MEMPERTAHANKAN

7.2K 515 74
                                        

Ayra Hazirah masuk ke dalam sebuah restoran sambil mencari seseorang. Tatkala Ayra nampak Qamar sedang duduk di sebuah meja makan seorang diri , Ayra terus mengukirkan segaris senyuman.

Ayra berjalan pergi ke meja Qamar , "Assalamualaikum" Tegur Ayra baik.

"Waalaikumsalam" Jawab Qamar.

"Lama dah ke Qamar sampai?" Ayra ambil menu yang tersedia di atas meja.

"Tak sampai 10 minit lagi" Balas Qamar seraya lihat list menu.

Kedua wanita itu diam sekejap untuk pilih makanan tengah hari yang mereka mahu. Sebaik keduanya selesai memesan makanan pada pelayan , keduanya kembali berbual.

"Qamar sebenarnya suka tengok Ayra pakai baju..baju..er a full set of police uniform" Qamar sebenarnya mahu memuji birasnya tetapi tak tahu perkataan apa yang perlu dia gunakan.

Ayra tertawa kecil apabila lihat wajah Qamar berkerut , "Ayra nampak cantik ke atau Ayra nampak bergaya?" Soal wanita itu.

"Keduanya" Jawab Qamar pantas.

"Tapi sebenarnya , Qamar lagi nampak menawan bila pakai satu suit penuh macam ni"

"Then I guess , both of us look classy in our own suit" Qamar jengkitkan kedua belah bahunya.

"Yeah. I guess we are" Jawab Ayra dengan tawa kecil.

"Hawa dan Dayyan dah sampai ke Terengganu ke ya?" Qamar ubah topik perbualan mereka.

"Ayra pun tak pasti. Nak cuba telefon Hawa tak?" Ayra keluarkan telefon pintarnya.

"Kalau tak mengganggu dia , apa salahnya?" Qamar lihat skrin telefon Ayra.

Ayra sengetkan sedikit telefonnya agar Qamar dapat lihat dengan lebih jelas.

"Ayra rasa mereka dah sampai , mereka gerak seusai Subuh kan?" Ayra buat panggilan video bersama Hawa.

Kurang dari lima deringan , Hawa terus angkat panggilan video tersebut.

"Hui" Tegur Hawa.

"Beri salam sayang" Dayyan tiba - tiba tegur isterinya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Jawab Qamar dan Ayra serentak.

"Garang betul Dayyan-nya pun" Ucap Ayra.

"Dayyan Aqil , mana tak garang. Setiap masa nak meng-angry" Hawa buat muka.

"Hawa belum sampai lagi?" Terkejut Qamar bila lihat Hawa masih berada dalam kereta.

"Dah masuk negeri Terengganu dah , dalam perjalanan nak ke kampung Hawa. Cepat sikit la sampai..Hawa dah sakit pinggang sangat dah ni" Wanita itu mengadu pada Qamar dan Ayra.

"Qamar tengok pun Qamar dah dapat tahu yang Hawa tengah sakit pinggang. Bawa perut pula tu" Nada Qamar kedengaran kasihan.

"Kejap lagi abang urutkan" Dayyan bercakap dengan isterinya.

"Janganlah cakap kuat - kuat. Kitaorang dekat tempat awam ni" Ayra terus turunkan volume speaker telefonnya.

Hawa sudah tertawa apabila Ayra kata begitu sementara Dayyan hanya mampu menggelengkan kepala dengan senyuman di bibir.

"Macam mana korang boleh jumpa sesama sendiri waktu lunch? Bukan ke tempat kerja korang jauh?" Hairan Hawa dibuatnya. Selalu benar Qamar dan Ayra ni berjumpa. Nak kata duduk di bangunan apartment yang sama , tak. Nak kata tempat kerja dekat , lagi la bukan.

"Ayra kena pergi pejabat utama harini. Balai polis Bukit Aman , jadi tak jauh dari tempat Qamar bekerja" Beritahu Ayra.

"Jauh juga la tu sebenarnya. Tak kelam kabut ke nak masuk pejabat nanti?"

FLEUR SOPHIA || SPECIALCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang