Harraz Falikh kucup wajah anaknya , Fahnaz Abizar , berkali - kali tanpa henti. Tak berhenti Fahnaz ketawa apabila ayahnya cium-nya begitu.
"Fahnaz , dengar ni , papa nak pesan" Harraz berhenti cium anaknya.
Tawa Fahnaz mulai reda. Si kecil itu lihat wajah ayahnya dengan senyuman.
"Fahnaz jangan susahkan mama , Fahnaz jangan meragam , Fahnaz jangan buat perangai. Fahnaz kena jadi goodboy sepanjang dalam kapal terbang dan jadi goodboy sepanjang dekat Australia , okay? Anak papa yang bijak ni , dengar cakap papa okay?" Harraz bercakap sambil sisir rambut anaknya menggunakan tangan.
Fahnaz mengangguk dengan senyuman nakal.
"Geramnya dengan senyuman dia ni" Harraz picit pipi anaknya membuatkan Fahnaz kembali tertawa.
"Cair la mama sayang" Suara Fleur mula kedengaran.
Harraz capai tangan Fleur dan cium tangan isterinya lembut.
"Abang minta maaf , abang tak dapat teman sayang pergi ke Australia kalini" Harraz beri pandangan redup pada isterinya. Tangan Fleur di-usap lembut.
"Tak apa , sayang pergi sana untuk selesaikan kerja. Abang kat sini pun untuk selesaikan kerja" Fleur menjawab dengan baik.
"Afrina , tolong sekejap" Harraz lihat pembantu Fleur itu.
Afrina hampiri pasangan tersebut dan dukung Fahnaz.
Harraz kemudian peluk tubuh isterinya dengan sangat erat , "Take your time. Jangan kelam kabut nak balik. Selesaikan semuanya dengan sempurna , kemudian baru balik ke sini semula. Abang tunggu sayang" Bisik Harraz.
"Okay"
Harraz kucup kepala isterinya sebelum kucup dahi Fleur pula.
"Abang cintakan sayang" Ucap Harraz membuatkan senyuman Fleur makin lebar.
Harraz leraikan pelukan mereka dan usap tubuh belakang Fleur , "Masuklah" Ujar Harraz.
"Last" Fleur peluk semula tubuh Harraz membuatkan Harraz tertawa kecil.
"Okay dah" Fleur leraikan pelukan mereka dan berjalan ke arah Afrina.
Fleur keluarkan passport-nya dan juga passport Fahnaz sambil berjalan menuju ke pintu masuk gate pelepasan. Sebaik masuk ke dalam gate , Fleur terus pusingkan badannya ke belakang dan beri lambaian pada Harraz.
Harraz balas lambaian Fleur dengan segaris senyuman.
"Fahnaz , bye bye papa" Fleur tunding jari telunjuknya pada Harraz di luar gate.
Afrina pusingkan badannya menghadap gate agar Fahnaz dapat lambai ayahnya.
"Tata papa..Fahnaz pergi dulu" Fleur bercakap dengan anaknya.
Fahnaz angkat tangannya dengan senyuman lebar , seronok bila lihat Harraz melambai tanpa henti.
"Taaa" Ucap Fahnaz ceria.
"Tata papa" Kata Fleur lagi.
"Tata"
"Bijak anak mama" Fleur usap kepala anaknya.
Afrina kemudian dirikan Fahnaz di atas lantai. Fleur pegang tangan kanan anaknya sementara Afrina pegang tangan kiri Fahnaz.
"Come sayang" Fleur ajak anak lelakinya berjalan.
Fahnaz berjalan sambil tolehkan kepalanya ke belakang , seolah tak mahu jauh daripada Harraz.
"Pa! Papa!" Jerit Fahnaz tiba - tiba.
Si kecil itu tarik kedua belah tangannya dan pusingkan tubuh ke belakang , mahu berlari ke arah Harraz tapi pantas sahaja Fleur dukung anak lelakinya.
"Sorry sayang..kita dah lambat ni. Nanti kita jumpa papa semula" Fleur terus bawa Fahnaz pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...