BAB 02

2.4K 94 13
                                    

FAIL-fail yang bertimbun itu dipandang dengan keluhan.

Siapa suruh cuti lama-lama. Kan dah mendapat.
Patahlah tangan dia lepas ni agaknya.

"Morning , tuan !"

Ceria suara yang menyapa itu buatkan bibir Kevin terjungkit sedikit.
"Tuan okay ?"
"Sepatutnya soalan tu I tuju pada you. You okay tak ? You tu manusia. Bukannya dinding yang boleh halang-halang orang."

Syada sengih. Kopi yang dibawa bersama tadi diletakkan diatas meja Kevin.

"Saya ni kuat tau orangnya. Pukulan Datin Kira tu tak menjejaskan saya."
Kevin tergelak kecil.
"I nak tanya."

Syada mengangguk dengan senyuman.
"Kenapa banyak sangat fail ni ? Bukan I dah arahkan you untuk uruskan sementara I cuti ?"
Wajah Syada berubah. Dia menegakkan tubuhnya.

"Itu hukuman untuk tuan. Terimalah ya ? Okay. Saya nak sambung kerja saya. Selamat bekerja kembali , tuan !"

Tidak menunggu lama , dia terus meninggalkan pejabat yang tiba-tiba dingin itu. Dicampurkan lagi dengan pandangan tajam Kevin , fuhhh...

Boleh terputus bulu roma.




STAFF mulai beransur pulang tetapi Kevin masih lagi tidak berganjak. Masih fokus mengerjakan pekerjaannya.

"Tuan ?"

Terjegul kepala Syada disebalik pintu.
Rasa sebersalah pulak buat bos sendiri macam tu.

"Tuan tak nak balik ke ?"

Dia melangkah masuk perlahan.
"You baliklah. I banyak kerja nak siapkan. Hasil hukuman dari you."

Syada mengetap bibir mendengar sindiran dari Kevin.

"Tuan ?"
"Hmmm..."

Syada memandang wajah kacak Kevin.

Tak ada cacat cela langsung.
Tapi tulah , Kevin bukan lelaki normal macam orang lain.

"Ilman...ada contact tuan lagi ?"
Jari Kevin terhenti dari mengetik papan kekunci itu.
"Tak ada."

Syada menarik nafas lega.
Melihat kelegaan dari Syada , Kevin mengeluh perlahan.

Memang ada pun Ilman menganggu dia. Setiap minit , setiap saat. Sampaikan dia tak boleh buat. Block pun tak guna kerana lelaki itu akan mencarinya dengan nombor baru.


"Tuan ?"

Kevin tersentak. Dia memandang Syada sekilas.
"You ni tak nak balik ke ?"
Syada sengih.

"Bulan depan saya nak balik kampung. Tuan nak ikut ? Boleh tenangkan fikiran."
"Bulan depan you nak balik sana. Awal betul bagitau."

Syada tergelak kecil.
"Persediaan awal."
Kevin menggeleng. Alahai...

"Kerja yang berlambak ni , siapa yang kena buat ?"
"Kyle kan ada. Suruhlah dia. Apa guna dia jadi adik tuan kalau tak nak membantu."
Tahu yang Kevin merenungnya , Syada buat-buat membelek kuku sendiri.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now