"Serious ke?" Sara menyoal. Tak percaya pada cerita Misya. Misya angguk dengan muka platipusnya yang sungguh sayu lagikan syahdu. Hm makin pelik betul kisah hidup si Misya ni. Kalau buat novel pun cam best gak. Ngeh ngeh. "Yang kau senyum ni pahal? Suka ke? Sokong sangat tindakan Milah tu?" Sara tiba-tiba marah aku. "Maira lah ngek" Misya menyiku Sara.
"Gila ko? Tak ah aku cuma fikir kalau kisah hidup Misya ni aku buat novel mesti best seller en?" Kataku. "Ey kau ni kan!" Misya memukul bahu aku. Hey sakit tau tak! Aku gelak sambil mengusap bahu. "Haha lek ah. Aku gurau je. So,siapa nama budak tu lagi?" Tanyaku kembali. Misya rolled her eyes. Aku syak sebab dia malas nak sebut. "Milah!" Sara pula yang menjawab.
"Maira lah ngek!" Misya tolak bahu Sara. "So Maira daftar dulu? Pastu masa dia on the way back,dia terjumpa kau sebab nak mintak buku latihan math?" Misya angguk. "Then masa kau pergi kelas dia sebab nak bagi dia buku tu,dia kata tak jadi?" Angguk lagi. "Hm pelik tu. Mesti dia ada motif lain ni" balasku. "Entah-entah dia saja nak perkenalkan diri dia" Sara mencelah.
Aku ngan Misya kerut dahi. "Maksud kau?" Soal Misya. "Dia dah daftar dulu. Dia mestilah request nak jadi quarter master untuk memanah kan? Kalau tak mestilah cikgu main letak je kat balapan sebab balapan takde orang. Kan?" Sara kemukakan hujah dia. Aku berfikir hubung kait antara semua tu. Tapi masih tak jumpa motif utama. (Ni cerita penyiasatan ke cerita cinta lol).
Sara sambung lagi. "Lepas dia dah daftar tu,dia terserempak ngan Misya pulak kan? Misya,kau tak kenal dia kan?" Misya geleng. Jap,aku tak nampak lagi ni. "Tapi kenapa tiba-tiba je dia tegur Misya? Konon nak pinjam buku. Haktuih. Mestilah dia memang ada udang disebalik mi. Jadi,udang jenis apa tu?"
Oh. Ok. Dapat. Itu ke sebab dia? Aku buat muka puas hati dengan telahan sendiri. Aku smirk sambil pandang Sara. Sara senyum senget jugak sambil angkat kening. "Jadi udang apa tu?" Misya tiba-tiba mencelah. Baru dapat signal lah tu heh. "Zara,your job." Aku angguk. "Sebab apa pulak ni tugasan Zara duh"
"Sebab akukan archerer sekolah,gila. Eyy dia ni" Aku lepuk Misya. Dia gelak. "Oh ok dapat." Aku pandang dia dengan hujung mata je ni. Haih. Kawan siapalah ni -.-
"Perhatian kepada atlet wakil sekolah bagi MSSD dan Pertandingan Memanah peringkat kebangsaan,sila pergi ke padang latihan masing-masing sekarang juga. Harap maklum."
Kedengaran announcement menyeru semua atlet ke padang latihan. "Bye aku pergi dulu. Jom Misya" aku tarik sekali tangan Misya untuk berdiri. "Eh? Pehal pulak?" Soal Misya. Sara pulak blurr. Ada yang kena sepak masuk longkang japgi. "Kau kan QM untuk balapan. Kau nak suruh budak balapan jemput kau naik pumpkin car macam Cinderella ke macam mana?" Jelasku dengan nada perli.
Misya buat muka sedih sebab tak dapat bersenang lenang menikmati aktiviti santai masa koko. "Ala habistu aku macam mana?" Sara join Misya buat muka sedih. "Kau ikut aku pergi archering field. Dah jomlah." Kataku sambil menarik tangan kedua-duanya. "Ala Misya jom jelah kita bersenang lenang. Kau takyah ah pergi dulu." Sara mula nak menghasut.Heh. Dahlah tak ajak aku sekali.
Sesampainya aku di padang latihan,aku nampak Syazwan dah ready dengan pakaian memanah nya. Dia tengah unzip beg bow dia. "Pehal lambat?" Soalnya. "Cuz Im so fab. Dah diam." Balasku. Aku pakai benda alah yang kat siku tu, (kalau aku cakap,korang bukannya reti pun. Lol.) Dan cari beg bow aku. Time aku tengah sibuk mencari tu,tiba-tiba Cikgu Az datang dengan membawa seseorang yang unfamiliar. Syazwan mndekati kami.
"Zara,Syazwan,harini cikgu nak perkenalkan QM untuk memanah. Namanya Umaira Jadi dialah yang akan handle semua peralatan untuk kamu berdua." Eh? Ni ke Maira nya? Muka cam baik sangat je. Misya ni biar betul. "Our class is next to each other kan,Umaira?" Aku pandang Syazwan. "Haah." Umaira balas sepatah.
Aku pandang Sara. Sara pandang aku. Permainan apakah ini?
{A.N}
Heyy! Sorry for not updating much. Kebelakangan ni macam blank kejap haha. And sorry kalau part Zara macam over sangat teknik penyiasatannya cause im quite obsessed with Detective Conan. But,you can be a good stalker using this method . Selamat mencuba!

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush
JugendliteraturMenurut Kamus Oxford Fajar Dwibahasa,crush bermaksud menghancurkan,renyuk-crumpled. Well,kita semua tahu apa maksud crush. Jangan buat-buat tak tahu pulak.