MATA yang tadi kabur kini celik bila teringat seseorang. Rasa kesakitan yang menjalar membantutkan dirinya untuk bangun.
"Kevin !"
Kyle terjerit kecil. Laju sahaja langkah dibawa kearah Kevin yang baru sedar.
"Isteri I... Isteri I mana , Kyle ?"
Kyle terkedu. Dia terus memandang kearah Ilman dan Zidan di muka pintu wad. Serentak itu juga kepala Moon terpacul."Syada kena culik the time awak kena serang. Awak tak ingat ke ?"
Kevin diam. Cuba menghadam apa yang Moon sampaikan."Saya dah check CCTV rumah awak. Red dah bawak lari Syada. Saya tak tahu dia pandai tahap mana , dia hack semua CCTV dekat area yang dia lalu. Supaya kita tak dapat track dia."
Serius wajah Moon tika itu. Hati juga masih berapi sebenarnya. Syada kawan dia kot !"I nak cari Syada...auch !"
Kyle menggeleng sambil membantu Kevin baring semula.
"You masih belum sembuh sepenuhnya , Kevin. You kena banyak berehat dulu. Hal Syada , biar kami uruskan."
Kevin memandang wajah Kyle dengan wajah sayu."Tak... Tak mungkin... Isteri abang... Sayang abang... Ya Allah..."
Kevin menghamburkan tangisannya tanpa mengendahkan sesiapa.
"I...I tak nak hilang Syada , Kyle... Cari dia..."
Kyle mengetap bibirnya sendiri. Ini lah kali kedua dia lihat Kevin lemah seperti ini. Pertama kali selepas lelaki itu mendapat tahu tentang Kelly."Dia kawan I , Kevin. Of course , I akan cari dia..."
NIK ERMAN terduduk. Manakala Puan Surya dan Syama sudah saling berpelukkan mendengar berita tentang keadaan Kevin dan juga Syada.
"Khaleesh macam mana ?"
"Dia dah sedar. Tapi , dia kena berehat sampai luka belakang badan dia sembuh."
Kyle menunduk sedikit.
"Maafkan kami , uncle... Kami lalai dalam jaga Syada."
Nik Erman menggeleng dengan senyuman nipis."Tak apalah , Khaiser. Ini dah ketentuan Allah. Uncle akan kerah orang juga untuk cari Syada."
Kyle mengangguk sedikit.
"Kami semua akan cari Syada juga , uncle."Zidan menyiku Ilman di sebelahnya.
"Sejak bila si Kyle tu tiba sopan macam tu ? Pelik betul aku tengok."
Ilman merengus. Zidan ni. Dalam situasi macam ni pun boleh lagi nak tanya soalan tak berfaedah.
"Dia suka adik Syada."
Zidan terus menekup mulutnya. Agak terkejut."K-kau biar betul ?"
Tanpa perasaan , Ilman mengangguk. Melebih pula reaksi Zidan ni.
"Apa yang nak pelik ? Syama tu kan comel. Siapa tak jatuh hati ?"
"Kau pun sama lah ?"Jelingan tajam dihadiahkan pada Zidan yang tersengih.
"Pipi tu kebas lagi tak ? Kalau tak , aku dah boleh tambah."
Berubah terus wajah Zidan. Dia merengus.
"Kau memang nak mengungkit sampai kau ada anak cucu ke ?"Ilman tersenyum sinis. Dagu diusap.
"Boleh jadi..."
Zidan mengetap bibir menahan geram. Boleh tak ? Boleh tak dia nak humban Ilman dalam parit sekarang ?!"Woi !"
Sergahan Kyle menyentakkan mereka.
"Kenapa ?"
"Papa Syada dah kerah orang. Sekarang , giliran kita bertindak."Wajah Kyle tegang. Sekelumit senyuman pun tidak terukir di wajahnya. Tangan dikepal erat.
'Tunggu kami , Syada...'
KEVIN terbaring lemah. Memandang siling putih hospital itu dengan mata berair.
"Abang rindu isteri abang... Ya Allah , di mana pun dia berada , lindungi dia , Ya Allah... Selamatkanlah dia , Ya Allah..."
Mata di pejam. Cuba menahan sesak di dalam dada. Sungguh , hatinya tidak kuat !
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.