"MACAM mana ? Kau masih nak teruskan ?"
Lelaki itu tersenyum sinis. Putung rokok yang dihisap tadi dibuang ke dalam bekas.
"Biar dia leka dan terus leka. Baru kita teruskan plan kita."
Lelaki dihadapannya itu sekadar mengangguk kecil."I dengar lelaki tu ada plan lain. Tu yang senyap ?"
Itu soalan pertama yang diajukan pada Kevin sejurus Kyle merempuh masuk ke dalam pejabat abangnya.
Terjungkit kening Kevin mendengar. Wajah Kyle dipandang sekilas sebelum dia menyambung kerjanya semula.
"You ni tak ada kerja lain ke selain ganggu I ?"
Kyle sengih. Tangannya menongkat dagu memandang Kevin."Syada macam mana ? Hari ni tak masuk kerja."
"I bagi dia cuti."
Kyle tersengih. Dia melabuhkan duduk dihadapan Kevin.
"Sweetnya. Bila nak kahwin ?"
"I tumbuk you karang , apa pun tak dapatlah."Kyle melepaskan gelak besar.
"Garangnya gayboy kita ni."
"Kau ni dah lama hidup ke , Khaiser Aadrian ?"
Kyle berdehem. Dia kembali menegakkan badannya.Seram nok !
Si Kevin ni dengan Syada dua kali lima je. Tak boleh gurau lebih-lebih.
"Oh , ya. Pasal ex you."
Kevin masih memandang Kyle.
"You janganlah pandang I macam tu. I tak tergoda pun !"Ppap !
Fail yang jatuh selepas mendarat diwajahnya itu dipandang.
"You ingat tak sakit ke setan ?!"Kevin sekadar tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh.
"Dia tengah jadi orang kuat lelaki tak guna tu."
Kevin tenang mendengar.
"Dahtu ?"
"Tak nak jumpa dia ke ?"Kevin tersenyum sinis lagi.
"Soon..."Wajah Kyle terus berubah.
Syada , bos kau ni seramlah. Macam mana kau hadap dia hari-hari sedangkan aku , adik dia sendiri pun seram dengan dia ?
Kyle menggeleng laju.
Kevin ni gila ke ?
Ada split personality ke ?
Ke...ada dua personaliti ?SYADA menjenguk luar biliknya ke kiri dan kanan.
Nafas dihela perlahan.
"Kenapa , Ara ?"
Syada terus berpusing memandang Nik Erman yang tidak jauh darinya.
"Papa ! Tak ada apa. Ara tengok sekeliling rumah je. Cari papa."
Sengihan di lemparkan pada Nik Erman.Nik Erman mengangguk sedikit walaupun ada rasa curiga dengan jawapan anak keduanya itu.
"Minggu depan papa nak amik Syama tapi rasanya stay sekejap kot."
Wajah Syada berubah.
"Pa , papa tahukan yang—"
"Ya , papa tahu. Tapi sampai bila ? Nanti , ada pulak mulut cakap papa tak guna lagi."
Syada diam."Syada nak ikut ?"
Syada laju menggeleng.
"Syada baru je balik , pa. Ini pun bos Syada bagi cuti lagi. Takkan nanti cuti lagi kan ?"
Nik Emran senyum.
"Yang itu , papa boleh bincang dengan Kevin."
Berkerut dahi Syada."Janganlah , pa ! Syada malaslah nak balik sana. Malas nak menghadap muka-muka hipokrit tu."
Nik Emran tergelak.Haihlah , anak. Anti betul dengan keluarga sendiri.
Tapi dia akui.
Keluarga sendirilah toksik berbanding orang luar."Papa dah sarapan ke ?" Syada berpaling memandang Nik Emran yang mengekorinya dari belakang.
"Papa dah makan tadi. Kenapa Syada bangun lambat ni ? Penat sangat ke ?" Syada tersengih menampakkan giginya yang putih.
"Subuh tadi Syada dah bangun. Tapi tertidur balik. Penatlah , pa." Nik Emran tergelak kecil. Kepala Syada diusap sayang."Abang ada telefon kamu ?"
Syada menggeleng laju.
"Abang busy kot papa. Syada dengar cawangan sana ada masalah sikit." Nik Emran mengangguk faham. Syaqir sudah khabarkan padanya tentang itu.Tambahan , lelaki itu sudah berumah tangga , lagilah jarang nak nampak muka balik Malaysia.
SYAMA merenung luar rumah dengan keluhan. Beberapa khemah sudah dipasang dan bila-bila masa sahaja ahli keluarganya yang lain akan pulang.
Itu yang dia gusarkan.
Sudahlah dia seorang diri. Syada sudah pulang ke Kuala Lumpur.
Menyesal pulak terima tawaran nenek. Ish ! Tahu-tahu kena scam."Doksah lah kau menungkan ke luar tu. Kakak kau takkan munculnya."
Engku Hasnah menepuk punggung Syama dari belakang buatkan gadis berusia 22 tahun itu tersentak."Nek ! Sakitlah. Tangan nenek besi ke ?"
Engku Hasnah tersenyum sinis.
"Idok aih. Tangan aku ni emas. Tu , dah berterabur dah emas jatuh. Kutiplah." Syama mencebik. Kalau dengan Engku Hasnah , dia memang selalu kalah !"Atok pergi mana nek ?"
"Orang tua tu awal pagi dah keluar. Pergi cari lembu nak tumbang."
Syama mengangguk faham. Tangan berkedut Engku Hasnah dicapai."Nek , orang takut..."
"Kau tak payah risaulah. Aku dengan atok kau hidup lagi hah. Kalau diorang berani buat kau , penyapu lidi tu aku libas dekat belakang badan diorang. Berani diorang buat cucu kesayangan aku ya ?!"
Syama tersenyum kelat.Kata-kata Engku Hasnah langsung tidak buatkan dia lega. Malah , semakin gusar dihati.
"2 hari lagi papa kau sampai. Dia duduk sini dalam 2-3 hari jugak. Kakak kau , nenek tahulah. Kau bukan tak tahu , diorang semua tu musuh alami kakak kau."
Engku Hasnah turut membuang pandangan ke luar tingkap. Memandang kearah yang sama Syama pandang.
"Kau jangan fikir banyak , Aila. Nanti kau yang sakit. Kau jangan susah hati. Kami ni ada dengan kau."
Mata Syama sudah bertakung. Menahan rasa di hati. Jujur , dia rasa tak sedap hati !"SYAMA bukan adik kandung Syada. Dia lain bapak dengan Syada."
Kevin terus memandang Kyle dimuka pintu. Perlahan , lelaki itu melangkah kearah Kevin."Hah ?"
"Syama anak luar nikah mama dia dengan lelaki lain."
Berkerut dahi Kevin mendengar.
"Maksud you...mama diorang curang ?"
Kyle menggeleng."Mama diorang kena rogol. Dengan bapak saudara diorang sendiri. Nenek , atok dengan parents diorang sendiri tahu. Lelaki tu pun dah lama hilang. Cumanya tak mengeruhkan keadaan , mereka diam. Mereka diam , tak bermakna mereka mengalah."
"Macam-macamlah Syama dengan mama diorang ni kena tapi Nik Emran protect them at all cost. Yelah. Bukan salah mama diorang pun. Mama diorang bawa diri ke tempat lain. Tapi tak bercerai. Elok je diorang contact each other. Tapi mungkin , mama diorang belum bersedia lagi. Mungkin takut."
Kevin diam. Menghadam segala fakta yang baru dia dengar."Sebabtu Syada pun memang protect gila-gila dekat Syama. Walaupun dia sendiri , ada benda yang dia simpan."
"Apa tu ?"
"Itu...you kena tanya dekat Syada sendiri. I pun masih mencari tapi tak jumpa jugak. Syada ni pandai simpan rasa. Especially about her feelings."Kevin kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
"Tuan !"
Serentak , mereka berdua berpaling memandang Syada yang sudah terjegul di muka pintu.
"Sa-saya nak ke-kena balik kampung. Kunci kereta saya ? Kereta saya mana ?"
Semalam , lelaki itu yang menghantarnya pulang dan kereta pula lelaki itu pinjam sekejap. Yelah , dah lelaki tu yang tolong bawa dia punya kereta."Dekat rumah I. I drive kereta I hari ni."
Syada mengetap bibir sendiri.
"Kyle , kau ikut aku."
"Eh , kenapa pula ? Tak kuasa aku nak ikut. Penat aku pun tak hilang lagi."Syada memandang dua beradik itu dengan mata berair.
"Tolong... Saya kena balik kampung sekarang jugak. Emergency !"Wajah Kevin berubah dingin.
"I ikut."
"I pun nak ikutlah."
Serentak , kedua mereka memandang Kyle tajam."Ada drama kan ? Nak tengok jugak."
"Cepatlah !"
Bergegas , mereka berdua mengikut langkah Syada yang jelas tergesa-gesa itu.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.