Zara

3.9K 320 14
                                    

       Lepas je insiden Syazwan blah dengan tak profesional nya,kitorang takde hang out sangat pun. Kalau pergi library untuk siapkan kerja sekolah tu adalah jugak sebab sama aliran kan so senang bincang. Ajak lah jugak Syazwan tu tapi dia taknak. Kadang-kadang je join.

       Jadi harini 30 Disember kitorang kena pergi sekolah sebab ada goyong-royong membersihkan kelas masing-masing. Time ni jugaklah boleh tengok kelas apa tahun depan,boleh cop tempat.

       "ZARA! CEPAT SIKITLAH KAU BUAT APA LAGI TU HA?!"

       Sara laung dari bawah. Aduu she got no chill lah. Aku pun cepat-cepat capai tudung bawal hitam pin kiri dan kanan. Okay siap! Lepastu aku terus capai beg sandang aku dan terus lari turun tangga. Lepas sarapan kitorang gerak pergi sekolah.

       Sampai je kat sekolah aku tengok Syazwan dan Ilham dah sampai. Heh kumbang dua ekor tu tak habis-habis dengan skateboard lepastu beanie tu ha eloklah dua-dua sumbat telinga dengan earphone.

       Keluar je dari kereta,Sara terus sergah mereka. Terus dicabut earphone dan phone pun disimpan masuk dalam poket seluar. Tak lama lepastu,Misya sampai. Aduh puteri seorang ni lambat betul.

       "Mengumumkan ketibaan Puteri Misya Al lambat jalan terkedek-kedek dengan muka al tembok masuk ke dalam istana." Ujar Ilham.

       Misya acah nak baling handphone kearah Syazwan. Lepastu kitorang pergi tengok nama kat board sekolah. Berasak-asak jugaklah sebab ramai dah sampai.

       "Weh. Aku sama kelas dengan Sara je?" Ilham bersuara.

       Apa maksud dia Sara je? Aku takde ke? Sara kelas mana? Aku terus pergi kat Ilham.

       "Aku?"

       "Zara kau dengan Misya. 5S2"

       Aku..turun kelas ke? Tahun ni aku tak sama kelas dengan Sara ke? Weh ni sedih okay.

       "Kau okay tak?" Syazwan entah bila ada kat sebelah aku.

       Aku angguk je. Aku okay ke? Ah takpelah. Turun sikit je pun kan? Bukan banyak pun. Rasanya aku okay.

       "Janganlah sedih. Aku rasa kau turun kelas pun sebab kau aktif kokurikulum. Kalau tak mesti kau lagi depan dari Sara." Syazwan memujuk lagi.

       Aku angguk je.

       "Kelas akukan sebelah je. Kelas kau kira diapit apa. Depan kelas Am belakang ada kelas aku ha okay lah tu. Dah takyah nak nangis." Syazwan pujuk lagi.

       Haah kan. Kelas diapit ni seronok jugak. Lagipun ada Misya dalam tu. Ada geng. Takdelah sunyi sepi je. Kan?

       Lepas aku dah okay sikit,aku dengan Syazwan pergi kelas masing-masing untuk berkemas. Masuk je dalam kelas,Misya tengah bertungkus lumus membuat tanda untuk cop tempat duduk bawah kipas.

       Syahida tengah sapu depan kelas,Jay lap tingkap,Aman tengah susun meja,Arvind dengan Ng Yuen tengah angkut khazanah fivers tahun lepas nak buang. Aku pun pergilah ambik penyapu dan sapu bahagian belakang. Sepakat membawa berkat.

      Lepas sapu sehabis baik,aku duduk bawah kipaa kejap. Misya ulang alik angkat kotak buku-buku yang tak berapa nak digunakan keluar untuk dibuang. Tapi masalahnya en sekejap betul perjalanan dia ke bilik stor. Hmm musykil ni. Jadi aku pun pergilah intai.

       Setiap kali Misya nak bawak kotak,Ilham datang mengambil kotak tu dan bawak pergi bilik stor. Masa Misya ambik kotak yang lain,Syazwan pulak yang hantarkan ke bilik stor. Muka Misya pun dah pening dah haha. Lepastu aku tengok Misya ni ambik lagi satu kotak,Ilham dengan Syazwan datang serentak.

       "Meh sini kotak tu." Kata Ilham.

       "Macam berat je. Bak sinilah abang sado nak angkat." Syazwan pulak.

       "Eh takpe takpe. Daripada tadi korang yang buat. Biar aku pulak buat." Balas Misya.

       "Tak berat ke?"

       Time nilah aku muncul dengan muka ala-ala confuse.

       "Eh Ilham,ku bukan 5S1 ke? Kenapa tak bersihkan kelas kau?" Soalku.

       Ilham macam terkejut. Terus dia gelabah cari ayat. Aku pandang Syazwan pulak.

       "Syazwan,aku rasa 5A1 dekat sebelah sana. Kau salah kelas ni."

       Dua-dua tu saling memandang lepastu pandang aku pulak. Kemudian mereka mengoyak senyum. Tak lama lepastu berdesup lari ke kelas masing-masing. Haha. Syazwan betul. Seronok kelas diapit ni.

       Aku ikut Misya pergi hantar kotak yang tak berapa nak berat tu pergi bilik pelupusan. Ha takdelah stor mana pun sebab banyak gak barang yang nak dilupuskan.

       Masa dalam perjalanan turun tangga tu pulak aku dapat rasakan aura negatif. Tapi aku biarkan aje. Tiba-tiba Misya bersuara.

       "Zara pandang atas."

       Aku pandang atas dan nampak Mia tengah memerhatikan Misya dengan pandangan yang sungguh antagonis. Aku pulak yang seram bila dia pandang Misya macantu. Dia nampak ke pasal Syazwan tolong Misya tadi?

       Alah tapi kalau nampak pun apa masalah dia do. Orang tolong je kot. Masalah lah bila couple dengan budak tak matang. Nilah dia jadinya. Huh si Syazwan ni pun! Kalau tak ngam putus jelah.

       Aku tepuk bahu Misya. Lepastu saja tekan bahu dia.

       "Sakitlah gila! Dahlah berat." Dia membebel.

       Aku gelak aje. "Tulah tadi ada dua prince charming datang nak tolong,tapi kau nak buat sendiri. Bersyukurlah aku teman. Kalau tak budak Mia tu dah attack kau dah tahu tak?"

       Misya buat muka annoyed dia tu. Mata dijuling ke atas.
      

CrushTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang