The movie ended. Panggung diterangi cahaya semula. Orang berpusu-pusu keluar dari panggung but not us. Aku check balik tiket wayang kedua. Beauty and The Beast start lagi 30 minit so ada masa nak go grab something to eat. Tiba-tiba bahu aku ditepuk kuat. Aku segera pandang belakang.
Mia? Dia beli tiket sendiri? I dont know why but I found it quite funny haha.
"Hey sayang you made it."
Mia tarik muka. Uh oh ada orang merajuk. Teddy bear cukup ke nak pujuk?
"How could you leave me alone dear! Tak gentleman langsung."
"Sayang,I've told you I hang out dengan kawan-kawan I kan? You yang tiba-tiba muncul." Balasku.
"Hang out ke double date huh?!" Mia mula melenting.
Zara dan Ilham dah pandang-pandang. This girl got no chill,mayn. Mia still pandang aku dengan pandangan sinis,saja memprovok.
"Cakap kat luar." Balasku mengawal kemarahan.
"Kenapa taknak cakap kat sini je? Biar semua orang tahu ha? Nak terus terang you ada affair?!"
Aku mengeluh lalu bangun sambil mengheret Mia keluar panggung. Ni bukan mengasari kaum hawa okay jangan salah faham. Aku cuma tarik dia keluar je takdelah sampai mencederakan ke apa. Ladies mohon jangan mencerca Syazwan okay.
Keluar je dari panggung aku terus bawak dia ke tempat yang tak berapa ramai orang. Kalau dia nak attack aku pun takdelah malu sangat.
"Now tell me apa yang you tak puas hati dengan I?" Soalku.
"Everything. You kata nak hang out tapi kenapa mesti dengan tiga orang tu ha?! Kenapa tak keluar je dengan Ilham and your other GUY friend?"
Okay tu ke main point dia mengamuk ni?
"Okay Mia,chill down. They are my friends. Kitorang kawan dah lama okay? Dah 4 tahun. What's the big deal? Kenapa you marah sangat?" Balasku.
"Kenap I marah? You tanya kenapa I marah?" Dia pegang kepala. Gaya macam kawal diri dari membaling semua meja kerusi ni ke arah aku je.
"Because of that girl! You hang out dengan dorang and I cant accept this! That girl memang dah melampau!!"
"What the hell is wrong with you?! You tak pernah queen control selama ni why now? I dont see the relevans." Aku balas lagi.
Dia macam dah rasional sikit. While aku,still marah. Kenapa nak kongkong? I need my freedom she has no authorities nak tentukan kawan aku or anything in my freaking life!
Dia cuba meraih tangan aku. Well I guess muka aku merah sebab marah kot.
"I'm.. I'm sorry dear. I didn't mean to.."
Aku tepis tangan dia. Dia nampak terkejut. Aku rasa macam.. Eyy semaklah!
"I.. Forget it."
Aku terus berlalu. Hilang dah mood aku nak buat apa-apa. Aku terus pergi kat diorang. Ilham angkat kening sebelah kiri. Aku geleng je. Ni nak join second movie ke tak? Aku pandang belakang. Mia sedang berjalan ke arah sini.
"Ilham you take care of the girls." Kataku ringkas.
"You're not joining us?" Misya tanya.
Aku paksa senyum. "Maybe next time. On my treat. Okay see ya!" Aku laga penumbuk dengan Ilham dan lambai tiga orang gadis tersebut dan blah sebelum Mia sampai.
Rumah.
Aku cabut beanie dan letak atas meja belajar. Aku terus hempas badan atas katil. Nasib baik empuk maka daya impuls pun berkurang sebab masa hentaman bertambah. Physic gais. (Ok sorry kalau tersilap fakta ehehe).
Sebenarnya aku pun tertanya-tanya. What is wrong with me actually? Sebab Mia ke? Mia pun satu,entah sejak bila pandai mengongkong. Kenapa dia nak jealous sangat pun dengan Misya? My feelings towards her dah lama hilang. Gone with the wind.
Ugh.
Aku bangun lalu pergi kearah meja belajar. Aku unlock laci yang berkunci dan keluarkan sebuah buku hard cover warna hitam. No it is not a diary. More like a journal?
Jumaat. 23 Okt 201x
Aku nampak dia lagi. Dia duduk dekat belakang aku. Takdelah straight belakang. Macam dia kat grup sebelah tapi belakang aku. Kelas sama lagi. Tapi aku tak taulah dia perasan aku ke tak.
Aku selak muka surat sebelah. Random je. Tiba-tiba sehelai kertas jatuh dari muka surat tu. Aku kutip surat tu sebab nak tau isi dia. Ni,surat yang dia bagi masa darjah 5. Kesian dia kena bahan dulu. Haha. Aku baca apa yang tertera kat page tu.
Selasa. 10 Jun 201x
Aku akan simpan surat ni. Dia bagi aku pukul 12 tengah hari. Surat kedua. Kelakar lah dia tu. Dia baru perasan kewujudan aku. Haha. Kelakar. Hi Misya. Aku harap kita sama sekolah lagi. Aku akan jadi bodyguard kau. Seronok tengok kau kena bahan. Bukan aku taknak tolong,tapi nanti lagi dorang ejek kau. Macam drama melayu,aku akan jaga kau dari jauh. Macam watak komik yang kau suka. Kau mungkin tak tau perasaan aku tapi aku akan sentiasa ada.
P/S : aku rasa macam pelik bila tulis macamni. Mungkin mama banyak tengok drama masa mengandungkan aku.
Aku tutup buku tu. Haih. I should burn this book. Surat tu aku letak balik kat muka surat tu. Buku tu aku simpan dalam laci dan aku kunci. Tapi ada satu persoalan yang masih berlegar-legar di kepala aku,takkan hilang.
Ah lantaklah! Biar masa je menentukan.
YOU ARE READING
Crush
Teen FictionMenurut Kamus Oxford Fajar Dwibahasa,crush bermaksud menghancurkan,renyuk-crumpled. Well,kita semua tahu apa maksud crush. Jangan buat-buat tak tahu pulak.