PROLOG

3K 52 0
                                    

TANAH perkuburan itu sunyi sepi. Tetamu-tetamu yang datang melawat tadi juga sudah beransur pulang. Memberi ruang pada orang terdekat dan ahli keluarga arwah melayan perasaan.

Kevin mengangkat wajah dan mendongak memnadang langit. Setitik , air mata jatuh membasahi pipinya yang selama ini kering. Nafas dihela berat. Terasa sekejap mereka menikmati manisnya kehidupan. Walaupun sudah bertahun mereka kenal , ianya tetap tidak memuaskan hati. Terlalu cepat masa berjalan. Ya , dia tahu. Setiap makhluk di muka bumi ini memang akan mati. Dia juga tidak terkecuali. Cuma sekarang , sukar untuk dia ungkapkan apa yang dia rasa.

Kehilangan.

“Vin , jom balik. Kesian dekat arwah kalau kau terus macam ni.”

Zidan menepuk bahu Kevin perlahan. Dia juga terkesan sama. Tetapi , dia tahu. Kevin lebih berhak merasai semua itu kerana arwah sangat rapat dengan Kevin.

Bahu Kevin dipeluk dari tepi. Memberi kekuatan pada lelaki itu. Kevin mungkin nampak baik-baik sahaja. Tetapi Zidan tahu , di sudut hati lelaki itu , sudah terkoyak luka dengan kehilangan mengejut ini.

‘Semoga you ditempat di tempat-tempat orang beriman. I’ll always praying for you. And always remembering you…’

Dia mengikut langkah Zidan. Itu sahaja yang dia boleh kirimkan sekarang. Melangitkan doa yang terbaik buat arwah.

Ya Allah...
Sakit rasanya...

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now