"Syazwan!" Aku pandang belakang. Ilham berlari kearah aku. "Apehal?" "Perjumpaan kelab petang ni teacher suruh budak form 4 yang handle." Seriouslah teacher ni? Kalau budak form 4 yang handle aku memang tak kisah sangat tapi memang ajk form 4 yang kenalah,kan? Sebut sikit ajk form 4 tu?
Ha ye. Aidil Syazwan. Akulah tu. "Asal pulak? Mana form 5?" "Form 5 ada seminar apentah petang nanti. Semua fivers terlibat." Jawabnya. Aku menunjukkan riak tak puas hati. Ilham pegang bahu aku. "Tahniah lah ye. Semoga dapat menerajui aktiviti petang ni dengan jayanya." Katanya lagi.
Ngek betul dia ni. Belum sempat aku membalas apa-apa dia terus blah sambil ketawa. Inilah dia kawan. Suka sangat mintak kaki . Apa patut aku buat petang nanti? Cabut lari ajelah. Bukannya selalu ponteng koko. Heheh.
Nah,macam jahat sangat je lari dari tanggungjawab. Sape ajk perempuan eh? Tengah aku befikir tiba-tiba Misya lalu. Misya!
Aku memanggil namanya. Dia yang tadinya nak belasah Diana terus cancel. Aku berjalan kearahnya. "Macamni,tadi Ilham cakap fivers takde petang ni jadi ajk form 4 kena handle." Aku memulakan muqaddimah samil berkira-kira idea ponteng aku tadi. Nak ponteng ke petang ni? Nanti kesian pulak si Misya ni kena handle sensorang.
"Wow tahniah Syazwan" kata Sara secara tiba-tiba. Ni lagi sorang. "Ok jadi?" Misya pula bertanya. Haih dia ni lupa ke apa? "Kau bukan ajk kelab ke?" Tanyaku. Muka dia yang blurr dari tadi akhirnya berubah jadi muka terkejut. "Habistu macam mana ni?" Akhirnya sedar jugak dia ni .
"Okay kitorang bagi korang space untuk berbincang. Selamat tinggal dan selamat maju jaya!" Aina perlahan-lahan mengundurkan diri diikuti oleh kembar tu. "Tapi aku nak stay sini" Diana membangkang. Zara buat muka Hitler dia. Diana cepat-cepat berundur jugak. Dah kenapalah dorang ni? Pelik-pelik aje kerjanya.
"Kahwin nanti aku cop nak jadi flower girl!" Jerit Zara bila dia dah agak jauh dari kami. Misya ni memang suka kawan dengan orang pelik-pelik ke cemana? "Bincang kat taman anggur jom" aku ajak dia ke taman yang agak redup tapi takde buah anggur pun sebab iklim tak mengizinkan. Daun anggur adalah.
Tapi ayat Zara tu.. Takkanlah Misya suka aku lagi,kan? Tak gaya macam suka pun. Ke dah pandai sorok diam-diam?
Aku buntu. Dia pun buntu. Dahlah kelab Sains. Memanglah aku minat tapi aih kenapalah aku terima dengan redha je time cikgu pilih aku dulu? Heh. Tapi Misya lagi kesian kot. Time dia tengah tido,Diana pergi cadangkan nama Misya. Bila suruh undi memang ramailah adik-adik undi dia. Comel,en? Muka pun macam senang dibuli je. Tu yang dapat jawatan ajk tu. Haha.
"Tak tahuuu~ taknak pergilah petang ni. Nak balik." Katanya secara tiba-tiba. Uish cemana boleh sama ni? "Haha jom" balasku. "Seriouslah? Kita ajk kot. Kang kalau takde habislah kena marah" Hm betul gak apa yang dia cakap. "Kalau macamtu hm redah ajelah" balasku.
Dia termenung.
"Weh Syaz..wan. Ada budak nak jumpa kau" katanya secara tiba-tiba. Aku memandang kearah yang ditunjuk. Nampaklah 3 orang budak perempuan ntah form berapa tengah berdiri kat situ sambil pandang kitorang. Aku angkat kepala bertujuan menanyakan apa yang dia nak.
Dia pusing belakang sambil tersenyum lepastu blah macamtu je. Harini Hari Pelik Sedunia ke macam mana? Kenapa harini semua orang pelik? Nak kata harijadi aku,belum lagi. "Mana kau tau dia nak jumpa aku?" Aku tanya Misya. "Entah. Dari kita duduk tadi dia asyik pandang kau je. Ingatkan ada hal penting" balasnya selamba.
"Eh kejap." Aku pandang dia. "Weh aku pergi dulu. Pasal petang ni bantai ajelah pape pun. Takpun kau doa je hujan. Takyah ada perjumpaan. Bye" Sebaik sahaja berkata sedemikian,berdesup dia hilang dari pandangan.
Aku pandang tempat budak tu berdiri kemudian pandang arah yang dituju Misya tadi secara bergilir-gilir. Pelik ni pelik. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?
YOU ARE READING
Crush
Teen FictionMenurut Kamus Oxford Fajar Dwibahasa,crush bermaksud menghancurkan,renyuk-crumpled. Well,kita semua tahu apa maksud crush. Jangan buat-buat tak tahu pulak.