'Pergi mati' - Misya
Seketul mesej dari Misya tu sudah cukul menggambarkan segalanya. Aih si Syazwan ni buat hal lagi ke? Apa pulak kalini? Mia tetiba muncul tah dari langit mana buat suprise lagi?
"Oi. Kau ni kenapa tercegat kat sini? Ada orang buat mannequin challenge ke?"
Ilham menegur. Dia tengah sibuk survey kasut. Haah kitorang beli kasut dan tak bukan aku belanja. Aku tak faham jugak dengan dia ni. Kasut kat rak dia tu berlambak lah jugak. Ni tambah koleksi lagi ni agaknya.
"Ilham." Panggilku."Hm?"
"Ni ha. Misya."
"Kenapa dengan dia?" Lipat maut dia pandang aku.
Aku terus hulur handphone pada Ilham. Suruh dia baca sendiri conversation tu.
"Taxi?!"
Aku kerut dahi pandang dia. Jadah apa dia ni lagi kisahkan pasal taxi daripada si Syazwan tu?
"Misya mana reti naik taxi. Sensorang pulak tu. Kan banyak kes sekarang ni."
Oh haah lah.
WEH BAHAYA DO MISYA NI TAK FIKIR PANJANG KE?!
"Aku call dia jap." Kataku.
Ilham geleng kepala. Tangan kanannya melekapkan phone di telinga. Eh? Pantasnya.
Aku menunggu sebarang hello dari Ilham takpun Misya. Ya Allah Misya janganlah engkau mengada tak angkat call. Aku luku kepala kau nanti.
"Hello?"
YAS!
"Ha kau kat mana?" Soal Ilham.
"Kau duduk situ diam-diam. Jangan naik mana-mana taxi pun. Tahu tak bahaya sekarang ni?"
"Haa tak payah. Tunggu jap nanti aku dengan Sara datang."
"Iye iye nanti aku pakaikan kotak kat kepala Syazwan." Lepas dia cakap camtu je dia kerut kening.
Hek kalau dah dia suruh si Misya tu tunggu kitorang samalah dengan mengheret si Syazwan sekali. Unless dia ada plan lain.
Selepas dia tamatkan panggilan kitorang terus gerak cari Syazwan. Lagi sekali Ilham call dan tanya keberadaan Syazwan.
"Sara. Kau pergi tengok Misya. Aku jumpa Syazwan kejap." Dia bagi arahan.
Aku angguk je tapi tiba-tiba handphone ku vibrate. Misya.
"Hello?" Kataku.
"Sara,aku dah balik."
"Ha?! Kau balik naik apa do?"
"Aku terserempak ngan jiran aku. Aku tumpanglah. Jangan risaulah aku tak tipu. Kirim salam kat Ilham. Sorry tau weh. Bye."
Mendatar je suara. Haih lah Misya. Aku dah kata move on kau degil. Syazwan ni pun satu. Kalau tak sakitkan hati orang tak boleh ke? Eyy aku sumpah jadi peti ais nanti kang!
Ilham tunjuk muka cemas. Ni pun satu gak. Gabra tak tentu pasal. Aku pun terangkan jela kat dia masa kitorang on the way ke kedai teddy bear.
Sampai je,kitorang nampak Syazwan tengah duduk kat satu bangku tu. Dia lambai kitorang. Heh mangkuk ayun seorang ni memanglah. Kalau bukan member memang dah lama aku maki kat depan orang ramai. Ilham tau aku marah sebab aku diam.
Memang. Antara Syazwan dengan Ilham. Aku lagi rapat ngan Ilham sebab dia ni memang understanding gila baba black sheep have you any wool.
Lepastu kitorang gerak pergi foodcourt. Selesa sikit kalau nak luku kepala si Syazwan ni ke nak marah ke en.
"Apa jadi ni?"
Syazwan angkat bahu. "Aku ajak dia pergi kedai ni sebab nak suruh dia pilih bantal yang comel. Aku mana reti bab-bab macamni."
Ilham angguk. "Hm okay. Lepastu?"
"Maybe I shouldnt say that name." Syazwan berbisik tapi aku sempat dengar.
"Cakap apa?" Soalku.
"Dia tanyalah untuk occasion apa siapa semua tu.."
"Haah kau nak bagi siapa?" Ilham memintas.
"Aku nak bagi dialah tapi.." Dia teragak-agak nak jawab.
Aku kerut dahi. Aku jeling reaksi Ilham. Dia cool je tapi jelaslah muka dia macam
' Cepat sikit cakap boleh tak '
"Masa dia tanya tu aku saja jelah jawab nak bagi Mia pastu dia.."
Aku tepuk dahi. Kalau boleh aku nak tepukkan sekali dahi Syazwan kat meja makan ni ha.
"Duh. Serious ni do. Bergurau kena ada tempat dan ada had." Ilham mengulas.
"Ala aku ingat dia nak lek je sebab aku tak sempat pun nak terangkan benda sebenar dia 'pergi mampus' kan aku." Jawab Syazwan.
Pft. Good job Misya!
"Aku dah tolong settle kot masalah kau dengan dia haritu ni kau buat hal lagi. Kau tau kan dia tu dah lama minat kau kau. Ingat senang-senang je ke boleh move on? Perempuan punya move on dengan kita punya move on lain bro. Kau ni tak tengok twitter ke?" Terang Ilham panjang lebar.
Twitter? Hm kaitan sangat Am. Aku pandang Syazwan tajam.
"Aku pun tak taulah macam mana nak cakap dengan kau ni Wan. Aku tak faham betul apa dalam fikiran kau ni. I just-- ugh forget about it. Am aku nak balik lah." Aku ambik beg dan menyisip sikit jus oren.
"Sara jangan macamni do" Syazwan menghalang.
"Aku nak cool down. Kesian pulak kau kena caci maki ngan aku kat tempat awam ni. " balasku sinis.
"Sara!"
Aku toleh belakang. Eceh macam drama y'alls.
"Tolong pass kan kat Misya. Cakap aku mintak maaf." Dia hulur beg kertas yang bersaiz besar.
Cepat-cepat aku ambik. Huh!
Malamtu masa aku tengah golek-golek sambil peluk bantal peluk aku tetiba terfikir. Sesuatu pasal Ilham. Hmph. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat perhitungan dengan dia tapi tak boleh through WhatsApp.
Aku capai phone dari atas meja tepi katil ni ha lepastu hantar pesanan ringkas kepada Ilham.
' Weh aku nk jumpa kau sabtu ni kat taman biasa pkul 5 ptg '
' okayy 👌'
Sabtu. 5 petang. Skatepark.
Aku hayun kaki yang bersarung rollerblade ni kearah Ilham yang tengah beli aiskrim. Lepas dia nampak aku dia terus orderkan satu lagi aiskrim. Ufufu ni yang sayang lebih ni.
Dia hulur aiskrim keladi. Belum sempat aku berterima kasih,dia cakap
"Nanti bayar tau. RM 1.50"
Cis cake punya kawan. Aku seluk poket dan bagi dia RM 2.
Lepastu kitorang sembang biasa-biasa je. Heh takkan nak terus serang dia dengan soalan yang dah lama ada dalam kepala otak aku ni heheh. Dah habis borak,kitorang diam kejap habiskan aiskrim sambil tengok skater yang khusyuk bermain.
"Am,nak tanya ni." Kataku.
"Ha apa dia? Tanya jelah."
"Kau suka Misya ke?"
YOU ARE READING
Crush
Teen FictionMenurut Kamus Oxford Fajar Dwibahasa,crush bermaksud menghancurkan,renyuk-crumpled. Well,kita semua tahu apa maksud crush. Jangan buat-buat tak tahu pulak.