BAB 40

971 50 3
                                    

RIFQI memandang Kevin yang tersengih-sengih itu pelik. Dah kenapa ?

"Kenapa kau ni ?"

Kevin hanya tersengih. Dia menyimpan telefon pintarnya ke dalam kocek seluarnya.
"Aku dengar anak kawan kau tu masuk hospital ya ?"
Topik diubah. Nampak yang Rifqi sudah mulai mengemas.

"Haah. Ada surgery nanti."
Kevin mengangguk faham. Tak naklah tanya lebih-lebih. Dia dengan Rifqi pun sekadar kenal biasa sahaja. Tak adalah rapat mana.

"Kau nak gerak ke hospital ke ? Jom sekali."
Kevin bangun dari duduknya dan mengikut langkah Rifqi.

Tak menyempat. Apa yang dikejarkan pun tak tahulah.



HADIF tersentak bila pintu bilik rawatannya dirempuh. Mujur sahaja lah tak ada pesakit. Wajah lelaki itu dijeling sekilas.

"Kau kenapa ni ? Dah macam apa je rempuh masuk bilik orang."
Dia pun kalut-kalut nak keluar. Nak pergi jumpa anaknya yang berada di dalam wad.

Lelaki itu melabuhkan duduk di sofa yang kosong itu. Menghela nafas berat.
"Sudahlah. Lebih baik kau berterus terang. Kesian diorang. Kawan baik kau tu , kawan kepada kawan baik aku jugak tau ! Tak memasal , aku pun kena nanti !"
Lelaki itu sekadar mendiamkan diri mendengar Hadif yang membebel.

"Entahlah."
Mengecil mata Hadif memandang lelaki itu. Itu saja responnya ?

"Kau dah makan banyak air mata orang , Qay."
Lelaki bernama Qay itu diam. Mask yang menutupi separuh wajah itu langsung tidak ditanggalkan walaupun tiada sesiapa disitu.

"Entah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Rasanya , lagi bagus macam ni."
Hadif tersenyum sinis. Dia bertongkat dagu memandang Qay.
"Well , you didn't fulfill someone wishes yet."
Qay senyap. Rambutnya diserabutkan lalu dia memandang Hadif tajam.

"Aku datang sini bukan nak dengar kau membebel macam mak nenek. Nak rehat pun susah !"
Dia bangun. Sudah bersedia untuk bergerak pergi.
"Pergi balik rumah. Kau menyemak dekat sini buat apa ?!"

Tidak kalah lantang dari Qay , Hadif turut membalas dengan nada sama buatkan lelaki itu terus keluar dari bilik Hadif. Hadif tersenyum kemenangan.

Heh. Jangan harap nak bagi Qay menang.

"Itu kenapa tu ?"
Hadif memandang semula kearah pintu. Ghazrin berdiri dengan wajah terpinga-pinga.
"Busybody kau ni."
Ghazrin buat muka. Orang tanya sikit dah dicop katanya penyibuk pulak.

"Raisya nak jumpa kau tadi. Rifqi dengan Qaira ada sekali."
Hadif mengangguk sedikit. 2-3 hari ini dia agak runsing. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran semula isterinya. Lagi bertambah runsing.









KEVIN melangkah masuk ke dalam wad Syada dengan senyuman. Bunga yang dibeli tadi dibawa bersama kearah Syada. Bunga itu disembunyikan dibelakang tubuhnya.

"Sayang !"

Syada yang sedang mengelamun tadi memandang Kevin. Senyuman wanita melebar. Bila Kevin sudah berada di hadapannya , laju tubuh tegap itu didakap buat Kevin terkaku sekejap.

"Rindunya dekat abang ! Abang dah makan ?"
Terkebil-kebil Kevin memandang Syada buat wanita itu mengerutkan dahi.
"Kenapa ?"
Kevin menggeleng laju lalu tersenyum. Bunga ros merah itu disua pada Syada buat isterinya tersenyum semakin lebar.

"Cantiknya !"
Bunga itu dipeluk erat ke dada.
"Mana Moon ?"
Wajah Syada berubah lalu dia tersenyum kelat.
"Moon dah berlepas ke Perth semula. Cuti dia dah habis."
Kevin diam dan mengangguk faham.

Dia duduk di birai katil hospital itu dan mengamati wajah Syada yang bersinar sambil menghidup bunga yang dibawa oleh Kevin itu.

"Suka ?"
"Suka sangat ! Terima kasih , abang."
Dia tersengih. Manakala Kevin tersenyum. Gembira melihat Syada ceria semula.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now