Exams are over now and result pun dah dapat. Check kat SAPS je sebab dah cuti. Not badlah i got top 20 dalan form top 10 dalam kelas. Boleh tahan genius jugak aku ni kahkah. Ilham on the other side,top 5 dalam form top 3 dalan kelas. Ilham is being Ilham. So harini aku ajak dia lepak sebab nak belanja makan maybe McD atau KFC yang dekat je dengan skatepark tu.
So aku WhatsApp lah dia. Belum sempat aku send kat dia,baru habis taip,tetiba ada call masuk. Aku tengok nama
Mia
Ugh. Tadi baru je otp sekarang call lagi. Bapak dia ni owner Celcom ke cemana? Aku slide kanan.
"Hello?"
"Hey babe. Ada pergi mana-mana tak petang ni?"
"Ada janji dengan Am. Kenapa,you?" Soalku.
"Alaa yeke? Mia baru je nak ajak Sayang lepak petang ni. Sayang janji dengan Am nak lepak mana?"
"Tempat biasa. Skatepark yang kitorang selalu pergi. Mia jangan risau okay?" Balasku.
"Sayang take care tau. Skate elok-elok jangan sampai jatuh,k? Jatuh atas lantai takpe jangan jatuh hati kat orang lain. Nanti Mia sedih."
"Ahaha okay baby dont worry. Wan dah pro. Kalau jatuh pun nanti Am boleh sambut. Hahah."
Comel pulak dia ni main risau-risau macamtu. Comel,kan? Ke aku sorang je rasa macamtu?
"Okay sayang. Em nak Mia ikut sekali ke?" Soalnya.
"Eh takpe takpe. You duduk rumah je by,nanti kang you kena culik susah pulak." Balasku.
"Takpe Mia dah siap dah ni. Okay kita jumpa kat skatepark. Bye sayang. I love you,muah"
"Me too."
Talian ditamatkan. Ugh. Baru je ingat nak enjoy dengan Ilham puas-puas. Tapi takpelah. Aku tengok jam di dinding. Uh oh dah pukul 4.45 baik aku gerak sekarang. Kang jadi patung cendana pulak Mia
Skatepark.
Aku lambai Mia dari jauh. Dia nampak lambaian aku lalu terus berjalan ke arahku dengan sepasang rollerblade ditangan. Dia reti main benda alah tu ke? Macam biasa topi hitam kegemarannya dipakai secara terbalik.
"Mia,you reti ke main benda ni?""Ehehe Sayang ajarkanlah Mia main benda ni. Sayang kan pro bab-bab skating and surfing ni." Balasnya sambil tersenyum dengan innocent.
"Okay lets start. Pakailah dulu." Balasku.
Lepas dia pakai benda alah tu,aku pun ajarlah dia luncur. Alah macam pakai kasut roda yang korang pakai masa kecik-kecik tu. Yang gambar barbie, spiderman, batman yang ada satu je roda kat belakang lepastu kalau pijak nanti keluar lampu. Kalau mahal sikit keluarlah bunyi.
Tak lama lepastu aku nampak Ilham pulak sampai. Aku panggil dia datang kearah kitorang. Mia masih mengimbangkan badan dia. Banyak kali jugaklah dia jatuh dan hampir jatuh. Nak gelakkan tapi nanti kang merajuk susah pulak. Nak kena pujuj nak beli a bouquet of flower lah apalah.
Ilham sampai dengan muka 'Eh apahal minah ni ada kat sini?' Haha. Tapi dia buat slumber je jatuhkan papan skate lepastu skate kat ring yang ada upside down tu. Aku nak join tapi Mia ni masih belum stabil jadi aku pun ajarlh dia menstabilkan diri. Rasa serba salah pulak kat Ilham.
"Sayang,Mia nak jatuh dah ni." Ujarnya.
"No no jangan laju sangat. Kalau nak bagi balance,macamni step dia.."
Lama-lama lepastu okaylah si Mia ni. Thank god. Aku nampak Ilham dah turun dari tempat tu dan skate atas jalan rata pulak. Aduu tak seronok ah skate sensorang weh.
"Wan,jom kita meluncur sama-sama. Wan jagakan Mia,Mia takut jatuhlah. Jomlah jomlah. Atas jalan rata je." Kata Mia.
Aku pun setuju jelah. Ingatkan nak suruh dia skate kat depan,aku ngan Am kat belakang. Tapi dia suruh seiring sejalan seluncur pulak. Payah ah girlfriend manja sangat macamni. Kadang-kadang macam rimas tapi nasib baik lawa.
Aku kerling belakang pandang Ilham. Dia bangun dari tanah. Mungkin baru lepas jatuh kot. Masa kitorang nak belok kanan tu,ternampak Syazwan tengah cakap dengan seseorang. A girl in black. Kardigan labuh hitam dengan bawal hitam kasut converse biru gelap. Eh jap,rasanya tu macam kasut Misya.
Aku segera patah balik dan skate ke arah mereka. Mia terkejut dan memanggil aku tapi panggilnnya aku hiraukan aje. Bila dah dekat,aku tengok lagi. Betullah Misya. Tak lama lepastu,Mia pulak datang sebelah. Eh laju betul dia meluncur guna rollerblade dia tu. Bukan tadi terkial-kial ke?
"Hi Misya." Aku menyapa.
"Yo." Balasnya sepatah.
"Hi Kak Misya. Kak Misya join sekali ke skate dengan Am?" Mia bersuara.
"Hey Mia. No. Saja je jalan-jalan lepastu ternampak Ilham skate sorang-sorang tu yang saja datang." Balasnya.
"Jomlah join kitorang." Aku mengajak dengan girang beserta senyuman menawan.
"Waa double date. Jom Kak Misya,jom." Mia menyampuk lagi.
Misya memandang ke arahku sebelum pandangannya beralih ke arah Mia. Wowow. Is it just me or dia memang pandang aku dengan ekspresi beku dia tu? Her icy cold gaze really struck my heart. Aku buat salah apa? Dia marah aku ke?
"Sorry tak berminat. Dating zaman highschool is not my type sebab macam takde jaminan. Sorry to say tapi thats my opinionlah. Weh Ilham dah pukul 6 ni aku gerak dulu lah. Bye." Balasnya lagi. Dingin.
"Haa okay bye. See ya. Malam nanti aku WhatsApp kau." Balas Ilham.
Aku lipat maut pandang Ilham. WhatsApp? Dorang selalu contact ke? Wow serious ah? Ada sesuatu yang aku patut tau ke ni? Dorang in relationship ke?
Ilham balas pandangan aku dengan kening terangkat. Aku geleng kepala tanda takde apapa. Mia pulak minta diri selepas tu. So tinggal aku dengan Am jelah ni. Aku bukan gay okay.
"Makan jom?" Soalku.
"Mana?" Dia tanya balik.
"Dalam hati awak. Chia chiaa"
"Kau pikir aku gay ke,setan?" Balasnya sambil menumbuk perlahan bahu aku.
Aduh habis retak patela. Eh,patela tu tulang lutut. Ahaha.
{A.N}
Heyy. Sorry for the late update. Baru balik asrama okayy. Jadi asrama saya balik 2 minggu sekali and homework mestilah ada jadi saya takkan update secara berkala. Sumi masen~ Plus tahun ni tahun sibuk. Serious sibuk. Jadi,you have to wait a lil bit longer for the updates.
Andd sorry tau kalau rasa macam meleret. Idk cemana boleh jadi meleret sebab cadangnya dah nak ending dah tapi tapi tapi banyk konflik sikit. I promise to end this by June tapi tengoklah cemana sebab busy gila huwaa nak nangis T.T
And thanks for those comments. And to Kiseyu thanks for the support. I love you <3 dan untuk readers lain,feel free to message me or write something on my board okay?
Xoxo,
Blossomaurora
YOU ARE READING
Crush
Підліткова літератураMenurut Kamus Oxford Fajar Dwibahasa,crush bermaksud menghancurkan,renyuk-crumpled. Well,kita semua tahu apa maksud crush. Jangan buat-buat tak tahu pulak.