Fleur Sophia dukung Fahnaz Abizar dengan kemas. Dibawa anak lelakinya itu turun ke bawah sementara Harraz Falikh berjalan di sebelah isterinya. Tangan kiri Harraz sudah dakap bahu Fleur dengan kemas.
"Mama going to miss you baby" Fleur dekatkan pipinya pada pipi Fahnaz.
"Rindu pada Fahnaz je ke? Pada abang?" Harraz bertanya sambil keduanya berjalan menuju ke pintu utama rumah Encik Iqram.
"Mestilah sayang rindu juga. Tapi sayang tahu , sayang balik nanti , abang terus sambut sayang dekat pintu rumah. Tapi Fahnaz masa tu mesti tengah tidur nyenyak , tak sambut pun mama dia" Nada Fleur seolah sedih.
"Nanti abang tak bagi dia tidur. Abang akan letak pencungkil gigi dekat mata Fahnaz biar terbuka je sepanjang masa macam Mr Bean tu" Gurau Harraz.
"Jangan berani berani abang buat macam tu dekat anak sayang okay" Fleur jeling suaminya di sebelah.
"Anak kita sayang" Ujar Harraz dengan senyuman lebar.
"Korang ni nak berpisah selama dua hari ke atau nak berpisah selama tiga puluh hari?" Amsyar sudah silang tangan , memeluk tubuh. Pandangan mautnya diberi pada Fleur dan Harraz.
"Eh , si Harraz tu sayang isteri dia sebab tu la diaorang ambil masa yang lama nak turun ke bawah. Jalan perlahan - lahan supaya tak perlu berpisah dengan cepat. Yang awak ni , seolah tak peduli pun saya nak pergi" Ayra tolak bahu suaminya membuatkan Amsyar terus lihat Ayra.
"Ra..kita kan , waktu baru nikah tak sampai 10 jam , kau dah tinggalkan aku untuk pergi selesaikan misi kau. Kau sendiri yang buat aku biasa hidup tanpa kau" Jawab Amsyar selamba.
Ayra terus tarik telinga suaminya , "Kau nak aku ulang semula ke situasi gula - gula getah?"
"Jangan! Berani kau tinggalkan aku lama macam tu? Aku cari kau ke pelosok dunia nanti" Amsyar mulai cuak.
"Tau pun" Ayra terus lepaskan tangannya dari terus tarik telinga Amsyar.
"Habibti jaga diri okay? Dah sampai sana nanti , jangan lupa beritahu Hun" Aisy terus peluk tubuh isterinya dengan erat.
"Don't miss me" Ujar Qamar membuatkan Aisy tertawa.
"Okay Sumayyah , macam yang Emir ajar , sayang kena buat apa kalau ada orang mengorat sayang?" Emir pegang kedua belah bahu isterinya seraya membongkok sedikit untuk samakan tingginya dengan Sumayyah.
Sumayyah angkat tangan kirinya dengan senyuman , "Tunjukkan dekat lelaki tu cincin kahwin kita yang di perbuat dari emas dan berlian asli" Jawab Sumayyah.
"Okay. Kalau lelaki tu kata , dia boleh beri sayang cincin lebih mahal dari ni , sayang kena jawab apa pula?" Emir masih bertanya.
Sumayyah keluarkan telefon pintarnya dan tunjuk casing telefon yang digunakan. Terpampar gambar selfie mereka yang di-print dalam bentuk polaroid. Dalam gambar itu , bukan Sumayyah sahaja yang terlihat jelita tanpa sebarang solekan , malah Emir turut kelihatan lebih kacak berbanding Amsyar.
"Tunjuk diaorang gambar ni supaya diaorang sedar diri yang diaorang tak se-hensem suami sayang" Jawab Sumayyah ceria.
"Okay goodjob" Emir usap kepala isterinya dengan lembut.
"Kalau sayang tak ada duit , sayang mesej abang. Kalau sayang dah sampai , sayang mesej abang. Kalau sayang nak tidur , sayang mesej abang. Kalau sayang nak makan , sayang beritahu abang. Kalau sayang nampak sesuatu yang cantik , sayang tangkap gambar , sayang beri pada abang. Sayang selfie banyak - banyak , lepastu hantar pada abang. Kalau sayang rindu , sayang telefon abang" Dayyan bercakap tanpa henti membuatkan Hawa mulai pening dengan segala ayat Dayyan.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
ContoFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...