MEKKAH

7.1K 531 29
                                    

Sumayyah lihat dua buah suitcase , satu bersaiz besar , satu lagi bersaiz sederhana. Keduanya dipenuhi oleh pelbagai benda , pakaian , makanan dan macam - macam lagi.

Tangan kanan Sumayyah sudah berada di dagu runcingnya , mata Sumayyah dikecilkan seraya berfikir , apa lagi yang kurang. Rasanya semua sudah di masukkan ke dalam beg.

"Sumayyah sayang?" Emir yang baru masuk ke dalam bilik mereka terus berasa hairan apabila lihat Sumayyah berdiri tegak tidak bergerak.

"Ha Emir , sini sekejap" Sumayyah tarik tangan suaminya.

"Kenapa?"

"Cuba Emir tengok , ada kurang apa - apa tak?" Sumayyah tunding jarinya pada dua buah suitcase yang terbuka di atas lantai.

"Allahuakhbar , banyaknya sayang packing" Terkejut Emir dibuatnya.

"Kita nak pergi 15 hari kan? 10 hari buat Umrah , lima hari duduk di Madinah , pergi nikah Fathi dan Zara sekali"

"Ya betul , tapi abang rasa sayang tak perlu bawa baju banyak - banyak macam ni. Terutama sekali jubah sayang" Emir bercakap dengan baik.

"Ya? Kenapa pula?"

"Sayang percayalah cakap abang , dekat sana nanti sayang akan shopping banyak jubah sebab jubah dekat sana cantik - cantik. Kain dia pun sedap dipakai" Beritahu Emir sambil duduk bersila di hadapan suitcase itu.

"Kita boleh beli barang ke dekat sana?"

"Kenapa pula tak boleh? Sayang nak beli barang baby dekat sana pun boleh. Sayang cakap je sayang nak apa , Emir belikan untuk sayang" Emir lihat baju - baju yang dibawa oleh Sumayyah.

"Kalau sayang tak mahu balik , Emir boleh tunaikan juga ke?" Sumayyah duduk di sebelah suaminya dan daratkan dagu pada bahu Emir.

"Agak susah untuk Emir tunaikan tapi Emir akan usahakan" Emir menjawab sambil tersenyum senang.

Tertawa Sumayyah dibuatnya.

"Sekarang ni , Emir tolong sayang unpacking baju. Kita bawa yang penting je" Emir sudah bawa keluar beberapa baju yang Emir rasa tidak perlu dibawa.

"Eh , Emir tak payah la tolong sayang. Emir kan baru balik daripada tempat kerja. Biar sayang yang buat" Sumayyah terus ambil baju di tangan Emir.

Emir terus pegang kedua - dua pergelangan tangan Sumayyah dengan kemas , "Kita buat sama - sama" Ujar Emir lembut.

"Tak apa ke? Emir dah penat kerja seharian"

"Isteri Emir pun penat melayan karenah anak Emir seharian" Emir terus tundukkan kepalanya dan letak telinga di perut Sumayyah.

"Kan anak daddy? Baby nakal ke harini? Baby kacau mummy tidur ke?" Emir bercakap dengan anak dalam kandungan Sumayyah sambil usap perut si isteri.

Sumayyah terus senyum bila Emir mula buat rutin hariannya , "Baby nakal sikit je harini" Kata Sumayyah sambil belai rambut suaminya.

"Ala kenapa baby nakal , kesian mummy. Lepasni jangan nakal lagi , okay?" Emir kucup perut Sumayyah yang berlapikkan baju itu membuatkan Sumayyah tertawa sekali lagi.

"Kita unpacking baju , lepastu sayang boleh siap. Kita pergi rumah daddy malam ni" Beritahu Emir sambil sambung tugasannya.

"Okay" Sumayyah tolong suaminya , bawa keluar pakaian serta benda yang mereka tidak perlukan.

☆  ☆  ☆

Fleur Sophia dan Harraz Falikh berjalan ke arah suatu tempat yang mengumpulkan jemaah Umrah , termasuklah ahli keluarga mereka.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now