Dayyan Aqil dan Hawa NurIman berjalan masuk ke dalam bangunan Hospital Wanita dan Kanak - Kanak sambil bergandingan tangan. Keduanya berjalan ke bahagian pemeriksaan untuk ibu mengandung. Sebaik Hawa selesaikan urusannya di meja mendaftar , Hawa terus berjalan sekali dengan Dayyan , cari tempat duduk kosong.
"Abang sebenarnya dari Regio atau dari Avalance?" Hawa mula ajak berbual.
"Abang dari Avalance , nak jumpa dengan Fleur tapi Afrina kata Fleur tak ada" Jawab Dayyan sambil ambil tangan si isteri untuk di genggam.
"Fleur tak masuk pejabat atau Fleur pergi ke Kilang?" Jarang Fleur tiada di pejabat kerana urusan Kilang semua sudah jadi tanggungjawab Fathi Wazif.
"Afrina kata Fleur terpaksa balik rumah. Fahnaz meragam teruk sampai ganggu pekerja lain"
"La ye ke..habistu malam ni dia balik rumah daddy tak? Takut nanti Fahnaz meragam , langsung dia dengan Harraz tak boleh keluar rumah. Daddy kata malam ni ada banyak benda nak bincang"
"Abang rasa Fleur terus balik rumah daddy. Dia tak akan balik rumah dia sebab jarak dari rumah dia nak ke Avalance boleh tahan jauh. Lagi pun abang tak rasa , Fleur boleh handle Fahnaz meragam sorang - sorang. Badan Fleur tu bukannya kuat sangat , kesan sampingan masih terasa katanya" Dayyan cuba berfikir logik membuatkan Hawa turut fikir begitu.
"Fahnaz meragam sebab nak tumbuh gigi kot" Ujar Hawa.
"Mungkin. Sebab Fahnaz dah sembilan bulan. Memang waktu gigi tumbuh"
Perbualan keduanya terganggu apabila jururawat panggil nama Hawa. Pasangan itu bangun dan terus masuk ke dalam bilik doktor.
"Assalamualaikum Hawa" Tegur Doktor Siti yang pantau perkembangan kandungan Hawa.
"Waalaikumsalam" Hawa duduk di kerusi kosong , khas untuk para ibu sementara Dayyan duduk di kerusi buat penjaga mahupun suami.
"Sekejap je ye rasanya , tahu - tahu kandungan Hawa dah masuk 17 minggu" Doktor tersebut bercakap sambil lihat rekod kesihatan Hawa sebelum ini.
"Itu lah tapi sebenarnya kami berdua ni tak sabar nak jumpa si kecil. Lagi cepat masa berlalu lagi bagus" Cerita si Hawa.
Doktor Siti tertawa kecil , "Faham , saya faham. Tapi nanti bila dia dah lahir , kita akan nak masa lambat berlalu pula. Tak nak dia membesar dengan cepat"
"Itu pun betul juga" Tertawa Hawa dan Dayyan dibuatnya.
Itu lah namanya masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. Apabila anak berada dalam kandungan , pasti mereka mahu masa cepat berlalu agar malaikat kecil dalam kandungan si ibu keluar dengan pantas. Tapi bila si anak sudah keluar , ibu bapa mahu masa lambat berlalu pula kerana tak sanggup lihat anak membesar terlalu pantas.
Apabila Doktor Siti selesai periksa kesihatan tubuh mental dan fizikal Hawa , Hawa terus di minta untuk baring atas katil pesakit yang disediakan untuk periksa kandungan pula.
Disaat Hawa baring menghadap siling , wanita itu sempat angkat tangan kanannya sedikit seraya gerakkan jari jemarinya , seolah memanggil si suami. Dayyan yang faham akan keadaan itu , terus genggam tangan si isteri kemas.
Jantung Hawa berdegup dengan laju , gementar rasanya setiap kali mahu buat ultrasound kerana takut terima berita yang memilukan. Dayyan hanya pandang skrin seolah skrin komputer yang memaparkan kandungan Hawa sekarang ni.
Doktor Siti mengerutkan kening , wanita itu dekatkan wajahnya pada skrin agar dapat lihat dengan lebih jelas. Perkara itu membuatkan Dayyan berasa cuak. Tak lama kemudian , senyuman mula hiasi bibir Doktor Siti.
"This is new" Kata Doktor Siti sekali gus memecahkan kesunyian di dalam bilik tersebut.
"Kenapa tu doktor?" Makin tak tenang Hawa dibuatnya.
YOU ARE READING
FLEUR SOPHIA || SPECIAL
Short StoryFleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar reade...