SYADA melangkah kearah Syama dan Miya yang saling berhadapan dengan wajah tegang itu.
"Apa ni , Syama ? Kau nak rosakkan majlis kau sendiri ke ?"
"Akak tanyalah perempuan ni ! Dia yang datang serang Syama !"
Syada memandang Miya. Melihat wajah Miya , serta-merta perasaan marahnya meluap pada Syama berubah tinggi. Tetapi difikirkan ini majlis adiknya , dia tahankan saja."Kau yang kena sedar , Syama. Kau rampas hak kawan baik kau sendiri !"
Syada berbisik marah pada Syama. Kevin menarik Syada yang terhimpit dek kerana Syama itu.
Miya memalingkan wajahnya ketepi. Menghapuskan air mata yang tadi mengalir."Dia bukan kawan baik Syama."
Miya terkaku. Begitu juga Syada.
"Syama !"
"Itu hakikatnya ! Dia kena terima yang selama ni , Syama tak pernah anggap dia sebagai kawan ! Kau tak pekak lagikan , Miya Malaiqa ?"Miya mengangguk.
"Aku tak pekak. Aku tak buta. Terima kasih. Sebab dah berlaku jujur pada aku."Dia berpaling. Mahu melangkah pergi dari situ. Tetapi sekali lagi , dia dibuat kaku oleh ayat yang dilontarkan oleh Syama.
"Aku mampu buat jauh lebih dari ni , Miya. Kau ingat tu !"
Melihat Miya yang sudah melangkah pergi , Syada dihurung rasa sebak."Kau terlalu pentingkan diri , Syama !"
Terus sahaja dia meninggalkan Syama dan mengejar langkah Miya."Miya !"
Langkah Miya terhenti. Dia menoleh memandang Syada dengan wajah basah."Miya , Ya Allah..."
Tubuh Miya didakap erat. Di belakang , Kevin dan Kyle memerhati. Teresak-esak Miya di dalam pelukkan Syada."Miya tak tahu salah Miya di mana , kak. Kalau mereka dah tak suka Miya , sekurang-kurangnya berterus terang. Jangan perbodohkan Miya macam ni. Miya rasa harga diri Miya dipijak-pijak , kak."
Syada mengusap belakang tubuh Miya lembut."Akak minta maaf bagi pihak Syama. Akak sendiri tak sangka yang-"
"Bukan salah akak. Kenapa akak yang kena minta maaf ? Miya takkan maafkan dia selagi dia sendiri tak minta maaf pada Miya. Miya percaya dia , akak."Syada diam.
"Miya nak ke mana ni ?"
"Miya ke Edinburgh semula. Miya nak fokus belajar dan balik ke sini dengan diri yang baru. Itu apa yang Miya nak buat."
Syada mengangguk faham."Pergilah , Miya. Akak doakan untuk Miya. Miya jaga diri elok-elok ya ?"
Sempat Miya memeluk Syada sekejap sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta berjenama mewah Rolls Royce itu.Tanpa sesiapa tahu , itu merupakan kereta milik keluarga Miya sendiri.
"Doa banyak-banyak , sayang. Istighfar..."
Kyle dalam diam mengeluh perlahan.'Gila betul you ni , Syama...'
Dia tersenyum sinis sendiri.
Tiada secebis perasaan lagi buat Syama.
Dan Syama sekarang , bukanlah Syama yang dia kenal dahulu.BERSAMBUNG...
nak tahu kisah selanjut tentang Kyle dan Miya ? Boleh baca di Endless Love. Terima kasih !
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.