinah menaiki kereta api laju.

Keluarga Encik Iqram gerak terlebih dahulu pada waktu pagi sementara keluarga Ustaz Idris akan bergerak pada waktu petang. Semuanya dirancang dengan sempurna oleh dua buah keluarga agar Fathi dan Zara tidak bertemu mahupun bertembung. Keduanya sudah mahu nikah , tak manis rasanya kalau mereka selalu lihat wajah masing - masing.

"Fleur bawakan" Fleur ambil sebuah beg kecil yang berada di tangan Hawa agar kakak iparnya itu tidak perlu bawa apa - apa.

"Terima Kasih" Ucap Hawa lembut.

Fleur tersenyum manis sebelum berjalan di sebelah Ayra , "Jujur , Kak Ayra nampak cantik sangat pakai purdah macam ni" Bisik Fleur.

Ayat Fleur itu buat hati Ayra rasa berbunga sahaja , seolah kena puji dengan buah hati.

"Siapa sahaja yang tak cantik ketika berpakaian Sunnah?" Jawab Ayra tenang.

"Betul. Itu Fleur setuju" Fleur bercakap sambil tolehkan kepala ke belakang , mahu lihat Harraz.

Harraz jengkitkan kedua belah keningnya apabila sedar yang Fleur sedang lihat dirinya. Fleur tersenyum manis apabila lihat Harraz pakai jubah bewarna hitam tersebut. Suaminya tampak lebih tampan apabila memakai jubah. Gaya rambut Harraz juga buat hati Fleur cair melihatnya. Patutlah ramai gadis yang tergilakan Harraz.

Sebaik Fleur dan keluarga besarnya masuk ke dalam kereta api laju , mereka terus cari tempat duduk mereka di bahagian business class.

Fleur ambil tempat duduk di sebelah Harraz sementara Qamar dan Aisy ambil tempat duduk berhadapan dengan Harraz dan Fleur. Di antara tempat duduk mereka , terdapat sebuah meja.

Fleur terus rangkul lengan Harraz dan letakkan dagunya pada bahu si suami , "Abang" Fleur memanggil Harraz dalam keadaan berbisik menggunakan nada yang manja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fleur terus rangkul lengan Harraz dan letakkan dagunya pada bahu si suami , "Abang" Fleur memanggil Harraz dalam keadaan berbisik menggunakan nada yang manja.

Harraz terus tutup kedua belah matanya , habis berdiri tegak semua bulu roma Harraz. Suka benar Fleur buat begitu pada Harraz.

Harraz tolehkan wajahnya sedikit , "Sayang , kita masih dekat Mekkah ni. Sabar ya?" Harraz cuba untuk kenakan isterinya semula.

"Sabar untuk apa? Sayang tak cakap apa - apa" Balas Fleur , masih dalam keadaan berbisik.

"Iya abang tahu dan abang tak maksudkan secara spesifik pun dengan sabar tu. Sayang sila bersabar , lagi dua jam , kita akan tiba di Madinah" Jawab Harraz tenang.

"Ele" Fleur terus angkat dagunya membuatkan Harraz pegang tangan isterinya.

"Kenapa angkat dagu tu? Bersandar je lah pada abang" Pinta Harraz membuatkan Fleur tertawa kecil.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now