"ISH , apa you ni sayang ?"
Syada membuat wajah jijik. Jijik melihat pemandangan dihadapannya itu. Pasangan kekasih dihadapannya ini benar-benar buat dia loya tekak dan hilang selera makan. Kevin memandang Syada yang menolak pinggannya.
"You kenapa ?"
Syada menjeling Kevin sekilas. Buat-buat tak tahu ke memang tak tahu ? Harap sajalah orang kaya tapi IQ rendah !
"Saya loya. Nak muntah."
Kemudian memandang lelaki dihadapan Kevin pula.
Menyampah !
"Nak tahu tak ? Pemandangan yang korang cipta ni , merupakan pemandangan yang paling jijik pernah saya tengok. Menggelikan !”
Beg tangannya di ambil lalu dia meninggalkan pasangan itu. Rasanya boleh muntah betul-betul kalau duduk lama-lama dengan mereka.
Tak rasa berdosa ke ?
Tak rasa malu ?
Tak rasa...geli ?Kevin memandang Ilya dihadapannya yang membuat wajah cemberut.
"Kita makan , sayang. Abaikan dia."
Ilya tersenyum manja. Tangannya masih memegang lengan Kevin erat. Suka dengan layanan mesra teman lelakinya itu.
SEKALI lagi , Syada kena lindungi Kevin.
Gatal pergi bawak perempuan tak berapa sedar diri itu.
Datin Kira yang tak tahu apa-apa pula hanya melayan biasa.
"Syada okay ?"
Syada tersentak. Tidak semena-mena , pinggan kaca yang dia pegang tadi.Nyaring bunyinya sehingga ke ruang tamu. Membuatkan Kevin dan Ilya ke belakang.
"Aunty , sorry !"
Dia menunduk mahu mengutip serpihan kaca.
"Tak apa , Syada. Sudah. Nanti Mak Mah bersihkan. Tangan luka nanti."
Syada menggeleng. Dia masih mengutip dengan berhati-hati."Sudah , sayang."
Datin Kira menarik Syada bangun. Entah apa yang Syada fikirkan sampai begitu sekali terkejut.Mata Syada memandang pula Kevin dan Ilya.
Dia memberi isyarat supaya Kevin membawa Ilya keluar. Terlentok-lentok di tepi Kevin.Hish !
"Are you okay ?"
Kevin berdiri dihadapan Syada.
"Saya okay."
Tangannya direntap dari pegangan Kevin membuatkan lelaki itu tersentak. Terkejut."Aunty , Syada ada nak tunjuk aunty something. Mesti aunty suka !"
Tangan Datin Kira dibawa keluar dari dapur itu.Tak nak bawak Ilya pergikan ?
Biar dia yang bawa Datin Kira keluar.Ilya yang melihat kemesraan antara Syada dan Datin Kira itu merengus.
"Sayang ?"
Ilya memandang Kevin.
"Rapatnya dia dengan mama you , baby."
Kevin tersenyum nipis.Dia akui.
Syada dan Datin Kira memang rapat. Sangat rapat.
Yelah. Sudah hampir 3 tahun Syada menjadi setiausaha peribadinya."Biasalah tu. Jom. Karang mama dengan papa cakap apa pula."
Ilya ditinggalkan dibelakang. Karang tarik sekali , kantoi pula dia ada kekasih.Ilya menghentak kaki geram.
"SAYA tak suka bila tuan bawak dia ke dalam rumah ni. Saya tahu , ni ruman keluarga tuan. Tapi tolonglah hormat aunty dengan uncle even diorang tak tahu."
Tajam Syada memandang Kevin dan Ilya. Kekasih Kevin itu pula sudah buat muka tanda menyampah.
"Saya penatlah asyik nak tolong back up tuan je. Sampai bila tuan nak hidup macam ni ? Bergelumang dengan dosa yang—haish ! Tuan tahukan Allah melaknat perbuatan yang macam ni. Bercinta sesama jenis. Dosa besar , tuan !"
Kevin hanya beriak selama. Sudah lali dengan nasihat yang diberikan oleh Syada.
"Ini kali terakhir , tuan. Kali terakhir saya nasihat tuan. Kalau lepas ni apa-apa jadi ataupun Datin Kira tahu , saya takkan berada di belakang tuan lagi. Puas dah saya nasihat tuan. Tapi tuan tetap berdegil. Dan awak , Ilman Qayyim."
"Ish , nama I , Ilyalah !"Syada merengus.
"Whatever. Awak ubahlah diri dan nama awak sekalipun. Awak tetap hamba Allah yang bergelar lelaki. Lelaki yang sepatutnya melindungi wanita. Bukannya jadi wanita jadian !"Membulat mata Ilman. Laju sahaja tangannya mahu membaling gelas kaca ke arah Syada dan nasib sahaja Kevin sempat menghalang.
Syada tersenyum sinis.
"Cuba cederakan saya , Ilman. Awak tak kenal lagi siapa saya. Awak hanya kenal saya sebagai setiausaha tuan Kevin. Tapi awak belum kenal saya sebagai Syada Suhaira."Tegas Syada menuturkan ayat itu dan beredar meninggalkan mereka.
Dia melangkah kearah Datin Kira yang terpaku di hadapan pintu. Membelek beberapa keping gambar.
Gambar ?
Syada mengerutkan dahinya. Dia berdiri dibelakang Datin Kira. Mencuri lihat gambar-gambar itu. Membulat matanya.
"Aun-aunty."
"Betul ke apa yang aunty tengok ni , Syada ?"
Syada diam.
"Anak aunty bukan lelaki normal , Syada. Betul ke Syada ?"Syada memandang Kevin dan Ilman yang baru masuk itu. Dia menggeleng. Memberi isyarat supaya Kevin tidak mendekati.
Tetapi Kevin tetap Kevin.
Degil.
"Mama , kenapa ni ?"
PPANG !
Syada menekup mulutnya. Terkejut. Dia terus melangkah kearah Kevin yang jelas sudah tergamam. Ilman pula tegak berdiri sekadar memerhati.
"Aunty , sabar , aunty. Kita bincang dulu."
"Nak bincang apa lagi Syada ?! Dah terang lagi bersuruh , dia buat benda terkutuk tu ! Kau , apa lagi yang tak cukup kami berikan pada kau , Yad ?! Kau malukan aku , hancurkan maruah keluarga kita ! Mana akal dan fikiran kau ?! Anak tak guna !"Kevin tidak berganjak sedikit walaupun badan tegapnya menjadi mangsa pukulan dari Datin Kira. Syada pula sedaya upaya melindungi Kevin dari terus menjadi mangsa pukulan Datin Kira.
Boleh tahan kuat pukulan Datin Kira. Perit jugalah belakang badannya mendapat tamparan bertalu-talu dari Datin Kira.
"Astaghfirullahalazim , Kira ! Bawa berucap. Awak pukul anak orang tu !"
Dato' Ameer menarik Datin Kira jauh daripada Syada. Berkerut-kerut muka Syada menahan sakit.Tidak menunggu lama , dia membawa isterinya beredar dari situ. Emosi Datin Kira tidak stabil. Ada lebih baik dia bawa Datin Kira dari ruang tamu.
Syada berdesis perlahan bila rasa perit itu masih tersisa. Kevin yang masih melutut itu dipandang dengan keluhan.
"Bangun , Tuan Kevin."
Perlahan , Kevin bangun. Wajahnya sudah lemah tidak berdaya membuatkan Syada mengetap bibirnya. Entah lah. Mahu membantu lagi , sudah puas dinasihatkan. Tetapi , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri. Macam mana lagi dia mahu bantu ? Kalau masa dia nasihat tu boleh keluar buih , dah keluar buih agaknya.Berani buat , berani tanggunglah. Nak elak lagi pun dah tak berguna. Faktanya sudah terjadi hari ini.
"Saya dah pesan dengan tuan banyak kali kan ? Tapi tuan yang degil."
Syada menarik nafas. Cuba menenangkan dirinya juga. Penangan Datin Kira bukan main-main."Minta ampun pada Allah. Bertaubat , tuan. Masih belum terlambat. Saya akan cuba pujuk aunty. Tolong hentikan semuanya."
Dia meninggalkan Kevin disitu. Tidak mahu mengambil tahu lagi. Lebih baiklah dia rehatkan badannya yang sudah sakit-sakit itu.Nak balik , nak rehat !
Kevin menghela nafas berat. Lain yang mahu dilaksanakan , lain pula yang jadi.
Syada yang sudah berjalan jauh darinya itu dipandang dengan keluhan. Matanya jatuh pula pada Ilman yang masih kaku tidak bergerak.
"Seram."
Kevin mengetap bibir menahan geram. Fikir mahu membantu tetapi lelaki itu lebih pada mahu mengejek.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.