Tangisan nyaring Fahnaz Abizar buatkan Fleur hentikan pemanduan. Kereta diparkir pada bahu jalan. Sebaik brek tangan di tarik, Fleur terus buka tali pinggang keledar dan turun daripada kereta.
Pintu kereta bahagian penumpang belakang dibuka. Fleur buka segala tali pinggang keselamatan di car seat Fahnaz sebelum dukung anaknya. Fleur kemudian masuk semula ke bahagian pemandu dan kunci kereta.
"Fahnaz Abizar" Fleur cuba bertegas. Tangan wanita itu sedang sibuk capai tisu, mahu lap segala air liur serta air mata sang anak.
"Berhenti menangis dan cakap pada mama, Fahnaz nak apa?" Fleur kebelakangkan kerusi agar Fahnaz dapat duduk di pangkuannya dengan lebih selesa.
Si kecil yang baru berusia empat tahun itu berhenti meraung, sedu masih tersisa. Begitu juga dengan air mata. Bersungguh betul Fahnaz menangis seolah kena pukul.
"Fahnaz nak apa sayang?" Suara Fleur kembali lembut.
"Nak kawan" Katanya.
"Kan mama dah beritahu, harini bukan hari bekerja, Fahnaz tak boleh jumpa Qutsam dan Amzar di taska"
Air mata Fahnaz kembali bertakung. Tak lama lepastu, tangisan Fahnaz kembali kedengaran. Fleur pasrah, tak tahu macam mana lagi hendak pujuk si kecil itu tapi kalau di biarkan, Fleur yang tak senang nak memandu.
Akhirnya Fleur peluk saja Fahnaz, selawat di alunkan sambil tepuk tubuh Fahnaz dengan lembut. Harapnya Fahnaz tertidur dek letih menangis tanpa henti.
Selepas hampir 40 minit mencuba, Fahnaz akhirnya pejam mata. Tapi si kecil itu masih belum lena sepenuhnya. Fleur rasa dia sudah berhenti di bahu jalan agak lama, jadi Fleur paksa juga Fahnaz duduk di kerusi penumpang sebelah Fleur.
Pada awalnya, Fahnaz menangis, mungkin kerana pelukan dileraikan tapi lepas Fleur tepuk pehanya tanpa henti, Fahnaz kembali tertidur. Fleur pakaikan si kecil itu tali pinggang sebelum teruskan perjalanan.
• • •
Harraz Falikh melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dan sebaik Fleur sedar aje Harraz masuk, Fleur terus panggil sang suami, minta duduk di atas katil sekali dengannya.
"Kenapa panggil - panggil ke katil ni?" Seperti biasa, Harraz dan gediknya tidak boleh dipisahkan.
"Sayang ada benda nak bincang dengan abang" Fleur duduk tegak. Wajahnya dimaniskan, konon mahu Harraz sejuk hati.
"Okay, abang dengar" Harraz duduk menghadap Fleur.
"Sayang rasa dah tiba masanya kita bagi Fahnaz adik" Fleur tak mahu berkias, lagipun hari dah malam.
Wajah tenang Harraz terus berkerut, "abang tak setuju" Balas Harraz pantas.
"Abang.." Fleur pegang tangan suaminya.
"No Sophia, abang tak setuju. Sophia tahu tak betapa traumanya abang tengok Sophia di ambang kematian. Macam mana Sophia bertarung nyawa demi Fahnaz Abizar. Sekarang ni, Sophia nak abang lihat benda tu sekali lagi?"
"Abang kan tahu waktu tu sayang bukan bertarung nyawa untuk melahirkan sahaja, tapi sayang juga tengah lawan segala sihir yang sayang terima" Fleur tekad, kalini dia akan pujuk Harraz sehingga dapat.
Harraz pejamkan mata, "No sayang...abang tak sanggup ambil risiko. Abang tak mahu sayang sakit lagi.." Redup pandangan yang Harraz beri.
"Sakit yang sayang rasa ketika mengandung adalah sakit nikmat. Sakit yang dibalas dengan nyawa. Ganjaran daripada sakit tu adalah anak" Fleur balas tatapan Harraz.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Historia CortaFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...