Misya

6.1K 369 2
                                    

Nasib agak-- no,bukan agak. Memang tak menyebelahi pun bila cuaca cerah je tak hujan-hujan pun. Awan kolumbus pun tak nampak gumpalannya. Ceh,aku pun tak reti beza nama awan ada hati main sebut aje . So the meeting is on. I swear kalau aku messed up kat depan nanti memang aku kerjakan 4 ketul tahi yang sesuka hati je lantik aku jadi ajk tu .

"Misya? Jomlah." Aku pandang Syazwan. Haih terlebih handsome pulak dia ni harini. Eh bukan hari-hari dia handsome ke? Ekeke. "Hoi termenung apa?" Ish buat malu je. "Kau dah tahu ke nak buat apa?" Aku tanya balik. Cover line. "Main kejar-kejar" Aku pandang dia. Seriouslah dia ni? Dia ketawa sambil pandang aku. Waduh ni bukan setakat cair mahupun lebur. Ni dah tahap pemejalwapan!

"Taklah. Tu nanti aku pepandai handle lah. Tapi kau kena jugak tolong sebab Ilham busy harini." Awh baiknya. "Mana kawan-kawan kau?" Aku pandang sekeliling. "Entah planet mana tercampak ntah" jawabku ringkas. Dia senyum lagi. Lain kali kalau nak jumpa dia memang sah kena pakai shades. Biar tak nampak muka dia. "Dahlah. Jom. Kang terbalik pulak kelas tu. Kita buat kejap jelah. Asalkan s/u boleh catat pebenda kita taram nanti" Katanya sebelum bangun. Aku ikut aje dari belakang.

Meeting start macam biasa. Cara dia handle sangat-sangatlah profesional sampai budak menengah rendah semua terpesona. Heh. Ini boleh menyebabkan perang ni! Meh sini gaduh ngan akak. Ehehe. Aku berdiri kat tepi dia aje. Jadi pemerhati. Side profile dia kenapa perfect? Jaw dia pun tajam. Ni kang ada yang hantar rombongan meminang malamni jugak .

Aku alihkan pandangan kearah port biasa kitorang. Yang takde cuma Zara je. Dia berdiri dekat ngan pintu,tengah perhatikan sesuatu kat luar. Kalau dah rupa macam tu,sahlah ada kes. Bukan tak tahu Zara punya instinct cemana. Inilah padah bila addict ngan Detective Conan. "... Misya?" Aku pandang Syazwan. Dia cakap dengan aku ke?

"Ha betul tu" aku main redah aje jawab. "Apa yang betul?" Eh? Salah jawab ke? "Apa yang kau cakap tadi tulah" balasku semula. Dia ketawa lagi. "Aku suruh kau kenalkan diri kejap sebab dari tadi asyik aku ke bercakap. Bukan betul ke salah" Ehm. Malu k,malu. Aku hanya mampu sengih. "Panggil Kak Misya aje. Akak kelas 4 S2. Akak ajk form je kalau ada pape masalah silalah jumpa em,takyahlah ada masalah ehe" Apa aku cakap ni?

Misya jangan malukan diri sendiri pls. Aku pandang belakang lagi. Aina dengan Diyana dah buat sujud syukur. Ni konfem sujud yang tak bangun dah. Sara dengan Zara pulak tengah berbincang. Zara je tengah cakap,Sara tukang dengar. Kadang-kadang buat muka terkejut.

"Club dismiss. Sorry takde aktiviti petang ni. Abang dengan Kak Misya takde idea nak buat apa. Jumpa next meeting" Syazwan mengakhiri perjumpaan 15 minit lebih awal. Alah,tak dapat tengok dia berdiri kat depan lagi esh.

Aku terus pergi belakang. "Korang bincang apa tadi?" Tanyaku kepada si kembar. "Ah? Oh takde pape. Pasal Farish nak meminang aku je" Zara jawab selamba. Pap! Kena pukul dengan Sara. "Haha takdelah. Aku kena siasat dulu benda ni. Kalau dah confirm aku bagitau okay Misya? Jangan risau" Zara wink kat aku.

EI GELI GILA AKU HEMPUK NGAN BATU BATA KANG.

"Misya,aku blah dulu." Aku pandang belakang dan nampak Syazwan memang dah keluar pintu. "Syazwan! Great job" aku angkat thumbs up kat dia dengan excited. Dia senyum lagi kat aku sambil melambai.

What? Wait dia lambai? OMG dia lambai!!1!1! Kekeke~ dengan senyum sampai telinga aku pusing belakang balik,ajak dorang balik. "Wuish happy lah tu?" Diana angkat kening sebelah. Hiks. Of course lah. Diana tepuk kuat bahu aku. Cis kurang asam betul. Aku pandang belakang dan ternampak muka serious zara. Selalunya dialah rajin menyakat.

Ada something yang Zara sorok dari aku. Tapi takpelah. Aku percaya instinct dan siasatan dia. "Zara okay tak? Did something bother you?" Aina tanya. "Ah? Okay..okay. Just a few things dalam siasatan. But dont worry..." "You are Mikayla" Kitorang bertiga potong kata-kata dia. Tahu dah taglinenya yang satu tu. Terpengaruh dengan novel.

Puih. Swaglah sangat haktuih puih berganda haha. Aku tengok Sara. Sara fokus pada satu arah. Aku pandang bawah. Mia?

CrushWhere stories live. Discover now