[02] RMSDA

8.1K 496 122
                                        

RMSDA EPISOD 2

Ayra Hazirah keluar daripada perut kereta dengan wajah yang jelas terlihat tidak bermaya. Cahaya pagi yang menerangi Malaysia terus memancar tepat ke arah Ayra tapi tak sedikit pun Ayra bertindak balas dengan pancaran cahaya matahari tersebut.

Wajah Ayra tampak letih , tampak benar - benar sudah kehabisan tenaga. Tak lama selepas itu , Ayra rasa seolah ada yang menghalang cahaya matahari daripada terus memancar ke wajahnya. Ayra tolehkan kepala ke sebelah kanan dan saat itu juga , Ayra lihat Fleur sedang berusaha halang cahaya matahari buat Ayra.

Kira - kira 13 tahun dahulu , Amsyar lah orangnya yang sentiasa halang cahaya matahari dari terus terpancar ke arah Fleur. Fleur masih ingat hari di mana mereka adik beradik mahu berseronok di Sunway Lagoon , saat di mana Fleur sukar untuk buka matanya dek matahari yang memancar , tapi dengan pantas Amsyar berdiri dan halang cahaya matahari tersebut.

Tak sangka , saat itu terjadi 13 tahun dahulu dan sekarang , Fleur sedang berusaha untuk lindungi wajah isteri pada arwah Muhammad Amsyar daripada terus terkena cahaya matahari.

"Jom" Suara Hawa pula kedengaran. Hawa terus pegang lengan Ayra dan bantu Ayra berjalan ke tempat yang sudah diletakkan khemah. Di bawah khemah itu lah kubur yang sudah siap digali buat Amsyar.

Keranda yang meletakkan jenazah Amsyar , perlahan - lahan dipimpin oleh kesemua adik beradik Amsyar sendiri.

Tiada tawa mahupun senyuman mengiringi mereka sekeluarga. Wajah kesemuanya tampak sugul , seolah tidak percaya akan situasi mereka sekarang. Mana mungkin mereka percaya yang Amsyar sudah tiada. Jejaka yang selalu hiburkan keluarga mereka..akhirnya dijemput Ilahi pada umur 30 tahun.

Kalau ikutkan , Ayra tidak boleh ikut ke kubur kerana Ayra dalam tempoh iddah , tambahan pula emosi Ayra akan lebih terganggu jika Ayra lihat suaminya dikebumikan tetapi wanita itu tetap bertegas mahu ke kubut , lihat saat - saat terakhir suaminya di dunia ini.

Urusan semuanya dilakukan oleh adik beradik Amsyar , keluarganya sendiri. Mereka lah yang memandikan jenazah , Encik Iqram yang imamkan solat jenazah anak lelakinya , mereka juga yang masukkan Amsyar ke dalam liang lahad. Itulah pentingnya lelaki dalam keluarga dan kerana itulah , lelaki perlu di-didik dengan betul oleh kedua orang tua mereka agar mereka dapat galas tanggungjawab dengan baik.

Mata Ayra tak lepas dari lihat tubuh suaminya dimasukkan ke dalam liang lahad perlahan - lahan. Jangankan kelip mata , bergerak se-inci pun Ayra tidak lakukan. Betapa fokusnya Ayra lihat suaminya itu.

Tapi fokus Ayra terganggu apabila wanita itu seolah dengar satu suara memanggilnya. Suara itu tidak asing untuk Ayra , sekali dengar sahaja Ayra sudah dapat tangkap itu adalah suara Amsyar.

"Sayang Amsyar.." Ayra dengar lagi suara Amsyar memanggilnya membuatkan Ayra terus menoleh ke kiri dan kanan , mencari kelibat suaminya.

"Ayra?" Qamar tegur sikap birasnya , Ayra cari sesuatu dalam keadaan kelam kabut. Riak wajah Ayra turut berubah.

"Sayang jaga diri baik - baik ya?" Bisikan suara Amsyar terus kedengaran di telinga Ayra.

Ayra toleh ke belakang dan sebaik Ayra menoleh , Ayra dapat lihat di suatu tempat yang jauh dari khemah mereka , terdiri seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam , darah mengalir keluar dari kepalanya.

FLEUR SOPHIA || SPECIALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang