Fleur Sophia tersenyum senang apabila dengar Fahnaz Abizar bercakap tanpa henti bersama doktor yang selama ini pantau perkembangan Fahnaz.
"Orite goodboy la dia" Doktor itu geletek bawah dagu Fahnaz membuatkan si kecil itu mengekek geli.
Doktor itu kembali duduk tegak dan tuliskan sesuatu di kertas keras sebagai laporannya.
"Baik Puan , Alhamdulillah , cerdik anak Puan. Kalini nampak dia lebih ceria , lebih bersemangat. Petah bercakap seperti kanak - kanak lain di usia dia. Harapnya lepasni dia akan terus ceria macam ni" Doktor itu lihat wajah Fleur dengan riaksi yang jelas terlihat puas.
Makin lebar senyuman Fleur bila dengar doktor wanita itu kata begitu , "Alhamdulillah" Ucap Fleur senang.
"Lepasni saya rasa kita boleh berjumpa dua minggu sekali. Sebelum ni appoinment Fahnaz pada setiap minggu , tapi bila tengok dia ceria , sihat , gembira , saya rasa kita boleh tukar waktu appoinment. Dua minggu sekali , okay? Atau Puan memang nak kami pantau Fahnaz setiap minggu?" Doktor itu tetap meminta pandangan Fleur sebagai seorang ibu.
Fleur lihat anak lelakinya yang duduk di riba Fleur. Fahnaz benar - benar tampak ceria , si kecil itu juga sudah tidak merengek apabila lihat para doktor.
"Dua minggu sekali okay kot doktor" Fleur beri jawapannya.
Doktor itu mengangguk faham , "Baik. Kalau macam tu kita jumpa lagi dua minggu" Ujarnya lembut.
Fleur mengangguk , "Terima Kasih doktor" Fleur bangun daripada tempat duduknya seraya berdirikan Fahnaz di lantai.
"Fahnaz , bye bye doktor. Cakap terima kasih doktor" Fleur tunding jarinya pada doktor yang duduk di tempatnya.
Doktor itu angkat kedua belah keningnya sambil lihat wajah Fahnaz. Fahnaz dongakkan kepala dan tatap wajah doktor itu dengan riak wajah yang agak keliru.
"Bye doktor , Fahnaz balik dulu" Fleur berkata lagi.
"Baii" Fahnaz lambai tangannya pada doktor tersebut membuatkan doktor itu tertawa.
"Bye Fahnaz. Jaga diri okay?" Doktor itu usap rambut Fahnaz dengan baik.
"Ok" Fahnaz mengangguk sekali , bersama dengan senyuman di bibir.
Fahnaz ini jika orang bertanya dengan gunakan perkataan okay di hujung , Fahnaz memang akan balas dengan okay sahaja. Padahal si kecil itu tidak tahu apa yang dia okay kan.
Doktor itu lambai tangannya pada Fahnaz sementara Fleur sudah pegang tangan kanan Fahnaz dan bawa Fahnaz berjalan keluar dari bilik doktor tersebut. Di tangan sebelah kiri Fahnaz pula ada satu mainan berbentuk hamster membuatkan Fahnaz tak dapat balas lambaian doktor tersebut.
Sudah sebulan berlalu sejak Fahnaz keluar daripada hospital tempoh hari. Sejak daripada itu lah , setiap minggu Fleur perlu bawa Fahnaz ke hospital untuk lihat perkembangan si kecil itu. Terkadang Fahnaz ada mengadu sakit sambil pegang kepalanya dan doktor hanya sarankan agar beri Fahnaz tidur sahaja jika dia mengadu sakit.
Jahitan di kepala Fahnaz juga sudah dibuka , rambut di sekitar tempat yang dicukur turut tumbuh perlahan - lahan. Senang Fleur melihatnya.
"Mama" Fahnaz berhenti berjalan sebaik si kecil itu nampak kedai serbaneka di lobi hospital.
"Mama ayim ayim" Fahnaz tunding jarinya pada kedai tersebut.
"Aiskrim? Tapi Fahnaz baru je makan aiskrim pagi tadi. Kalau papa tahu mama belikan Fahnaz aiskrim lagi , habislah kita berdua" Fleur bercakap dengan anak lelakinya sambil bawa Fahnaz ke kedai tersebut.
Fleur ni , konon sahaja takut jika Harraz marahnya , tapi dah kalau Fahnaz mahu , jarang sangatlah Fleur akan tolak.
"Mama belikan Fahnaz aiskrim , tapi Fahnaz kena janji , Fahnaz jangan beritahu papa okay?" Fleur cuba buat perjanjian dengan anaknya.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...