BAB 22

954 70 1
                                    

CAHAYA yang menembusi tingkap membuatkan matanya serta-merta celik.

Siapa yang ganggu lena dia pagi-pagi buta dengan bilik dah terang macam ni ?

"Good morning , sayang..."
Syada terus mengangkat muka memandang kearah pintu. Kevin yang sedang tersenyum masuk ke dalam bilik bersama dulang di tangan. Syada yang masih mamai itu terkebil-kebil.

Kevin duduk dihadapan Syada.
"Bila awak balik ?"
Kevin senyum. Pipi Syada dicubit geram.
"Lena betul sayang I tidur malam tadi sampai I balik pun tak sedar ya ?"

Syada hanya tersenyum nipis.
"Ni...untuk saya ke ?"
Polos wajahnya bertanya lalu memandang Kevin. Lelaki itu tergelak spontan melihat gelagat sang isteri.

"Ya , sayang. Ini untuk you."
"Tapi saya tak basuh muka lagi... Gosok gigi pun belum."
Kevin masih tersenyum.

"Tak apa. Bukan selalu makan air liur basi sendiri."
Syada buat wajah geli sebelum dia bangun menuju ke bilik air.

Selesai membasuh muka dan menggosok gigi , dia kembali ke katil. Memandang Kevin dengan senyuman.

"Boleh saya makan ?"
"Makanlah. I memang masak untuk you."
Tidak berkelip Syada memandang Kevin. Makanan dan wajah Kevin dipandang silih berganti. Laju sahaja jari Kevin menjentik dahi Syada.

"You ingat I tak tahu masak ke ?"
Syada hanya tersengih.
"Hari ni tak payah masuk office. Teman I jalan-jalan."
Syada hanya mengangguk.

Memanglah.
Kalau bangun matahari terpacak , mana nak pergi pejabatnya ?

"I ada benda nak bagitau you."
Syada memandang Kevin sekilas sebelum memandang makanannya kembali.

"I nak you jauhkan diri dari Emma. Boleh ?"
Syada mengangkat wajahnya. Memandang Kevin semula. Sudu diletak ketepi. Tisu diambil lalu dia lap mulutnya.

"Boleh saya tahu sebab apa ? Kenapa ?"
Kevin melepaskan keluhan. Sudah dia agak. Pasti Syada mahu tahu.

"Dia ada kena mengena dengan orang yang nak kenakan I tu. Just act like usual cuma jangan rapat macam dulu. Boleh ? I takut dia apa-apakan you."
Kevin mengusap tangan Syada lembut. Memohon pengertian wanita itu.

"Jangan risau. Saya okay. Saya pun tak adalah rapat mana dengan dia. Sekadar rakan sekerja. Bila dia ajak saya buat kerja sama-sama dengan dia hari tu , itu yang saya macam pelik sikit. Mujur Izyani ada sekali. Tak adalah saya takut sangat."
Kevin menarik nafas.

Bagai nak gila juga dia memikirkan keadaan isterinya bila berada di negara. Nasib baik lah Ilman dan Zidan ada untuk membantu tengok-tengokkan Syada.

"Saya tak tahu pun awak ada kawan lain selain Ilman ?"
Kevin tersenyum melihat Syada yang menyambung makan itu.

"Zidan tu jarang balik. Nak jumpa dia tu memang jarang memandangkan dia tu bertugas dekat Sabah sana. Kadang je dia dapat misi dekat Klang , baru dia turun sana. Yang ni , dia memang cuti."
Syada mengangguk faham.

"Kacak jugak dia. Dah berpunya ?"
Kevin tersentak. Tajam matanya memandang Syada.
"You ni kenapa ? Puji lelaki lain depan suami you pulak."
Syada tergelak kecil. Kedua tangannya naik memegang pipi suaminya.

"Alololo... Suami saya cemburu ya ?"
Kevin merengus. Tangan Syada ditolak.
"Saya puji je. Tapi , suami saya lagi kacak !"
Kevin menggulingkan bebola matanya keatas.

Menyampah pulak dengar.

"Saya tanya ni. Zidan tu ada teman wanita ke ? Serius memanjang."
Kevin mengangkat bahunya. Dia bukan ambil tahu sangat perihal kehidupan peribadi kawan-kawan dia ni.

"Tak silap I , ada lah dulu. Tapi sekarang , I tak tahu lah pulak. Sejak jadi polis ni , dia berahsia sikit."
Syada mengangguk faham.

"Okay. The question now , nak keluar pukul berapa ?"
Kevin memandang Syada. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Syada.

"Petang sikit."
Pucuk hidung Syada dicuit sedikit dengan senyuman.





ZIDAN menolak butik mewah itu dengan wajah ketat. Sekeliling butik itu dipandang dengan senyuman sinis.

"Ya , encik ? Boleh saya bantu ?"
"Eleena. Eleena ada ?"
Gadis dihadapannya itu memandang pelik. Dahinya berkerut sedikit.

"Maksud encik , Miss Eve ke ?"
Zidan diam seketika. Dah apa kejadah pulak Eve ni ?

"Danin , kenapa ni ?"
Danin menoleh. Memandang majikannya.
"Ini. Ada orang cari perempuan nama Eleena. Miss ke ?"
Gadis itu ke tepi sedikit. Menjenguk orang yang diberitahu oleh Danin itu.

"You may go , Danin."
Selepas Danin beredar , dia berpeluk tubuh. Memandang Zidan.

"Eve ? Seriously ?"
"So ? What's wrong with that ? Ada ganggu hidup you ke ?"
Zidan mengetap bibirnya sendiri. Sudah banyak perubahan yang ada dalam diri gadis ini kini.

"You nak apa ? I tak ada masa nak layan you. Kalau you nak beli barang dari butik ni , I will ask my staff to assist you."
Zidan menggeleng.

"No. I just want to meet you. How...are you ?"
Eleena tersenyum sinis. Dia memandang Zidan. Membalas renungan lelaki yang pernah bergelar teman lelakinya itu.

Ah , ada banyak perkara yang dia mahu lupakan buat selama-lamanya. Terutamanya perkara ini. Fakta yang dia pernah hadir ke dalam hidup Ariq Zidan dahulu.

"Surprisingly , I'm doing good. Even better than before."
Zidan mengangguk faham. Walaupun hatinya agak terguris mendengar jawapan yang keluar dari bibir Eleena.

"Jadi , I saja yang masih mengharapkan sesuatu dari you ?"
Eleena tersentak. Dia memandang Zidan yang tersenyum kelat itu.
"I'm gladly you're doing good but I don't know why it feels so hurt when you saying you're doing good without me although , I feeling the opposite things."

Kini , Eleena lebih kepada terkedu. Tidak menyangka apa yang keluar dari seorang Ariq Zidan yang selama ini serius 24/7.

"Zidan ? Kau buat apa dekat sini ?"
Masing-masing tersentak. Eleena pantas berpusing ke belakang. Menyeka air mata yang hampir saja jatuh.

"Eleena ?"
Eleena melambai kearah Syada dengan senyuman.
"Awak dengan Zidan—"
"Eh , tak. Jangan fikir bukan-bukan. Dia tak sengaja datang butik saya untuk tengok-tengok baju-baju dekat sini."

Zidan tersenyum sinis. Gigi diketap kuat menahan rasa. 'How could you , Eva Eleena.'
Zidan berjabat tangan dengan Kevin.

"Aku gerak dulu lah. Tak kena dengan taste aku baju-baju dekat sini. Chaw !"
Terus sahaja dia melangkah keluar dari butik itu. Eleena memandang pemergian Zidan sayu.

"Macam mana awak jumpa butik saya ?"
"Moon ada beritahu pada saya."
Eleena tersenyum paksa.
"Jom , saya tunjuk awak koleksi terbaru kami."
Syada terus ditarik kearah tempat lain.
Renungan Kevin itu benar-benar menakutkannya.

Di sisi lain , Kevin diam memerhati. Bukannya dia tidak nampak cara pandangan Zidan dan Eleena tadi. Dia tidak bodoh lagi untuk berfikirkan positif.
Jelas-jelas ada perkara yang berlaku diantara Zidan dan gadis bernama Eleena itu.
Mana pernah Zidan bersikap begitu sebelum ni. Tak ke ianya pelik ?

Berkerut dahi Kevin cuba mengingati apa yang dia harus ingat. Seketika , senyuman sinisnya terukir di bibir.

Jadi...Eleenakah yang ditinggalkan oleh Zidan dahulu ?

Menarik.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now