MAKLUMAT yang dihantar Qai melalui e-mel itu di teliti dengan wajah tegang.
Red nak bunuh dia ?
Bukan Kevin ?
Tapi kenapa ?"Sayang ?"
Laju tangan Syada menutup komputer ribanya. Senyuman nipis dilemparkan buat Kevin yang baru pulang itu. Entah macam mana dia bolek tak dengar Kevin pulang. Tahu-tahu sahaka sudah muncul.Tangan Kevin dikucup lembut.
"Abang ,"
Kevin mengangkat wajahnya memandang Syada.
"Boleh tak Syada start kerja balik ?"
Kevin diam. Matanya mencari anak mata Syada.
"Kenapa ? Bosan duduk rumah ke ?"
Bibir Syada membentuk."I bukan tak nak bagi , sayang. Tapi I-"
"Kita satu bumbung. Abang tak yakin pada Syada ?"
Kevin melepaskan keluhan berat. Tangan Syada di tarik untuk mereka duduk diatas birai katil.
"Sayang...."Pinggang Syada ditarik lalu di dudukkan di atas ribanya.
"Abang bukan tak yakin. Abang cuma takut. I takut kalau-kalau dia akan cederakan you. Yes , kita satu bumbung. Tapi bila you kemana-mana , I tak nampak , sayang..."
Wajahnya disembamkan ke celah leher Syada. Tangan pula masih memeluk erat sang isteri."Kalau dah takdir saya mati dekat tangan dia , kita nak buat apa ? Takkan kita nak menyalahkan takdir Allah ? Insyaallah , selagi saya dibawah lindungan Allah S.W.T , takkan ada apa yang berlaku..."
Tangan kekar Kevin diusap lembut. Cuba memujuk lelaki itu lagi."I tak suka you cakap pasal mati , Syada."
Syada tersenyum kelat.
"Semua manusia dalam dunia akan pergi , abang. Cuma kita tak tahu bila dan di mana."
Diam. Tiada sesiapa bersuara. Syada pula memandang kearah perutnya yang diusap oleh Kevin.Dia rasa macam...tidak percaya yang mereka akan jadi seorang mama dan papa tidak lama lagi.
"You ada sorok apa-apa dari I ke Syada ?"
Tubuh Syada mengeras. Lantas , dia turun dari ribaan Kevin dan berdiri menghadap lelaki yang yang terpinga-pinga."Mana ada saya sorokkan apa-apa. Tak adalah. Abang baru balikkan ? Pergilah mandi. Saya siapkan pakaian abang."
Senyuman manis dilemparkan buat lelaki itu. Kevin tersenyum nipis.
"ABANG..."
Syada memeluk Kevin yang sedang melakukan kerja itu dari belakang. Menyandarkan dagu pada bahu tegap lelaki itu.
"Buat apa ?"
"Ada kerja sikit I nak buat. Kenapa tak tidur lagi ? Usually , you dah tidur waktu macam ni."
Kaca mata rabun dekatnya dibuka lalu dia memusingkan kerusi kerjanya menghadap Syada."Saya..."
Ayat Syada tergantung. Sebersalah mahu bertanya. Manakala Kevin sudah menjungkitkan keningnya.
"Kenapa ?"
"Saya tiba-tiba nak makan mee kolok. Mana nak cari ya ?"
Agak tersentak , membulat mata Kevin memandang Syada."Me-mee apa ?"
"Mee kolok."
Meminta simpati , wajah comel ditayangkan pada Kevin yang jelas sudah menayangkan riak pelik."Pagi buta macam ni , mana nak cari mee kolok , sayang ?"
Syada sudah mencebik sedih. Dia kembali berdiri tegak. Dia pun buntu sebenarnya. Pagi buta macam ni nak mengidam bagai. Air liur ditelan payah."Hmm , tak payahlah. Kita cari esok je."
Senyuman ditarik paksa. Kevin mencapai telefon pintarnya. Dibelek sekejap. Memandang Syada dan telefonnya silih berganti."Kita order online boleh ?"
Bersinar kembali mata Syada. Tersengih dia memandang Kevin.
"Boleh , boleh."Dengan muka tak tahu , selamba sahaja dia duduk di ataa riba Kevin buatkan lelaki itu tersentak sekejap. Ini dah kenapa ? Tak pernah-pernah macam ni.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.