Ilham

4.4K 317 11
                                    

          "So you're saying Maira tu classmate kau masa sekolah rendah?" Aku tanya Syazwan sambil imbangkan diri atas skateboard. Lama tak lepak skatepark main skateboard buat flip sana sini luka melecet. Form 4 dah sibuk sebab tahun depan SPM kena buat preparation awal. Syazwan angguk. "Dan Misya pun kawan sekolah rendah kau?" Angguk lagi. "And Misya suka kau dulu?" "Rasanyalah. Puppy love." Balasnya.

          "And kau suka Maira?" Aku saja menduga. "Pehal duh. Aku cuma.." Dia tak dapat habiskan ayat terakhir dia. "Anyway,kau tak rasa ke dia cantik? Maira?" Aku biarkan soalan dia dan terus menuju puncak yang semi bulat tu and slide down. "Woohoo!" Naik atas yang lagi satu dan gelongsor ke bawah balik. "Gila tak cantik bro? Flawless kot. Baik pulak tu" jawabku semasa melintasi Syazwan. Ayat terakhir tu entah dia dengar entah tak.

          Dia pulak join aku,up and down. Bila momentum aku dah slow aku terus berhenti dan pijak hujung skateboard agar terangkat sikit lalu aku kepit disisiku. Aku pergi ke bangku untuk minum air sebab haus sangat dari tadi skate. Bahu aku ditepuk,aku terus hulur sebotol lagi air pada dia. "Kau punya tournament memanah bila?" Soalku. "Lagi 2 minggu. Doakan aku menang. Gold medal"  dia senyum senget.

          "Pray without harwork pun haprak gak bro" balasku. Aku dengar aduan rakyat dari Zara lah,partner Syazwan ni. Sejak 2,3 hari ni Syazwan suka betul main mata dengan Maira. Sasaran elok-elok boleh full score dia sasarkan tah memana. Nasib baik markah still tinggi. "Dahlah,jom balik. Apa khabarlah village aku tu. Kena serang kang payah pulak" Syazwan bangun dari tempat duduk.

          Dan kitorang pun balik sambil lumba lari siapa sampai lambat esok kena belanja burger kat depan skatepark ni. Heh. Childish.

           **********     **********

          As usual memang muka aku je yang bukak lampu kipas semua kat dalam kelas ni sebab aku paling awal sampai. Dan bila aku pandang belakang aku tengok ada lembaga baju putih tengah duduk kat kerusi Misya.

          "Makk!!" Aku terjerit kecil. That thing angkat muka pandang aku dengan muka expressionless. "Misya is that even you?" Soalku. Angguk. Fuh nasib baik dia tak pusingkan kepala ke apa. "What's wrong dude? You scared me to death!" Balasku. "Nah,just overthinking things." Jawabnya.

          "Pasal apa? Physic?" Misya ni killer subject dia physic je. Lain semua boleh score. "Taklah. Pasal.. Em nothing. Physic ada kerja ke?" Aku angguk. "Seriously? Omg kerja apa weh habislah aku tak tahu pape pun bye aku nak pergi balik rumah tetiba rasa nak demam." Sekali nafas je dia sebut benda alah tu. Aku ketawa. Kabut ah dia ni.

        "Aprill fool!" Ujarku dengan cheeky smile yang sememangnya mencairkan hati sesiapa sahaja. Ceh. "Aprill pale kau sekarang baru 30 March!" Ok Misya terkecuali. "Lek ah kau pehal moody? PMS?" Dia pandang aku macam nak telan.

          "Sebelum aku baling gunting ni kat kau baik kau duk kat meja kau diam-diam aku nak tido ni." Katanya. Aku sengih dengan muka innocent. "Oh by the way petang ni ada latihan tau. Nanti belikan aku air botol 1.5 litre and awak towel kecik yang kering. Kasut sukan aku ada kat dalam loker kat bilik sukan tolong ambikkan." Balasku.

          Jatuh sikit rahang dia. Heh. Rasa macam best je ada pembantu ni. "Semua benda kau suruh aku buat habistu kau buat apa?" Misya tak puas hati. "Tido. Thank you,my servant." Aku jalan pegi tempat duduk aku kat bahagian depan.

          "Ey kurang asam betul. Siap kau aku letak thumbtack dalam kasut kau nanti ey. Aku letak garam dalam air kau nanti. Aku bagi kau tuala berhingus biar padan muka. Ei pemalas!" Aku gelak je dengar bebelan dia tu. Memang saja nak kuatkan ke cemana?

          But hey,looks like someone  got her mood back.

         

CrushWhere stories live. Discover now