ILMAN bersandar pada kerusi kerjanya dengan keluhan. Kehadiran Felly , sepupu Kevin itu benar-benar buat dia curiga.
Tiada angin , tiada ribut. Tiba-tiba muncul. Dan dia pasti , gadis itu ada muslihat sendiri.
"Ini yang saya dapat mengenai perempuan yang tuan suruh cari."
Ilman terus membetulkan duduknya lalu fail itu dibelek dengan wajah tidak beriak."Isteri Red ? Mereka berkahwin ?"
Perisik yang diupah Ilman itu mengangguk laju.
"Kami pun baru tahu selepas dia pulang dari luar negara , tuan. Dia nampaknya tidak berpuas hati bila suaminya dipenjara."
Ilman mengetap bibir. Nampaknya , kes ini masih belum selesai."Keluarga mereka tak tahu yang mereka ni dah berkahwin ?"
Arsyad menggeleng.
"Macam yang tuan tahu , mereka sepupu. Jadi , keluarga Tuan Kevin agak menentang perkahwinan antara sepupu."
Ilman memicit tepi kepalanya dan mengeluh perlahan."Tak apa. You boleh keluar. Apa-apa nanti , inform saja I."
Arsyad menunduk sedikit lalu keluar dari bilik pejabat Ilman itu."Red , Felly. Red , Felly. Sampai bila nak habis ni ?"
Dia berdecit kecil. Matanya tidak semena-mena jatuh pada kertas yang tidak berguna di atas mejanya. Agak lusuh tapi tampak estetik. Senyuman ditarik.
Entah kenapa , fikirannya teringat akan si gadis yang kini menetap di Australia kerana sambung belajar.
Anggun Muneera.
Moon.Gadis yang berjaya menakluki hatinya. Apa khabar si pujaan hati ?
Pensil dicapai lalu dengan perasan berbunga-bunga , dia mulai menulis di surat lusuh itu. Mungkin , ini akan jadi hadiah pertama dan juga terakhir buat Moon. Entahlah. Dia sendiri tidak pasti kenapa.
"Moon..."
"Kau secantik purnama."Gila ! Walaupun gadis itu tidak ada di hadapan mata , perasaannya semakin kuat buat Anggun Muneera.
Dia tergelak sendiri.
FELLY memandang tajam kearah Syada yang elok sedang bergelak ketawa dengan Kyle. Senyuman sinisnya terjungkit sedikit.
Dah ada suami pun sibuk menggatal dengan adik ipar ? Siap bertepuk tampar bagai.
Dengan langkah yakin , dia menuju kearah Syada dan juga Kyle.
"What a slut are you ? Suami tengah terlantar dekat katil hospital dan kau dekat sini sibuk menggatal dengan adik ipar sendiri. Eww !"Syada dan Kyle sama-sama tersentak. Seketika , mereka berpandangan lalu melepaskan tawa. Buatkan hati Felly semakin panas.
"Itulah. Lain kali , jangan duduk lama sangat dekat negara barat tu. Now , look. Kan dah tak tahu isu semasa."
Pedas Syada membidas buat Felly mengetap bibir menahan marah."Kau memang tak rasa bersalah ke ? Buat ahli keluarga husband kau sendiri masuk penjara ?"
Syada yang baru sahaja mahu menyuap makanan masuk ke dalam mulut tersentak.
"Excuse me ?"
Felly berpeluk tubuh. Tersenyum sinis."Rasanya kau tak pekak kan ?"
Syada tergelak. Sinis.
"And then , why my husband family member want to killed my husband ?"
Felly diam.
"Ah , already killed actually. Remember ? Kelly."
Terangkat terus wajah Felly. Dia memandang Kyle tajam.
"Kau beritahu hal ni pada orang luar ?!"Kyle membalas renungan Felly. Tidak kurang tajamnya. Tetapi lebih menikam buatkan Felly sedikit gerun.
"Dia bukan orang luar. Dia isteri abang aku. Kakak ipar aku dan kawan baik aku."
Tegas Kyle bersuara. Makin dilayan , makin teruk pulak perempuan ni.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.