BAB 04

1.4K 82 4
                                    

KYLE mengerling Syada yang fokus buat kerja sendiri.

Rindunya dekat mulut savage Syada !
"Hoi."
Syada mengangkat mukanya. Memandang Kyle dengan kerutan di dahi.

"Kau pahal ?"
"Uish. Ganas. Tachod I."
Syada merengus. Boleh tak kalau dia nak campak Kyle ni ke luar bangunan.

Tak pernah nak buat hidup orang aman !

"Aku dengar hujung minggu ni kau balik kampung. Dengan abang aku. Kau tak nak ajak aku ?"
Syada buat muka meluat.
"Tak kuasa aku. Abang kau tak menyusahkan aku. Dia pandai bawak diri. Kau tu , menyusahkan aku."
Kyle mencebik.
Sampai hati Syada melukai hati kita yang kecil ini.
"Elok sikit cakap ya. Adik ipar kau ni terpaling bawak diri tau !"

Syada memandang Kyle. Kyle pula masih menayangkan wajah selamba.
"Kau ulang lagi."
Kyle tersenyum bangga. Kot dibetulkan sambil menayangkan wajah riak.
"Adik ipar kau ni , terpaling-SAKITLAH !"
Dahi yang bercium dengan benda keras itu diusap.
Sakit betul. Ingat tak sakit ke ?

Dengan kole besi dia bagi !

"Ulanglah lagi."
Senyuman sinis terukir di bibir Syada buatkan Kyle mengetap bibir.

Main tipu !

Mulut dengan tangan sama naik !
Tak mulut , tangan. Tak tangan , mulut. Hish.

"Abang aku mana ?"
Dengan wajah selamba , Syada mengangkat bahu. Dia bangun dari duduknya dan sengaja melanggar bahu Kyle bila melintasi lelaki itu.

"Syada Suhaira !"

Syada melepaskan ketawanya. Puas hati tengok Kyle dengan muka merah tahan marah.

KEVIN mengerling Syada yang elok menjamu selera dihadapannya itu.

Kusyuk betul makan sampai dia berdehem banyak kali minta perhatian pun tidak diendahkan.

"Syada ,"

Syada mengangkat wajahnya. Memandang Kevin dengan kerutan di dahi.

"Siapa ? Perempuan semalam."
Syada terkedu. Wajahnya berubah tetapi segera di kawal. Dia tersenyum nipis.
"Someone yang saya nak lupakan."
"Tapi I dengar pasal kejar suami orang ?"

Kevin kembali diam. Soalan dia keterlaluan ke sampai wajah Syada memang berubah habis ?
"Yes. Saya ni bukan perempuan yang baik sangat pun , tuan. Dia , her husband , saya and Ghea dulu satu universiti. Tu je kot saya boleh cerita ?"

"You sebut nama I ke ?"
"Allah !"

Syada terkebil-kebil memandang Ghea Maheera yang muncul entah dari mana.
Ya Allah. Mahu luruh jantungnya. Kevin yang tadi juga terkejut mula mengawal diri.

"You sebut nama I ke ?"
"I...think ?"

Ghea tersengih.
"Oh , sorry tiba-tiba mencelah. I cuma ternampak you dekat sini dan you pulak sebut nama I."
Syada mengusap dadanya yang masih berdegup kencang.

"I terkejutkan you ya ?"
"Y-you dengan siapa ni ?"
Ghea sengih.
"Kakak ipar I !"

Tangan Qai ditarik bersebelahannya.
"Qai. Qai Azalea."
"Syada. Syada Suhaira."

Qai tersenyum kecil. Matanya jatuh pada Kevin. Mata mereka saling berpandangan sekejap sebelum Qai mengalihkan pandangannya.

"I gerak dululah. Sorry ganggu korang punya date."
Syada kaku.
Eh minah ni.
Aku hentak karang , sesia je !

Berlalu sahaja mereka , Syada menggeleng.
Ghea ni memanglah. Tak boleh sebut nama langsung !

"You kenal model tu ?"
Syada mengangguk laju.
"Dialah Ghea Maheera. Kebetulan abang dia kan partner syarikat kita. Tuan lupa ?"
Membulat mata Kevin.

"Ghibran Maleeq ? Abang dia ?"
Syada mengangguk.
"Iya , tuan. Abang Ghibran tu dulu polis. Inspektor. Tapi dia dah pencen. Pencen awal nak luangkan masa dengan keluarga katanya. Tu dia terus bukak company sendiri."

Kevin mengangguk faham.
"Eh , kejap. You panggil Ghibran apa tadi ?"
Syada memandang Kevin.
"Abang Ghibran ?"
"Kenapa you panggil dia abang ?"
Syada tergelak kecil.
"Dia kan lagi tua dari saya. Lagipun , saya dah kenal family tu lama."
"Jadi , you kenallah isteri dia ?"

Syada laju menggeleng.
"Baru hari ni saya jumpa isteri dia. Isteri dia tu misteri. Jarang-jarang munculkan diri. Mungkin sebab dia novelis. Tengoklah tadi. Saya memang tak kenal."

Dalam diam , Syada mengukirkan senyuman sinis. Kevin yang sambung makan itu dikerling.

Novelis ya ?

Propa sangat...




















SYAMA menghentak kaki melihat Syama yang masih terhegeh-hegeh memasukkan beg ke dalam but kereta.

"Akak ni ! Nanti kalau sampai lambat , tak merasalah Syama gulai daging salai nenek !"
Syada memandang Syama tajam.
"Hah. Itu jelah yang kau ingat ! Yang kau duk berdiri dekat situ kenapa ? Tolonglah aku kalau tak nak lambat !"

BMW M3 yang tiba membuatkan kedua beradik itu menoleh.

"Akak ajak diorang ?"
"Eh , biarlah ! Tapi aku ajak bos aku je. Yang beruk tu sesat kenapa ?"
Mengecil matanya memandang Kyle yang sudah keluar dari perut kereta.

Ey , Ya Allah !

"You naik dengan I , Syada."
Syada memandang Kevin dan Kyle silih berganti.
"Eh , kenapa kakak saya nak kena naik dengan awak ? Habistu saya macam mana ?"

Lengan Syada dipeluk erat.

"You naiklah dengan I. Ada chance lah kita nak-errr , maksud I , senanglah."
Tergagap Kyle saat Syada menghadiahkan jelingan maut pada dia.

Masih terbayang ya kole besi hinggap dekat dahi dia haritu.
Seram nok !

"Cepatlah. Nanti kita lambat."
Tali beg tangan silang Syada selamba sahaja Kevin tarik.

"Kakak !"

Syama menghentak kaki tanda tidak puas hati. Matanya memandang Kyle atas dan bawah.
"Ey ! Bengang betullah !"

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now