BAB 18

1.1K 64 4
                                    

"TUAN Mawi memang tak nak jumpa sesiapa sekarang , cik."

Moon memandang pegawai di hadapannya itu dengan keluhan.
"Saya dah cakap saya anak dia kan ? Lagipun , dia yang suruh saya ke sini. Bukti pun ada !"
Pegawai dihadapannya itu menggeleng. Masih berkeras dengan keputusannya.

"Kenapa ni ?"
Tegak tubuh pegawai perempuan itu. Senyuman diukir lebar manakala Moon yang melihat merengus. Nampak sangat miang !

"Perkara kecil saja , tuan."
Moon mengetap bibir.
"Perkara kecil ? Saya cuma minta awak bawak saya jumpa Tuan Mawi. Awak yang sekarang memperbesarkan lagi masalah ni. Dan awak kata ini masalah kecil ?"

Kecil besar , kecil besar sahaja dia pandang pegawai dihadapannya sekarang. Badan tu bukan main meliuk lentok macam sotong bila ada lelaki kacak depan mata !

"May I know the problem , miss ?"
"Tuan , saya—"
"Did I ask you ?"

Pegawai perempuan itu terus terdiam. Moon menoleh dan terkedu. Lelaki ini...

Manakala lelaki dihadapannya itu sudah tersenyum sehingga ke telinga.

"We meet again , Ms Moon !"

Nada teruja itu buatkan wajah Moon panas. Aduhai... Kenapa bertemu kembali dengan lelaki ni ?

"Ada apa you datang sini ? Cari I ke ?"
Pantas Moon menggeleng.
"Saya cari ayah. Ayah suruh saya datang sini. Tapi bila saya nak jumpa ayah , dia tak bagi. Saya siap bagi bukti lagi !"
Telefon pintarnya yang berisi pesanan dari Tuan Mawi turut ditunjuk pada Ilman.

Kini , mata lelaki itu tajam memandang pegawai perempuan itu sehingga pegawai itu tertunduk sendiri.
"Did she tell you who is her father ?"
Takut-takut , pegawai itu mengangguk.
"Jadi , kenapa tak benarkan ?"
"Tuan Mawi kata , dia tak nak diganggu. Jadi saya—"

Ilman menghentak meja kaunter itu kuat sehingga mengejutkan Moon sekali.
"Dia ada tunjuk chat tu. Apa yang you ragukan ? Tuan Mawi ayah dia. Atas hak apa you halang dia nak jumpa ayah sendiri ? You ni warden asrama ke , Hanum ?"
Hanum tunduk.

"Nama you apa ?"
"Hah ?"
Hanum mengangkat kepalanya. Memandang Ilman dan Moon silih berganti.

"Nama penuh you."
"Nama penuh saya Anggun Muneera. Tapi...kenapa awak nak tahu ? Nak kena daftar ke ?"
Ilman tergelak kecil. Dia menggeleng.
"Anggun Muneera ? What a beautiful name. Senanglah nak akad nikah nanti kalau dah tahu."

Wajah Hanum sudah berubah pucat. Manakala Moon terkedu.

"Come. I bawak you jumpa Tuan Mawi."
Sempat Moon menjeling Hanum sekilas sebelum mengikut langkah Ilman.

Hanum menghentak kakinya tanda protes. Punyalah lama dia bekerja di cawangan sama dengan Ilman , tapi sikit pun Ilman tak pernah pandang dia.

Tapi perempuan yang baru muncul tu boleh dia ayat ?
Panas betul hati !






"ADA apa Moon nak jumpa ayah ? Macam urgent sangat."

Moon memandang Tuan Mawi dan Ilman silih berganti. Tuan Mawi tersenyum. Kenal sangat dengan sikap Moon itu.

"Tak apa , Moon. Dialah Inspektor yang bertugas untuk kes tu."
Moon menarik nafas dalam dan terus duduk dihadapan Tuan Mawi. Beberapa dokumen yang dibawa , dikeluarkan dari begnya.

"Setakat ni , ini saja yang Moon dapat. Dalam masa 2 minggu , dia akan bawak masuk perempuan untuk dijadikan pelacur di sini. Dia ke Itali untuk perkara tu. Dan lagi satu ,"
Dokumen berwarna merah pula dicapai. Di selak satu persatu dan di tolak pada Tuan Mawi.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now