MEREKA saling berpandangan. Memandang Dr. Qay dengan keluhan.
Hmmm... Silap mereka...
"Nama I Qay. Qay Asyraaf. Sama sangat ke muka I dengan kawan korang tu ? Ilman right ?"
Mereka diam.
Semua dah menunduk kenapa ?"Boleh I jumpa dia ? Nak tengok jugak muka dia macam mana."
Mereka saling berpandangan lagi.
"Dia dah tak ada. Baru minggu lepas. That's why kami terkejut. Your face , your voice even bentuk badan korang pun exactly the same !"
Zidan bersemangat menjawab. Dia tak tipu. Qay sebiji macam Ilman !Qay tersenyum pahit.
"Salam takziah. Tapi I bukan dia yang you maksud kan walaupun kami...sama ?"
Senyap. Tiada sesiapa bersuara.Kevin senyap. Masih meneliti kejujuran Qay. Dia rasa ragu-ragu. Lagipun , dia bukan sejenis cepat percaya. Jadi memang tak lah dia nak percaya Qay secepat itu.
"Then , kenapa kau macam terkejut bila dengar tentang perkata yang kami borakkan tadi ?"
Qay terdiam. Tersentak bila Kevin sudah berada dihadapannya dengan pandangan tajam."Ke-kenapa ?"
Dengan sekali tarikkan , kemeja yang Qay pakai terus disingkap ke atas. Masing-masing tercengang manakala Syada sudah memalingkan wajahnya ke tempat lain.Aurat orang kau tengok suami ku !
Kevin tersenyum sinis. Qay pula kalut-kalut membetulkan kemejanya kembali.
"Jadi , kau nak cakap yang luka-luka tu pun kebetulan ke Ilman Qayyim ?"
"Kau ni bodoh jenis apa ? Kau fikir benda ni lawak ? Kau ingat kau dekat luar negara ke nak buat prank bagai , setan ?!"Terhinjut bahu masing-masing melihat Kevin yang mengamuk itu.
"Abang ,"
Perlahan Syada memanggil. Mengamuk sakan ni kenapa ?"Isteri aku salahkan diri dia sendiri , Ilman. Berminggu-minggu fikirkan kau yang kononnya mati sebab dia !"
Mendengar kekecohan itu , Hadif yang dari tadi berada di luar turut masuk. Haih , degil betul mamat seorang ni ! Orang dah suruh berterus terang tak nak.
"Kevin , aku-"
"Weyh , sumpahlah ?"
"Kau tipu kami ?"Zidan meraup wajahnya kasar. Membazir air mata dia sahaja menangis 7 hari 7 malam. Dasar Ilman cetek akal !
"Bagi aku explain."
Hadif menarik nafas lega. Ingatkan nak bisu je sepanjang masa.
HADIF menolak masuk katil yang diduduki oleh Ilman itu laju ke dalam bilik rawatan kecemasan.
Darah yang terlalu banyak keluarkan agak merisaukan mereka.
"Siapkan peralatan. Pesakit perlu dirawat segera !"
Dalam keadaan sedar tidak sedar , Ilman memegang lengan Hadif kuat.
"Pa-palsu kan ke-kematian aku."
Hadif diam. Melihat Ilman yang sudah menutup mata itu , dia mengetap bibir.Sial !
"ATAS sebab apa kau perlu buat macam ni ? Isteri kawan kau keguguran."
Ilman diam. Mengalihkan pandangannya ke luar jendela dengan keluhan. Rasa sakit akibat tikaman berkali-kali itu agak pedih. Dia memandang Hadif.
"Ada sebab."
"Sebabnya apa ? Boleh jelaskan ? Tak faham aku !"
Hadif membentak sedikit. Ada sebab , ada sebab. Jadi , sebabnya apa ?"Tak ada sebab...kot ? Aku sengaja nak kenakan mereka ?"
Hadif menepuk dahinya. Ya Allah , stress !
"Impaknya besar kau buat macam ni , Qay ! Aku ni , aku mi berisiko kena pecat tahu tak ?!"
"Takkannya."
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.