KEVIN mengenggam tangan Syada erat. Sisi wajah wanita itu dipandang dengan senyuman.
"Buat apa dekat sini ?"
Berkerut dahi Syada bila Kevin membawa ke tanah perkuburan itu.
"Jom."Tangan Syada ditarik mengikutnya kearah satu kubur yang tampak sudah lama itu. Syada memandang Kevin pelik.
"Arwah kakak I."
Tubuh Syada kaku.
"Khairina Aalisa."
Syada diam. Langsung tidak bersuara.
"Dah tiba masanya untuk I beritahu you tentang Kelly.""Kelly kakak kami. Kakak sulung kami dan satu-satunya puteri dalam keluarga kami."
"Kelly seorang doktor. Tapi sesibuk mana pun dia , keluarga dia tetap nombor satu. Kelly ada teman lelaki. Dan kami kenal teman lelaki dia. Redzuan namanya. Abang kepada Rafiqi. You ingatkan ?"Syada mengangguk kecil. Melihat Kevin yang sukar untuk bercerita itu , Syada mengusap lengan Kevin lembut.
"Kami tak pernah syak apa-apa sebab Kelly dengan Redzuan tu memang cinta each other. Sampailah..."
Kevin diam. Suara mulai bergetar. Dia harus cerita pada Syada supaya wanita itu akan lebih berhati-hati selepas ini. Itu sahaja yang dia harapkan."Sampailah Kelly tiba-tiba hilang. Masa tu I masih train di PULAPOL. Baru 2 bulan masa tu. Hari-hari Kyle akan update pada I. At the end , Kyle kata dah jumpa Kelly tapi dalam keadaan yang tak sempurna dan dah tak bernyawa. Selepas buat autopsi , polis dan forensik sahkan yang kes kematian Kelly sebab dibunuh."
Terhambur juga tangisan Kevin disitu. Kelly satu-satu kakak yang dia ada. Kehilangan Kelly juga memberi impak yang tinggi pada keluarga mereka.Syada menekup mulutnya terkejut. Apa salah arwah kakak iparnya sehingga dibunuh dengan kejam sekali ?
"Mayat Kelly dijumpai tanpa seurat benang. Tangan dia putus. Kaki pun. 2 hari selepas jumpa mayat Kelly , barulah jumpa balik tangan dan kaki Kelly. Kami terpaksa gali balik kubur Kelly sebab nak tanamkan bersama tangan dan kaki dia."
"I memang dah tak ada semangat untuk teruskan latihan I. Mama murung. Kami memang tak ada semangat."
"Redzuan muncul. Kononnya baru dapat tahu yang Kelly dah meninggal. Katanya , dia outstation."
"You nak tahu apa yang lebih menyakitkan , Syada ?"Kevin mengusap batu nisan arwah Kelly dengan senyuman kelat.
"Redzuan sendiri yang bunuh dan rogol kakak I , Syada."
"Sakitnya , hanya ALLAH saja yang tahu. ALLAH saja yang tahu betapa terlukanya kami masa tu. Lelaki yang kami harapkan boleh menjaga Kelly , rupanya dalang semua yang terjadi."Syada mengusap belakang Kevin. Menenangkan lelaki itu.
"I dapat tahu dari Rafiqi lepas dia nampak Redzuan macam pelik. Rafiqi yang tolong I siasat tentang hal ni pada mulanya. I tarik diri dari PULAPOL. Ilman dan Zidan sebelum ni tak pernah tahu pun selama ni I tarik diri sebab apa. Tapi mereka tahu tentang Kelly.""Bukti yang kami ada tak cukup kuat untuk lawan Redzuan memandangkan pengaruh dia kuat masa tu. Redzuan terlepas macam tu saja. Kami terus tak dapat jejak dia lagi. 2 tahun I menetap dekat luar negara uruskan syarikat di sana. Masa tu , I dah dapat maklumat tentang Redzuan. Masa itu lah rancangan I dengan Ilman bermula. Untuk tarik perhatian dia."
"Lepas I balik Malaysia , dia masih tak putus asa untuk musnahkan I. Punca dia buat semua tu , sebab dia iri hati dengan I , Syada. Disebabkan dia iri hati pada I , dia bunuh kakak I.""Dia target you masa you jadi P.A I."
Membulat mata Syada mendengar.
"Tapi mujur Ilman lagi cepat bertindak. Sebab itu I decide jugak untuk kahwin dengan you. I tak nak dia sakitkan you macam mana dia buat pada Kelly."
Kevin kembali mengenggam tangan Syada erat."I cintakan you , Syada. And I don't want to losing my beloved person anymore."
Syada terkedu. Dia melabuhkan duduk bersebelahan Kevin."Janganlah nangis , awak. Kak Kelly mesti sedih kalau awak macam ni bila jumpa dia."
Air mata Kevin yang masih mengalir di pipi itu , Syada lap dengan tangannya."Kita sama-sama ya ? Kita kuat sama-sama. Insyaallah , Allah permudahkan urusan kita."
Kevin membalas senyuman Syada pahit."Emma."
Terjungkit kening Syada mendengar sepotong nama itu.
"Emma dengan Redzuan. Tapi Emma ada rancangan dia sendiri. Emma nak I. Emma obses dengan I."
Tercengang Syada mendengar."Dah kenapa ?"
Kevin mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia sendiri masih tidak tahu atas alasan apa Emma obses pada dirinya.SYAMA mengetap bibir memandang Kyle yang berada di hadapannya kini.
"Saya nak balik dengan kakak saya ! Mana kakak saya ?"
Kyle tersengih. Comelnya buah hati dia ni bila marah-marah."Kakak you ikut abang I pergi somewhere."
Syama merengus. Kakak dia tak tahu nak bagitau ke ?
"Biarlah. Diorangkan dah kahwin ?"
Syama buat muka menyampah."Syama !"
Syama menoleh. Memandang seorang gadis yang melambai kearahnya. Kyle juga melakukan perkara yang sama. Merenung gadis itu. Tidak berkelip."Aku lupa nak pulangkan ni pada kau."
Buku rujukkan itu dihulur pada Syama dengan senyuman.
"Thanks , Miya. Kau nak ke mana pulak ni ?"
Miya senyum."Oh. Aku nak keluar dengan Zuhair. Ada hal."
Wajah Syama sedikit berubah. Tetapi segera dia mengawal air mukanya.
"Oh. Oh ya , Miya."
Tangan Miya ditarik."Ini Kyle. Kyle , ini Miya. Miya Malaiqa. Kawan saya."
Miya menunduk sedikit manakala Kyle hanya tersenyum nipis.Miya memandang Syama pelik.
Dah kenapa ?"Kacak tak Kyle ni ?"
Berkerut dahi Miya mendengar. Syama ni kenapa petang-petang ni ?
"Boleh lah. Kenapa ?"
Syama tersenyum lebar."Saja. Mana tahu korang berjodoh."
Miya terkaku. Manakala Kyle pula laju memandang kearah Syama.
"Kau merepek apa ? Zuhair aku nak letak mana ?"Syama hanya tersengih.
"Aku pergi dulu lah , Syama. Nanti Zuhair tertunggu pulak."
Belum sempat Syama memberi jawapan , Miya sudah berlalu pergi.Syama mengetap bibirnya erat. Penumbuk dikepal. Rengusan terbit di celah bibirnya.
"Berlagak bagus betul kau ni , Miya."
Kyle yang mendengar itu agak tersentak.
"Kenapa , Syama ?"
Syama memandang Kyle dan menggeleng.
"Tak ada apa. Jom lah , balik."
Kyle mengangguk perlahan."Err...Kyle rasa Miya tu cantik tak ?"
Soalan yang keluar dari mulut Syama tiba-tiba membuatkan Kyle menoleh memandang Syama semula."Kenapa you tanya macam tu ?"
"Saja tanya. Yelah. Dalam universiti ni semua suka dia tau ! Sebab dia cantik , baik lagi."
Kyle tersenyum kelat.
"You pun cantik apa ? Baik pun baik. Kenapa ? You rasa insecure ke ?"
Syama diam. Melihat Syama senyap , tahulah Kyle yang Syama sedikit hilang keyakinan diri."Dia kawan baik you ?"
Teragak-agak Syama mengangguk.
"Dia baik dengan you ?"
Syama mengangguk lagi.
"Ada tak sepanjang dia jadi kawan you , dia berbangga dengan kelebihan yang dia ada ?"
Syama menggeleng."Maksudnya dia pun tak kisah dengan semua tu. You janganlah rasa lain."
Syama tersenyum nipis.
"Awak suka dia tak ?"
Kyle menggeleng.
"I dengar dia sebut nama someone just now. Who ? Her boyfriend ?"
Syama mengangguk lemah lalu tersenyum kelat."Tapi saya suka teman lelaki dia. Salah ke , Kyle ? Saya yang kenal Zuhair dulu."
Kyle terkedu.Jadi , perempuan yang dia minat , meminati orang lain ? Dan orang itu , teman lelaki kawan baiknya sendiri ?
"Miya tu tahu ke ?"
Laju Syama menggeleng.
"I cuma nak nasihatkan you. Janganlah sebab lelaki , hubungan you dengan kawan baik you retak."Kyle terus melangkah meninggalkan Syama di belakang.
Walau bagaimanapun , dia tetap harus memenangi hati Syama Suhaila !
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.