PERKONGSIAN

6.9K 529 41
                                    

Harraz Falikh masuk ke dalam bilik Fahnaz Abizar untuk cari kelibat Fleur Sophia. Sebaik Harraz lihat Fleur sedang bermain dengan Fahnaz , Harraz terus tersenyum senang sambil menapak ke arah mereka berdua.

Harraz duduk di sebelah Fahnaz membuatkan Fahnaz menoleh seraya dongakkan kepala.

"Anak papa main apa?" Soal Harraz dengan senyuman.

Fahnaz angkat kadbod keras yang berbentuk huruf T.

"Ouh Fahnaz belajar" Harraz usap kepala anak lelakinya.

"Sayang" Panggil Harraz sambil alihkan pandangan pada Fleur.

"Ya?" Fleur menjawab sambil terus susun huruf - huruf yang ada.

"Abang dah buat instagram untuk sayang" Beritahu Harraz membuatkan Fleur angkat kepalanya.

"Cepatnya" Wanita itu sedikit terperanjat.

"Bukannya susah nak buat. Password semua abang letak sama dengan password gmail sayang" Ujar Harraz lagi.

"Nak tengok , macam mana instagram-nya?" Fleur merangkak untuk duduk di sebelah Harraz.

"Telefon sayang dekat mana? Abang buka dekat telefon sayang"

"Telefon sayang dekat dalam bilik kita" Fleur sudah bersedia mahu bangun.

"Beri abang ambilkan" Harraz pegang peha isterinya dan terus bangun untuk ambil telefon si isteri.

Selang beberapa saat , Harraz kembali bersama telefon Fleur di tangan.

"Abang ingat sayang ada aplikasi instagram" Ujar Harraz sambil duduk semula di atas lantai.

"Tak reti la sayang nak download - download aplikasi ni" Jawab Fleur.

Memang benar. Fleur bukan sekadar tak mempunyai sebarang sosial media tetapi gadis itu tidak reti cara untuk download sebarang aplikasi di google play store. Kebiasaannya abang - abang Fleur yang akan downloadkan buat Fleur jika gadis itu mahu sesuatu.

Harraz muat naik aplikasi instagram di telefon Fleur dan apabila selesai , Harraz terus log in akaun instagram Fleur yang baru dibuat oleh Harraz beberapa minit lepas.

Fleur minta Harraz buatkan akaun instagram untuknya. Niat Fleur mahu gunakan platform itu untuk kongsi cerita hijrah-nya dan juga beberapa perkara berkenaan Islam. Fleur tak mahu pun upload gambarnya di instagram , silap - silap dengan gambar itu , Fleur disihir sekali lagi.

"Ni , instagram sayang" Harraz tunjuk akaun instagram Fleur pada isterinya.

Fleur lihat skrin telefon tanpa pegang telefonnya.

"Siapa yang follow sayang tu? Ada satu orang follower" Fleur tunding jari pada skrin telefonnya.

"Itu abang , abang dah follow sayang siap - siap. Jadi sayang kena ingat , abang lah orang pertama yang follow instagram sayang" Beritahu Harraz dengan bangganya.

Tertawa Fleur apabila dengar Harraz kata begitu , "Abang yang buatkan instagram sayang , mestilah abang yang follow dulu" Ujarnya.

"Sebab tu la abang istimewa" Harraz buat sesuatu pada telefon Fleur.

"Tengok Fahnaz , ayah awak. Dia je yang istimewa , dia tak tahu ke Fahnaz pun istimewa dalam hati mama?" Fleur bercakap dengan anak lelakinya.

"Abang kenal sayang dulu dan tanpa abang , Fahnaz tak akan wujud"

Pantas sahaja tangan Fleur menekup mulut suaminya , "Kenapa cakap macam tu depan Fahnaz? Tak baik" Fleur memarah manja.

Harraz turunkan tangan isterinya , "Bukannya dia faham pun , kan Fahnaz kan?" Harraz cium kepala anaknya.

FLEUR SOPHIA || SPECIALWhere stories live. Discover now