Emir Amirullah berjalan naik ke tingkat tiga rumah Encik Iqram Zaris. Kaki lelaki itu terus menapak ke bilik Fleur Sophia. Emir ketuk pintu bilik Fleur sebanyak tiga kali sebelum buka pintu bilik itu perlahan - lahan.
"Adik?" Emir memanggil sambil masukkan kepala , mencari Fleur.
"La...Fleur Sophia" Emir memanggil dengan lembut seraya hampiri meja solek Fleur.
Gadis itu sedang duduk di atas kerusi meja solek , kepalanya terletak elok di atas permukaan meja dengan mata yang tertutup.
"Adik" Emir angkat bahu adiknya perlahan - lahan untuk tegakkan tubuh si adik.
"Abang.." Fleur mengeluh kecil. Matanya masih belum dibuka tapi wajah Fleur sudah berkerut.
"Kenapa belum siap lagi ni? Dayyan dah nak pergi interview dah ni" Emir capai sikat yang ada dan sikat rambut adiknya agar kemas.
"Fleur mengantuk.." Adu gadis itu.
"Orang semua dah ada kat bawah , semua tengah tunggu adik. Adik mandi ke tak ni?" Emir bertanya dengan baik seraya ikat rambut adiknya dengan kemas , gaya ponytail.
Fleur tidak menjawab dan terus bersin tanpa henti. Emir terus berjalan ke meja kecil yang berada di sebelah katil Fleur untuk ambil beberapa helai tisu.
"Selesema lagi? Rasanya Subuh tadi dah okay" Emir lap hidung adiknya sebelum buangkan tisu itu ke dalam tong sampah yang berada dalam bilik air.
"Hidung Fleur tersumbat" Gadis itu gelengkan kepala. Suaranya juga sudah mula berubah.
"Adik ni macam tak boleh pergi sekolah je" Emir lihat uniform yang tersarung pada tubuh Fleur.
"Fleur tak mahu pergi sekolah" Fleur cuba buka matanya perlahan - lahan.
"Come" Emir pegang lengan Fleur dan bawa gadis itu ke bilik air.
Emir basahkan tangannya dan bersihkan hidung Fleur terlebih dahulu. Emir kemudian lap hujung mata Fleur dan renjis air pada wajah Fleur membuatkan Fleur tersenyum kecil.
"Kita sarapan dulu. Nanti boleh makan ubat lagi" Emir sempat capai jaket yang agak tebal sebelum bawa Fleur turun ke bawah. Emir sarungkan jaket itu pada badan Fleur agar adiknya itu tidak kesejukan.
Tiba sahaja di bawah , Emir dapat lihat yang Dayyan sedang berjalan ke arah tangga rumah , pasti mahu naik ke atas. Sebaik Dayyan nampak Fleur dan Emir turun , lelaki itu terus berhenti berjalan dan lihat wajah Fleur.
"Layunya mata" Tegur Dayyan.
Fleur tidak menjawab dan terus berjalan ke arah Dayyan. Fleur peluk tubuh Dayyan sambil pejamkan mata , "Fleur mengantuk" Ujarnya.
"Mengantuk? Dah basuh muka dia ke belum?" Dayyan lihat wajah Emir.
"Dah" Jawab Emir ringkas.
Dayyan jauhkan wajah Fleur dari tubuhnya dan dongakkan sedikit wajah si gadis. Kuyu benar mata Fleur.
"Jom" Dayyan bawa Fleur masuk ke ruang makan.
"Abby? Hey? Dah pukul tujuh ni , kenapa mata masih pejam tu?" Puan Mariana menegur.
"Fleur mengantuklah" Fleur ambil tempatnya di antara Amsyar dan Aisy seperti selalu.
"Fleur tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Encik Iqram pula.
"Sembilan"
"Tak ada la lewat..masih selesema?" Mata Encik Iqram masih tertumpu pada wajah Fleur.
Fleur mengangguk , "Sikit" Jawabnya.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...