SYADA menghampiri Kevin yang leka dibawah pokok kelapa itu sambil merenung persekitaran kampungnya itu.
"Tuan ingat siapa tu ? Jauh betul termenung."
Kevin menoleh. Memandang Syada dan tersenyum nipis."You dah okay ?"
Syada senyum.
"Saya okaylah. Sayakan kuat."
Kevin tersenyum sinis.
"Kalau you kuat , mental health you pun kuatlah kan ?"
Wajah Syada berubah. Dia mengetap bibir. Ni tak lain tak bukan , mesti Syama lah ni."Kenapa you tak pernah bagitau I ? Kita kenal dah lama , Syada."
Syada tersenyum.
"Kita kenal as majikan dan pekerja je , tuan. Tak lebih dari tu. Takkan semua benda saya nak kena report dekat tuan. Isn't ?"Kevin diam. Dia bangun dari duduknya. Kini berdiri dihadapan Syada.
"Kenapa I boleh beritahu semua dekat you tapi you tak boleh , Syada ?"
Syada diam. Tidak tahu mahu membalas apa."You simpan rahsia I dengan baik , Syada. You nasihatkan I. You sentiasa ada dengan I. Kenapa I tak boleh buat benda yang sama ?"
Syada berdehem.
"Tuan , saya rasa tuan salah faham ni. Bukan itu maksud saya."
Syada menarik nafas dalam."Tuan pun tak pernah tanya , jadi , tak adalah saya cerita. Kalau tuan tanya , dah tentulah saya cerita."
Kevin memandang Syada tajam.
"Your answer , does not convince me , Syada."
Terus sahaja dia meninggalkan Syada terkebil-kebil disitu."Dah pulak ? Aku yang kena tinggal ?"
Syada menggeleng sendiri.Lantak kaulah , tuan !
SUASANA di meja makan riuh dengan suara Syama yang tak henti-henti buat lawak yang tak berapa lawak.
Dia bagi teka-teki , dia sendiri jawab. Lepastu , gelak seorang.
Engku Hasnah dan Syada saling berpandangan.
"Adik kau okay tak tu ?"
"Cucu nenek okay tak tu ?"Sama-sama mengajukan soalan yang sama.
"Kak , kau dengar tak apa Syama cakap ni ?"
Syada memandang Syama.
"Iya , Syama. Aku dengar. Telinga aku ni memang untuk dengar tentang kau aje. Amik lah telinga aku ni hah."Syama mencebik. Kerja nak memerli orang je. Ish !
"Ada ke korang ni call papa korang ? Bising orang tua tu nanti."
Syada menapis ayam mentah yang sudah siap dibersihkan ke tepi."Dah , nek. Baru je malam tadi bersembang. Papa kata , nak duduk sini terus pun boleh !"
Syada tergelak kecil.
"Eh , eloklah kalau macam tu. Hari-hari aku ada pembantu !"
Syama sudah membuat muka.Itu jelah yang nenek fikir.
"Kak , mana bos kau ? Adik dia pun aku tak nampak. Tenang pulak tak ada sesiapa ganggu."
Ya , dia lega. Sangat lega !
Kalau tak , kemana-mana ke Kyle akan ikut dia. Rimas !
Nasib baiklah tak ikut ke tandas. Kalau itu pun dia ikut , dah arwah rasanya."Entah. Katanya ikut atok pergi kebun. Tapi , ini dah pukul berapa tak balik-balik lagi."
Jam dinding dikerling.
Sudah menginjak masuk ke 4 petang. Tapi , batang hidung sorang pun tak nampak lagi."Taulah atok kamu tu nak bawak budak berdua tu balik. Kamu tolong nenek , lagi bagus." Engku Hasnah mencelah dengan wajah selamba. Sayur yang ada di tangan Syama terus dirampas.
"Dari tadi itu je yang aku nampak kau potong. Apa yang susah sangat ?" Syama tersengih. Garang betul nenek kita ni. Piyed ke ?
"Nek , pokok yang dulu kitorang tanam tu ada lagi tak ?"
Syada duduk bersebelahan Engku Hasnah. Tangannya sudah mencapai pisau yang digunakan Syama tadi.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.