BAB 03

1.5K 96 0
                                    

KERETA dipandu mengikut arah dari Syama disebelah. Rengusan sudah beberapa kali terbit bila kafe yang dimaksudkan Syama belum jumpa lagi.

"Kau biar betul ni , Syama ? Kau tahu pakai waze ke tak ni ? Aduh..."
Naik pening pulak dia asyik terpusing-pusing dekat roundabout ni."

Kiri , kak ! Kiri !"
Pedal terus ditekan tatkala mendengar arahan Syama sekali lagi. Syada sudah menggeleng.

Menyesal pulak setuju nak keluar dengan Syama malam ni.
"Kanan pulak kak !"
"Kiri , kak !"
"Kiri lagi !"
"Kanan , kak !"

Syada mengenggam stereng kereta kuat.
Ya Allah , kesabaran yang dia ada sekarang semakin menipis.
"Dah sampai !"
Syada ternganga. Matanya kini memandang Syama tajam.

"KALAU TADI KAU BAGI JE NAMA KAFE NI KAN SENANG !"

Syama menutup kedua belah telinganya.




MINUMAN dihadapannya kini diteguk rakus. Wajah masih memerah menandakan dia masih lagi dalam mood tidak baik. Syama pula kekal diam dihadapan Syada.

"Sorrylah , kak. Syama tak tahu pulak akak tahu kafe ni."
Syada menjeling Syama tajam.
"Apa guna kafe ni ada nama ? Nak letak dekat sijil lahir ke ?"

Syama sengih.

"Tak apa , kak. Malam ni , Syama belanja."
Jelingan sekali lagi dihadiahkan buat Syama.
"Belajar pun belum habis , ada hati."
Syada terus mengalihkan pandangannya ke luar kafe. Malam yang tenang itu sedikit sebanyak menenangkan dirinya juga tetapi dia tetap berasa gusar memikirkan tentang Kevin.

2 hari dia mengambil cuti untuk meluangkan masa dengan Syama memandangkan adiknya itu baru pulang dari asrama untuk cuti pertengahan tahun.

"Kak ?"
Syada tersentak. Dia memandang Syama.
"Akak kenal ke dua orang abang tu ?"
Mata Syada terus teralih pada meja yang berselang dua meja dari mereka. Melihat lambaian dari Kyle , Syada rasa nak hantuk je kepala di meja.

Tak ada tempat lain ke dua beradik ni nak lepak ?

"Macam orang gila je lambai-lambai orang macam tu. Dia betul ke tak kak ?"
Automatik Syada tergelak. Alahai...

"Erm , kak. Kita jadi balikkan kampung ?"
Syada mengangkat bahunya.
"Alaaa , kak. Betul-betullah ! Syama dah lama tak jumpa nenek tau !"
Syada membuat muka.

"Hai , Syada !"
Syada memutarkan bebola matanya keatas.
"Kak , kenapa orang gila ni kenal akak ?"
Berkerut dahi Kyle mendengar.
"Pardon me ?"

Syama memandang Kyle.
"Abang nak mengorat kakak saya ke ? Tak boleh. Sebab dia dah bertunang."
Membulat besar mata Syada saat itu. Kaki Syama dibawah meja ditendang.

"Mulut kau jaga ya."
"Orang nak selamatkan akak je."
"Itu kau makin menyusahkan aku."
Syama mencebik. Tangannya mengusap kaki yang terasa berdenyut.

Kaki gajah ke apa ?

"Ada apa ?"
"Garangnya. Jangan garang sangat."
Syada merengus.
Tadi Syama. Ini datang pulak si Kyle , makin tak tenteram malam dia !

"Kau ni nak apa ? Cakap je boleh tak ?"
Matanya mengerling kearah belakang Kyle. Kevin biasa sahaja duduk sambil bermain telefon di tangan.

"Comellah adik kau. Kenapa tak cakap kau ada adik ? Boleh aku jadi adik ipar kau , kau jadi kakak ipar aku. Kita swap. Eh tapi macam sama je kan ? Kalau kau kahwin dengan abang aku , kau tetap kakak ipar aku walaupun aku tak kahwin dengan adik kau."

Syada mengecilkan mata memandang Kyle yag tersengih-sengih sambil jari melukis di atas meja.
"Kau ingat adik aku barang ?"
Kyle mencebik.
"Kedekut betul !"

Dia kembali menegakkan badannya. Menggeletis macam sotong pulak dekat tepi meja.
"Pakcik , pergilah duduk tempat pakcik balik. Kami nak makan ni."
Syama bertongkat dagu memandang Syada. Sikit pun tak memandang Kyle.
"Hah. Betul tu , pakcik. Pergilah. Kacau suasana orang aje."

Kyle memandang Syada tajam.
Eh perempuan ni. Kalau kena seligi , sia-sia je.
Nasib baik perempuan !

"Fine !"

Terus sahaja dia meninggalkan dua beradik itu bersama hentakkan kaki yang sengaja di buat-buat.

"Gedik."

Desis Syada perlahan.

WAJAH cemberut Kyle dijeling sekilas.

"You dah kenapa ?"
"P.A. kesayangan you tu lah ! Sehari tak menyakitkan hati I , tak sah !"
Kevin memandang meja yang diduduki oleh Syada dan wajah Kyle silih berganti.
"Bukan you yang selalu sakitkan hati dia ?"
Kyle mengetap bibir.

Tak ada sesiapa ke nak back up prince charming ni ?!

"Whatever."
Minuman dihirup rakus. Haus !

"Opps ! Sorry..."

Mata kedua lelaki itu teralih semula pada meja Syada. Kyle sudah menekup mulut melihat Syada yang kini sudah basah ! Syama pula sudah terbangun akibat terkejut.

"Gila ke ?!"
Nyaring suara Syama kedengaran.
"Eh. I tak gila. Kakak you yang gila sebab sibuk terkejar suami orang lagi. Tak sedar diri !"

Syama memandang ketiga-tiga gadis itu tajam. Kemeja sudah disinsing sehingga paras lengan. Bersedia mahu mencetuskan perang.
"Syama ,"
Syama buat tidak endah. Dia geram betul dengan orang yang tak habis-habis cari pasal ni !
"Syama Suhaila. Jom balik."
"Tapi , kak-"
"Jom balik , Sya."

Syama mengetap bibirnya.

"And you. Sorry ? I ? I kejar suami you ? You lupa ke siapa terhegeh dekat siapa ? Tolong pesan pada suami kesayangan tak guna you tu , stop ganggu I ! Jangan sampai you dengan suami you , dua-dua I humban dalam lokap !"
Tangan Syama terus ditarik keluar dari kafe itu.

"Wow."

Kevin dan Kyle berpandangan.
"I tak sangka I nampak satu sisi dia yang I tak pernah nampak selama ni. She's so great."

Kevin hanya mendiamkan diri. Nampaknya , masih banyak tentang Syada yang dia tidak tahu walaupun sudah 3 tahun gadis itu menjadi pembantu peribadinya.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now