VINCY ILHAM

9K 540 74
                                        

Vincy Ilham bergerak daripada ruangan loker ke ruangan perjumpaan untuk berjumpa dengan murid baharu. Hari ini merupakan hari Isnin , hari yang paling dibenci oleh Vincy kerana lelaki itu perlu ke sekolah selepas cuti selama dua hari.

Langkah Vincy tiba - tiba terhenti apabila lelaki itu ingatkan sesuatu. Vincy lihat dirinya sekarang. Tidak memakai sebarang blazer , kemeja bahagian tangan turut dilipatkan sehingga ke siku , rambut Vincy agak serabai , sehingga terdapat helaian rambut yang menutupi matanya.

Lelaki itu melepaskan nafas berat , tak akan la dia mahu berjumpa dengan anak buahnya bersama pakaian yang tidak teratur ni? Vincy akhirnya kembali ke locker untuk ambil blazernya.

Vincy turunkan kemeja lengan tangannya dan butang dengan rapi. Baju kemejanya itu dikemaskan sebelum Vincy pakai blazer miliknya. Satu pin kecil berbentuk crown di letakkan pada bahagian poket blazer. Itu la pin yang Vincy dapat ketika lelaki berumur 15 tahun itu menang gelaran King Sekolah buat dua tahun berturut - turut.

Vincy kemudian sisir rambutnya menggunakan tangan secara rawak sahaja agar kelihatan kemas. Lelaki itu keluarkan jam tangan daripada beg sekolahnya dan pakaikan di tangan sebelah kiri. Vincy periksa tali lehernya sebelum berjalan mahu ke tempat yang dituju.

Tiba sahaja di pejabat Miss Nisa , Vincy terus terima dua buat file lutsinar yang meletakkan borang - borang pengenalan diri anak buahnya.

"Kembar?" Vincy lihat wajah Miss Nisa untuk kepastian.

"Ya , kembar. Lelaki dan perempuan" Jawab Miss Nisa baik.

"Tugas Miss dah selesai , Vincy kata Vincy nak jumpa dengan mereka sebelum kelas bermula kan? Lebih baik Vincy jumpa sekarang , mereka ada di bilik menunggu. You have 30 minutes left" Ujar Miss Nisa lagi.

Vincy mengangguk , "Terima kasih Miss" Vincy mahu bergerak keluar tapi teguran Miss Nisa mematikan langkah Vincy.

"Butang blazer awak Vincy dan tali leher awak agak senget" Beritahu Miss Nisa.

Vincy terus butang blazernya dan betulkan tali leher yang dipakai , "Okay ke Miss?" Soal Vincy.

"Goodlooking as always" Jawab Miss Nisa membuatkan Vincy tersenyum.

"Thanks Miss" Kalini Vincy terus melangkah keluar untuk bergegas jumpa dengan anak buahnya yang baru masuk sekolah harini.

Vincy tidak perlu scan ibu jarinya , mahupun scan kad pelajarnya. Semua pintu akan automatik terbuka jika scan wajah Vincy kerana itu lah ke-istimewaan Vincy Ilham di sekolah ini.

Jika 12 tahun lepas , Dayyan , Amsyar , Aisy , Emir , Fathi serta Fleur yang mempunyai ke-istimewaan dalam sekolah Vita Reale , tapi bukan lagi sekarang. Sekarang Vincy Ilham la satu - satunya murid yang galas ke-istimewaan tersebut.

Dua orang murid yang lengkap berpakaian uniform rasmi sekolah lihat ke arah pintu yang terbuka. Vincy terus masuk ke dalam bersama senyuman tipis.

"Morning" Tegur Vincy baik seraya ambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Selamat Pagi" Jawab si lelaki.

"Good morning" Ujar si perempuan pula.

"Saya Vincy Ilham , ketua pelajar bagi murid berumur 15 tahun atau dikenali sebagai murid tahap dua dalam sekolah ni" Vincy perkenalkan dirinya secara ringkas sahaja.

"Borang perkenalan diri awak berdua ada dengan saya , saya baru dapat tadi dan saya belum baca lagi. Saya akan baca nanti. Kebiasaanya ketua pelajar akan jumpa anak buah mereka selepas baca maklumat pengenalan diri ni tapi harini saya agak sibuk , jadi saya tak rasa saya boleh jumpa korang pada waktu petang sebab tu saya buat keputusan untuk jumpa pada waktu pagi"

FLEUR SOPHIA || SPECIALCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang