RUMAH banglo milik mereka dipenuhi dengan gelak tawa pasangan suami isteri bahagia itu. Melepaskan rindu yang terpendam lama dek kerana darah daging sendiri.
Kehilangan Red masih dicari. Sedikit pun mereka tidak terlepas pandang. Bahkan , Zidan yang masih berada di lautan juga turut membantu.
"Yo !"
Kyle melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut dengan wajah penuh senyuman. Kelibat pasangan suami isteri itu masih tidak kelihatan. Kening bertaut.
"Assalammualaikum !"
Tiada sahutan buatkan dia terpinga-pinga. Pintu utama terbuka luas. Sekeliling juga menandakan ada orang di rumah. Suara gelak ketawa dari arah belakang menyentakkannya.
"Janganlah , abang !"
Sampai sahaja di laman belakang , Kyle bercekak pinggang dengan senyuman makin lebar melihat pasangan suami itu yang lari berkejaran sambil bergelak ketawa."Kyle !"
Kevin melangkah kearah Kyle selepas menyedari adiknya itu berdiri lama memerhatikan mereka.
"You ni. Pintu rumah tak tutup. Tinggal macam tu je. Apa-apa jadi nanti macam mana ?"
Kyle mengerling Syada yang turut melangkah kearah mereka."Kau buat apa dekat sini ? Menyemak je."
Wajah Kyle berubah masam.
"Aku bukan nak jumpa kau ! Aku nak jumpa abang aku. Yang kau perasan sangat kenapa ?"
Syada memutarkan bebola matanya keatas tanda menyampah."Abang pergi ambil air sekejap."
Syada mengangguk dengan senyuman. Hilang sahaja Kevin dari pandangan , Kyle memandang Syada.
"Apahal kau ?"
Tenung macam nak makan orang. Sepak baru tahu !"K-kau kenal kawan baik Syama tak , Syada ?"
Syada mengelap peluhnya dan memandang Kyle sekilas.
"Miya ke ? Itu je kawan baik dia. Kenapa ?"
Kyle diam."Woi ! Kenapa ?"
Meja itu ditepuk sedikit kuat bagi menyedarkan Kyle yang tiba-tiba mengelamun.
"Kau suka Miya pulak ke ? Pendirian kau ni tak tetaplah. Sebab itu aku reject kau jadi adik ipar aku."
Kyle menjeling Syada tajam. Eh , perempuan ni. Melebih pulak !"Adik kau suka teman lelaki kawan dia , Syada. And..."
Terjungkit sebelah kening Syada.
"Dia nak rampas ?"
Kyle mengangguk ragu-ragu. Syada tersenyum sinis."Dia memang nak tunjukkan diri dia tu memang macam mana orang katakanlah tu."
Syada menggumam sendiri. Dia memandang Kevin yang tiba bersama minuman itu dengan senyuman."Habis ? Kau nak diam saja lah ?"
Berkerut dahi Kevin mendengar topik perbualan saat ini. Dah kenapa pulak ?
"Kau nak suruh aku buat apa ? Halang dia ? Halang pun tak guna , Kyle. Apa yang dia nak , dia akan dapatkan."
"Kau tak kesian dekat kawan dia nama Miya tu ?"Syada menarik nafas dalam. Eh lah mamat ni... Banyak pulak soalan.
"Miya tu sayang sangat dekat Syama. Dia anggap Syada tu ahli keluarga dia. Syama ada cerita dengb aku. Miya sebatang kara."
Kyle diam. Cuba memikirkan jalan penyelesaian."Ada lebih baik , you tak payah masuk campur. Kalau betul Syama jodoh you , lari ke mana pun dia , muka you jugak dia akan hadap nanti."
Kyle melepaskan keluhan berat.Tak. Dia tak rasa benda tu akan terjadi. Syama nampak sangat benci dan meluat akan dirinya.
"Abang , Syada nak masuk sekejap. Nak mandi."
Kevin mengangguk perlahan dengan senyuman.
"Abanglah sangat. Menyampah aku dengar."
Wajah geli geleman ditayangkan membuatkan Syada dan Kevin serentak melepaskan tawa mereka."Cemburulah tu !"
Kyle memutarkan bebola matanya keatas."Macam mana ? Ada apa-apa perkembangan ke ?"
Soalan diajukan selepas memastikan Syada sudah naik ke bilik.
"Dia dah ada orang baru. And I dengar dia dah rancang benda lain."
Kening Kevin bercantum. Memandang Kyle pelik.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.