TERKELIP-kelip mata Syada memandang siling hospital itu. Perut yang sudah kempis dia usap perlahan. Cecari jernih mulai mengumpul di tubir mata.
Anaknya...
Ilman...Ya Allah...
"Ab-abang..."
Kevin yang sedang menyusun barang itu tersentak. Pantas dia menoleh dan memandang kearah Syada yang baru sahaja sedar. Bibirnya tidak berhenti mengucap syukur.
"Ba-baby ?"
Tubuh Kevin mengeras. Lidahnya keluar. Syada menarik senyuman kelat. Air mata yang ditahan tadi mulai mengalir setitik demi setitik."Ab-abang..."
Dia menarik tangan Kevin. Digenggam erat. Ya Allah , ujian ini amat lah berat untuk mereka."Il-Ilman meninggal sebab Syada kan ? Dia selamatkan Syada. Kalau Syada—"
Kevin menggeleng. Air matanya juga bertakung. Dia tak kuat melihat keadaan isterinya sekarang.
"Tak. Dah ajal Ilman , sayang... Jangan salahkan diri sendiri..."Kekuatan cuba dikumpul untuk dia nampak kuat di hadapan isteri. Mana mungkin dia membiarkan Syada melihatnya dalam keadaan lemah.
"Ini takdir , sayang. Takdir. Jangan salahkan diri sendiri..."Terhambur tangisan Syada di dada bidang Kevin buat lelaki itu mengetap bibir menahan dirinya. Dia sudah redha dengan semua yang terjadi. Tetapi melihat keadaan Syada begini , hatinya pilu dan perih.
"Ab-abang..."
Kevin menunduk. Memandang wajah Syada yang basah akibat menangis itu. Lalu dia mengukirkan senyuman buat kekasih abadinya itu.
"Kenapa sayang ?"Syada mengemam bibirnya.
"Ilman dengan baby mati sebab sayakan ? Abang , salah saya. Salah saya sebab—"
Kevin menggeleng.
"Abang dah cakapkan ? Ini takdir... Jangan salahkan diri you."
Esakkan Syada kembali bergema. Dan itu , buatkan hati Kevin semakin di palu perit yang datang menyinggah.Ya Allah...
Dia hanya mampu memohon supaya isterinya pulih. Pulih menjadi seorang wanita yang kental semula.KYLE terduduk lelah. Malam ini , malam pertama mereka mengadakan kenduri tahlil buat arwah Ilman.
Arwah ?
Dia tergelak kekok. Dia masih tidak percaya yang Ilman sudah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Dia tak lah rapat sangat dengan Ilman. Apa-apa pun , Ilman kawan gaduhnya juga memandangkan lelaki itu amat rapat dengan Kevin , abangnya.
"Bro ,"
Zidan menumbuk bahu Kyle perlahan. Menyedarkan lelaki itu dari lamunan."Kau okay tak ni ?"
Kyle diam. Dia tersenyum sinis. Dia meneliti wajah Zidan. Mata merah. Hidung bengkak.
"Jangan menangis banyak sangat. Seksa arwah nanti."
Zidan terkedu. Dia memandang belakang tubuh tegap Kyle yang berjalan melepasi dirinya. Bibir diketap kuat.Dia terduduk lemah di kerusi batu itu. Wajahnya diraup dengan rasa yang tertahan.
"Tak elok jugak kalau you terus tahan perasaan you."
Zidan mengangkat kepalanya. Memandang Eleena yang sedang tersenyum padanya. Pandangan menjadi kabur. Eleena tersenyum kelat. Wajahnya dipaling kearah lain. Memejam mata rapat.Tidak dapat ditahan lagi , Zidan melepaskan tangisannya. Cukup Eleena sahaja yang dengar. Itu membuatkan Eleena turut mengalirkan air mata sama.
Moon , Zidan , Kyle , Kevin dan juga Syada.
Masing-masing masih tersakiti dengan pemergian Ilman. Lagi-lagi Moon.Ya Allah...
Sayangnya Allah pada korang semua...Dia mendongak memandang langit dalam Zidan masih melepaskan rasa yang tertahan tadi.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.