Misya

4.1K 325 21
                                    

          Aku melilit shawl dark blue kemas atas kepala. Okay siap! Harini,seperti yang dijanjikan oleh Ilham yang katanya nak belanja aku sempena meraikan kemenangan dia dalam MSSD dan berkat susah payah aku jadi QM. Plus,meraikan kejayaan Zara dengan Syazwan yang berjaya memenangi emas dalam acara memanah. Fuh,hebat ah dapat emas.

          Tapi en aku tak tahulah kenapa aku macam tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi,eish kan nak hang out cam biasa je en? InsyaAllah lah takde culik ke pick pocket ke. Let's rock it.

          Sesampainya di sana,Ilham suggest main ice skating dulu. After several fights with Ilham Zara pun setuju nak join. Dia mana reti skate tapi Ilham kata nanti dia ajar. Woot woot the love is on the air hahah. Iship .

          Aku dengan Sara skate dengan gembiranya acah macam dalam cerita barbie tapi takdelah melampau sangat main lompat sana sini buat malu je huhu. Aku berhenti skate.

          "Apasal berhenti?" Soal Sara yang berada dibelakang ku.

          "Tengok tu. Ilham dengan Zara. Hoho" balasku sambil tunjuk ke arah gelanggang ice skating bahagian tepi-tepi.

          Zara terkedek-kedek ice skate dan Ilham didepan bergerak kebelakang secara perlahan-lahan. Gaya macam mengajar budak kecik bertatih je. Tiba-tiba Sara tarik tangan aku dan kitorang meluncur kearah Zara. Wait,aku rasa aku tau apa yang Sara nak buat.

          "Zara! Zara! Zara ke tepiii!!" Sara menjerit. Acah nak langgar Zara.

          "Berhentilah gila! Wehh!!" Zara jerit jugak.

          Sara berjaya mengelak Zara tapi seperti yang diduga,Zara pulak yang jatuh terduduk. Auch. Mesti sakit hahahaha. Kitorang berhenti skate dan gelakkan Zara.

          "Eyy tak guna korang!" Dia pulak yang meluncur laju kearah kitorang. Jap bila masa dia berdiri?!

          "Run for your life!" Ilham jerit dari jauh.

          Tapi dah terlambat sebab kitorang bertiga dah jatuh terduduk. Sara bawah sekali,aku terduduk atas kaki dia dan Zara pulak landing baik punya tanpa kecederaan. Ceh.

          "Apa kata korang bangun cepat sebab orang dah pandang-pandang." Ilham memberi pesanan. Entah sejak bila dia ada kat sini tah.

          Tak lama lepastu kitorang pergi makan lunch pulak dekat Pizza Hut. Syazwan ni en aku perhati je dari tadi asyik dengan phone je. Sejak masuk Pizza nilah. Tadi masa skate tak perasan pulak. Something fishy is going around.

          Syazwan tetiba pandang aku. Kantoi. Aku pandang tempat lain. Lepas pizza sampai,semua macam piranha. Lepas makan kitorang cari surau untuk solat Zuhur.

          Pukul 2.30 camtu kitorang gi tengok wayang pulak. Cerita kartun sebab Ilham taknak tengok cerita hantu dan Sara tak suka cerita berunsur kekejaman.

          DAN KETINGGIAN AKU TAK MEMBENARKAN KITORANG MASUK PANGGUNG 18. Pft.

          Lepas solat Asar pulak kitorang naik atas sebab Ilham kata nak belanja aku Dip n Dip. Weehee~ "Weh Misya aku nak pergi tandas jap. Jom Zara." Sara tarik tangan Zara. Ilham dari tadi pergi tandas tak balik-balik haih entah-entah dia pergi robohkan sekali tandas kat sini!

          Maka tinggallah aku dengan Syazwan JE. O..kay this is awkward. Nak cakap apa eh? Tahniah ke? Hmm haritu dah cakap. Aih diam jelah. Kalau dia nak kata something..

          "Misya."

          Aku pandang dia. Did he just-

          "Aku nak tanya sikitlah. Boleh tak?" Aku angguk.

          Dia diam sekejap sebelum meneruskan soalan. "Kau..ada suka orang lain ke? Atau kau dah ada boyfriend ke?"

          Lidah aku dah kelu otak dah beku taktau nak jawab apa ni?! Omg mana Zara dengan Sara ni hesh!

          Muka dia merah. Dia menggaru belakang leher. Aku patut jawab ke nak gelak ke sampai dorang datang?

          "Esh apa ni. I mean,kau still suka aku ke?" Soalnya lagi.

          K yang ni rasanya aku boleh jawab. "Hahaha.." Sumpah awkward gila bunyinya. "Apa kau merepek ni? Tukan cerita zaman kecik-kecik dulu hahah" Balasku. Tak menafikan dan tak mengiyakan.

          Dia menghembus nafas lega. Jantung aku pulak yang berdegup lagu ni. "Ke..kenapa?" Soalku.

          "Oh takdelah. Cuma rasa lega. Yelah you know the awkward moment is when you're crushing on your bestfriend? Hahah im glad you're not into me anymore. Lupakan jela kisah sekolah rendah tu." Jawabnya ringkas.

          "Oh. Hahaha haah." Tu je aku mampu balas. Fake laugh.

          Dia friendzone aku.

          "Lagipun aku ada suka orang lain. And kitorang,dah..declare. Haha" Syazwan meneruskan bicara.

          Heartbreak.

          "Ha ha..bila?" Soalku.

          "Seminggu sebelum tournament." Dia tersenyum.

          Seminggu.. Maksudnya dah 3 minggu lah sekarang ni?

          Aku cuba mengukir senyum. Hati aku dah tak kuat dah ni. Rasa macam nak menangis. Hati aku dah patah remuk ni.

         "Wah lama gak. Dengan siapa?" Jangan cakap Maira. Tolonglah.

          Dia senyum lagi. "Mia. Mia Sarah"

          I can hear my heart shattered into thousand pieces.

CrushWhere stories live. Discover now