DIDIK [1]

4.6K 352 12
                                    

DIDIK BAHAGIAN SATU

Ayra Hazirah mengatur langkah ke bilik tidurnya. Nayla Wadhiah yang baru berumur sebelas bulan berada elok dalam dukungannya. Ayra dapat dengar esakan si kecil yang masih tersisa.

Ayra duduk di atas katil. Telefon pintar yang terletak di meja kecil bersebelahan katil di raih sebelum cari nombor telefon Amsyar. Nayla di dudukkan atas pangkunya, tubuh hangat Nayla di peluk erat.

Deringan demi deringan, akhirnya panggilan itu bersambung.

"Biy?" Ayra menyapa terus.

"Ya sayang...Am masih dengan Firdaus ni. Kenapa?" soal Amsyar baik.

"Am balik sekarang boleh tak? Badan Nayla panas sangat biy...suhu dia cecah 39 darjah," jelas kedengaran dari suara Ayra yang wanita itu sedang cemas.

"Panasnya sayang," Amsyar bangun dari duduknya, "Aku pergi dulu. Nayla tak sihat. Apa-apa update aku," Amsyar segera beredar. Langsung tak tunggu kata balas dari Firdaus.

"Ya...tadi Nayla nangis tak henti. Ini pun baru reda lepas Ayra mandikan dia. Biy balik biy, Ayra nak bawa Nayla ke klinik"

"Am on the way. Sayang tunggu Am sekejap. Lagi 30 minit Am sampai," kunci kereta di keluarkan dari poket seluar.

Panggilan telefon langsung terputus.

Malam tadi, Nayla kerap terjaga tetapi bila di periksa, suhunya biasa saja. Tidak demam. Tubuh pun tidak terasa bahang. Pagi tadi sebelum Amsyar keluar pun Nayla masih nyenyak tidur dengan ibunya. Kenapa situasi boleh bertukar dengan pantas ni? Tak sampai lima jam Amsyar keluar. Bukan keluar saja-saja tapi keluar atas urusan kerja juga.

"Nayla baring dulu ya? Ibu nak basahkan tuala untuk Nayla," perlahan-lahan Ayra baringkan anaknya di atas katil.

Penghawa dingin di buka sebelum Ayra menapak ke almari, ambil tuala kecil yang masih bersih sebelum basahkan menggunakan air paip sejuk.

Apabila tuala itu sudah diletakkan atas dahi Nayla, Ayra lari sekejap untuk tukar pakaian dan sarungkan tudung siap-siap.

Sepanjang menunggu, Ayra hanya baring di sisi anaknya, menepuk perlahan peha Nayla, kononnya mahu tidurkan Nayla tetapi mata Nayla masih segar terbuka walaupun layu saja lihatnya.

20 minit berlalu...Amsyar masih lagi belum tiba. Mulalah Ayra nak jadi seperti cacing kepanasan. Rengekan Nayla sekali lagi memenuhi ruangan rumah. Ayra nak tolong si anak pun tak tahu bagaimana. Entah anaknya itu ada rasa sakit dimana-mana, Ayra sendiri tak tahu.

"Ya Nayla...sabar kejap ya, ayah on the way," Ayra lap wajah anaknya menggunakan tuala yang masih basah dan sejuk.

Tangis Nayla semakin nyaring. Ayra dapat lihat dengan jelas anak tekak si anak. Ya Tuhan...tak pernah lagi Ayra alami perkara begini berseorangan. Selama ni pun, Nayla memang sukar untuk terima sakit. Imuniti badan gadis kecil ini lebih kuat dari kanak-kanak lain. Tapi sekali sakit, Ayra yang risau lebih.

"Nayla...shhhh," Ayra mahu dukung anaknya tapi perkara itu hanya akan timbulkan bahang yang lebih lagi.

Lagipun, setiap kali Ayra cuba untuk dukung Nayla, pasti Nayla akan keraskan badan seolah tak mahu di angkat.

Secara tiba-tiba, Nayla berhenti menangis. Iris hitam milik Nayla terangkat ke atas. Tubuh si kecil ini mulai kejang. Anak mata hitamnya perlahan-lahan tidak kelihatan.

"Nayla?" panik mula menyerang Ayra. Menggigil tangan si ibu apabila lihat tubuh Nayla beku untuk seketika.

Selang beberapa saat, tubuh Nayla bergetar teruk. Nayla kena sawan.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now