KERUTAN di dahi timbul bila perasan ada kereta yang mengikutinya dari tadi. Entah kenapa , hati dia berasa tidak enak. Rasa takut , gelisah semuanya menjadi satu.
Laju sahaja tangan menyambungkan panggilan dengan Kevin yang berada di luar negara atas hal syarikat. Kenapa dia tAk ikut ? Sebabnya , Kevin pergi bersama Dato' Ameer.
"Kenapa ni sayang ? Tiba-tiba call I. Rindu ke ?"
"Saya rasa ada orang ikut saya , sayang. Dari tadi lagi saya perasan."
Matanya beberapa kali dikerling memandang cermin sisi. Pacuan empat rpda hitam itu ikut rapat sahaja."You dekat mana ni ?"
"Nak dekat Shah Alam."
Kevin menghela nafas lega.
"Kenapa ?"
"I dah inform Ilman. Dia akan escort you balik rumah."Tidak sampai beberapa minit , Audi Rs8 berwarna hijau metallic muncul dari belakang dan memotong Range Rover itu pantas. Syada menutup mata sekejap dan turut menghembus nafas lega.
"You baru balik , sayang ? Maghrib dah ni."
"Kak Emma minta tolong buat kerja sekejap tadi. Sorry. Saya lupa nak bagitau awak."
Di talian sana sudah senyap buatkan Syada mengetap bibir menahan rasa."Saya minta maaf , sayang. Saya betul-betul lupa."
"It's okay. I tak marah you. Cuma..."
"Cuma ?"
"Cuma jangan rapat sangat dengan Emma boleh ? Kalau boleh , jangan percaya sesiapa sekarang."
Syada diam. Agak pelik bila suaminya seperti ada sesuatu yang disorokkan."Okay."
Kevin menarik nafas lega.
"I nak letak dulu. Papa dah sampai. Ada meeting lagi. Jaga diri. See you in 4 days. I love you."
"Love you more."Panggilan tamat. Dia kembali mengerling cermin sisi keretanya. Kereta yang dipandu Ilman masih mengikutnya rapat dari belakang.
Mujur saja.
Dia sangat bersyukur...SYADA menutup pintu kereta lalu melangkah kearah Ilman yang sudah bersandar di keretanya. Disebelah Ilman , berdiri seorang lelaki berbadan tegap. Yang itu , dia tak kenal.
"Terima kasih , Ilman. Susahkan awak pulak."
Ilman tersenyum pendek.
"Sekarang ni , keselamatan you keutamaan untuk kami , Syada. Jadi , jaga diri elok-elok. I masih nak hidup lama dalam dunia ni."
Syada memandang pelik."Apa kena mengena ?"
Ilman mengeluh perlahan. Lembab betul.
"Tak ada apa , Syada. Oh , ya. Ini I perkenalkan. Ariq. Ariq Zidan. Dia yang akan jaga you sementara Kevin tak ada ni."Syada memandang wajah beku Zidan dengan senyuman kelat.
"Seram betul muka."
Terjegil mata Ilman mendengar. Perempuan mana kau kutip jadi bini , Kevin ? Cakap tak pandang kiri kanan langsung !"Dia memang macam ni , Syada."
Ilman mengerling Zidan di sebelah. Ini pun satu. Tak ada suara gamaknya nak bercakap."Kalau tak ada apa-apa , kami gerak dulu , Syada. Kunci rumah semua ya ?"
Syada mengangguk dengan senyuman.TERKEBIL-terkebil Syada memandang Zidan yang sudah terpacak dihadapan rumah. Dengan muka tegang itu , sudah mampu mengecutkan seorang Syada Suhaira.
"Lama ke awak tunggu ?"
Zidan tersentak. Dia memandang Syada sekilas.
"Kalau nak sarapan pun sempat kot."
Syada mencebik.Tengok tu. Belum apa-apa lagi dah nak gaduh. Ini memang gang Kyle ni.
"Kakak ipor !"
Zidan sudah buat muka. Bala betul kalau dah jumpa dengan Kyle ni.
"Abe Zidan !"
Nyaring suara Kyle masuk ke deria pendengaran Zidan. Nak sahaja di tumbuk biar bersepai gigi.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.