"KAU betul ke ni ? Jangan buat kerja gila , Sya. Kau dah kahwin. Lagipun , itu saja yang aku boleh bantu kau."
Fail di tangannya ditutup dengan senyuman sinis. Wajah rakan sekumpulannya itu dipandang.
"Aku cuma nak tolong suami aku. Apa masalahnya ?"
Wanita dihadapannya sudah menepuk dahi.
"Kau ni gila lah."Qai memicit tepi kepalanya. Ya Allah , boleh sakit jantung dengan tindakkan Syada sekarang.
"Bahaya , Sya. Bahaya. Biar sajalah suami dan kawan-kawan suami kau selesaikan. Apa masalahnya ?"Syada menggeleng.
"Kau tak faham , Qai..."
"Okay. Tell me. Bagi aku faham. Kenapa ?"
Nafas ditarik dalam. Wajah Qai dipandang dengan senyuman kelat. Bersama mata yang sudah berair.
"Sya..."
Qai terus kearah Syada yang sudah mulai teresak-esak. Dah pulak ?"Sya... Kenapa ni ?"
"Ak-aku mimpi Kevin tinggalkan aku !"
Bergema tangisan Syada di dalam wad itu buatkan Qai terpinga-pinga.
"Allahu... Sya , kau tahukan mimpi tu mainan tidur ! Insyaallah , panjang umur suami kau. Janganlah macam ni !"Teresak-esak Syada di dalam dakapan Qai. Ya , dia takut akan hal itu lah dia tekad mahu membantu Kevin tanpa sesiapa tahu. Dia takut kehilangan Kevin !
"Tenang , Sya... Insyaallah , tak ada apa..."Belakang tubuh Syada diusap lembut menenangkan wanita itu.
Dia pun tak tahu nak buat apa. Nak tolong , lagilah tak boleh !
KEVIN menghampiri Syada yang termenung jauh itu. Suami sampai pun tak sedar. Bahu Syada dicuit perlahan. Terasa bahunya dicuit , Syada tersentak dan terus menoleh. Kevin yang sedang tersenyum memenuhi retina matanya.
"Abang !"
Tubuh Kevin dipeluk erat melepaskan rindu. Kevin yang terkejut itu perlahan tersenyum kembali.
"I tak mandi lagi ni , sayang. Busuk !"
Syada sengih.
"Tak apa. Abang wangi je !"
Pelukkan semakin dieratkan membuatkan Kevin perlahan turut memeluk Syada semula."Kenapa dengan isteri I hari ni ? Lain macam je."
Kepala Syada diusap penuh sayang.
"Saya cuma rindu suami saya. Salah ke ?"
"Tak lah. I tanya je."
Syada senyum."Jangan tinggalkan Syada ya , abang ?"
Kevin tersentak. Tubuh Syada ditolak perlahan. Wajah Syada dipandang dengan pandangan redup.
"Kenapa sayang cakap macam ni ? Abang tak ke mana pun..."Syada senyum lagi. Tangannya dibawa ke pipi Kevin lalu diusap lembut.
"Syada tak nak hilang abang... Syada tak nak—"
"Sayang..."
Pinggang Syada dirangkul erat.
"I takkan tinggalkan you , Syada. Takkan. Maut sahaja yang boleh pisahkan kita. I cintakan you. And I really do."
Syada senyum."Kita mati sama-samalah kalau macam tu !"
Serentak itu hati Kevin dihurung rasa kurang senang. Senyuman cuba diukir paksa buat sang isteri.
"Kalau jodoh kita panjang dan kuat. Insyaallah. Okay ?"Tubuh Syada kembali di tarik ke dalam dakapannya. Erat.
DI LUAR , Moon yang sedang bersandar itu memerah otaknya buat keseratus kali. Kawan yang dikatakan Syada itu... Dia macam pernah nampak. Familliar.
Tapi dekat mana ya ?
"Moon ? You buat apa dekat sini ?"
Moon tersentak. Laju kepalanya menoleh kearah Ilman yang melangkah kearahnya. Terus dia bangun dari duduk.
"Errr...saya tengok-tengokkan Syada dekat sini." Dia tersenyum nipis.
"Oh , you ke yang Kevin upah tu ?"Moon tergelak kecil.
"Tak lah. Kevin tak upah saya. Saya yang sukarela nak perhatikan apa-apa yang mencurigakan. Lagipun , jadual saya kosong."
Ilman mengangguk faham. Tempat duduk bersebelahan Moon tadi diambil."Duduklah."
Moon duduk kembali dengan senyuman.
"Awak tak kerja ke ?"
"Tengah kerjalah ni. I pun pantau kes Syada ni jugak."
Moon mengangguk faham.Suasana menjadi kekok. Tiada apa yang nak dibualkan buatkan masing-masing diam.
"Ilman ,"
"Moon..."Serentak , mereka tertawa kecil.
"You dulu. Kenapa ?"
Moon tersenyum kelat.
"Ayah nak hantar saya ke luar negara. Sambung belajar."
Wajah Ilman berubah sekejap sebelum dia kembali mengawal air mukanya.
"Oh. Okay. Pergi lah. Haha. Kenapa you beritahu I ?"
Moon diam. Dia menggeleng perlahan.
"Saja. Awakkan kawan saya ?"Ilman tersenyum nipis.
"Awak ?"
"Yang tu ,"
"Mama I dah carikan calon isteri untuk I. Disebabkan you kawan I , I beritahu you sekalilah."Hati Moon seakan berhenti berdegup. Dia terus terbangun dari duduknya buatkan Ilman tersentak sama.
"Ke-kenapa ?"
"Saya lupa. Ayah nak jumpa saya. Alang-alang awak dah ada , saya dah boleh balik. Errrmm , congrats ! Selamat pengantin baru. Saya rasa tak dapat datang kalau awak nak kahwin nanti."Tanpa sempat mendengar jawapan dari Ilman , Moon terus mengangkat kaki beredar dari situ.
"Anggun..."
Nada suara Ilman berubah lembut."Woi , kau dah kenapa ni ? Moon mana ?"
"Dia dah balik..."
Tubuh Kevin ditolak ke tepi dan terus sahaja dia masuk ke dalam wad Syada. Mujur sahaja Syada sentiasa memakai tudung sarung."Woi !"
Pintu wad ditutup. Melangkah kearah Ilman yang tampak serabut."Dah kenapa ?"
Syada bersuara. Memandang Kevin dan Ilman silih berganti.
"Moon..."
Syada kembali memandang Kevin."Moon—"
"Syada !"
Pintu wad itu kembali terbuka. Kasar. Syada , Kevin dan Ilman masing-masing memandang kearah Moon yang termengah-mengah."Kawan Syada tadi..."
Terjungkit kening Syada. Dah kenapa dengan Qai ?
"Qai Azalea ke ?!"
Masing-masing berpandangan. Syada berdehem sekejap."Errr...ya ?"
"Oh my god !! Moon minat gila dekat dia ! Boleh tolong Moon tak ?"
Syada menarik nafas lega. Ya tuhan , dia sangat bersyukur. Takut juga jika Moon berkata mengenai perihal lain.
"Sure. Nanti Syada beritahu dia. Moon tak nak masuk dulu ?"Moon tersentak. Dia mengerling Ilman yang sedang memandangnya tidak lepas. Dia berdehem.
"Tak apalah. Moon ada hal. Nanti kita jumpa lagi. Bye , Syada."Kevin memandang Ilman yang kembali menunduk selepas Moon beredar. Dia dan Syada saling berpandangan.
"Now I know what the problem is."
Syada hanya tersenyum.
SYAMA memandang Kyle yang berada di hadapannya kini. Miya pula sudah menunggunya dari tadi.
"Ada apa ni ? Saya ada hal."
Syama tersengih. Sudah sebulan berlalu sejak Syada di keluarkan dari hospital. Dan hari ini , dia kembali mendapat kunjungan dari Kyle. Lelaki yang dia mahu mengelak."Miya !"
Serentak itu kepala Syama tertoleh memandang suara itu. Bibir diketap melihat pemandangan yang menyakitkan hati antar Miya dan teman lelaki itu. Paling tepat , lelaki yang dia suka !"Syama , I cakap dengan you ni ?"
Kyle turut memandang kearah tempat yang di pandang oleh Syama. Senyuman kelat terukir.
"You memang suka teman lelaki kawan you ke ? You tahukan kalau nanti dia—"
"Jadi , apa masalahnya ? Takkan saya nak buang rasa suka dan cinta saya macam tu saja ? Saya yang kenal Zuhair dulu."Kyle diam.
"Ini bukan soal siapa kenal dulu , Syama. Benda ni boleh merosakkan you punya friendship tau."
"Boleh tak awak jangan sibuk campur urusan saya ?! Rimas lah !"Terus sahaja dia melangkah kearah Miya dan Zuhair. Entah apa yang nak dikatakan padanya. Sibuk nak jaga tentang hal dia saja. Pandai lah dia nak uruskan hal sendiri.
Lelaki tu tak faham bahasa agaknya yang dia dah cakap. Dia tak suka Kyle.
Syama Suhaila tak suka Khaiser Aadrian !
Kyle meraup wajahnya kasar. Pemergian Syama dipandang sepi.
Sudah banyak yang dia lakukan untuk Syama tapi sekali pun Syama tak pernah menghargai. Sibuk nak rampas teman lelaki kawan sendiri.
Apa yang difikir oleh Syama agaknya bila bertindak sebegini rupa ? Syama ni tak serik agaknya dituduh bukan-bukan. Lihatlah sekarang , Syama memang membenarkan apa yang dikatakan orang padanya.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.