BAB 25

938 57 3
                                    

SYADA tergesa-gesa masuk ke dalam ruang kecemasan itu. Selepas sahaja mendapat panggilan dari Moon , terus sahaja dia mengajak Kevin sekali datang.

Ilman yang ketika itu ada bersama mereka , turut mengikut sekali. Dengar nama Moon yang disebut oleh Syada , dia lah paling teruja sekali.

"Moon , Eleena macam mana ?"
Moon mengangkat wajahnya. Agak terkedu memandang Ilman dan Kevin yang turut di ada. Wajah yang masih basah dengan air mata terus dilap kering. Senyuman diukir paksa.

Syada diam. Macam mana dia boleh kamcheng dengan Moon dan Eleena ? Entah. Rasa macam ada chemistry. Hah gitu.

"Awak okay , Moon ? Sembapnya mata awak."
Moon hanya tersenyum nipis.
"Sa-saya..."
Ayatnya tergantung.

"Mana kawan awak lagi seorang , Ilman ?"
Ilman terkebil-kebil memandang Moon. Nama dia kena petik ?
"Errr...mana I tahu."
Moon mengetap bibirnya sendiri. Tangan dikepal kuat.

"Dah kenapa ajak aku jumpa dekat hospital ni ?"
Suara garau itu buatkan Moon mengangkat mukanya serta-merta. Memandang Zidan tajam. Tidak menunggu lama , dia terus meluru kearah Zidan tanpa sesiapa sempat menghalang.

PPANG !

Membulat mata mereka bertiga. Laju Syada mendapatkan Moon yang masih beremosi.
"Awak tak faham bahasa atau buat-buat tak faham bahasa ? Jangan muncul depan Eleena lagi ! Awak tak faham ke ?!"
Zidan yang ditampar tadi terkebil-kebil.

Dengar nama Eleena yang disebut , rasa marah tu langsung hilang.
"Kenapa dengan Eleena ?"
"Balik. Jangan tunjuk muka awak depan Eleena !"

"Aku cuma nak tahu. Kenapa dengan Eleena ?!"
Jerkahan Zidan langsung tidak menakutkan Moon. Dia pernah dapat lebih daripada ini.
"Kenapa ? Awak nak buat apa ? Awak nak seksa hati dia macam mana awak buat dulu ?"
Zidan hilang kata. Manakala Kevin , Syada dan Ilman tergamam sendiri.

"Awak ni lelaki jenis apa ? Tabur ayat manis bukan main ! Itu , ini. Janjikan bulan apa semua. Tapi apa yang Leen dapat ? Apa yang Leen dapat dari awak ?!"
"Leen banyak terseksa ! Awak tahu benda tu , Zidan. Awak tahu. Awak yang ada sepanjang dia diseksa macam binatang oleh keluarga sendiri. Tapi apa awak buat ? Awak tinggalkan dia macam tu saja ! Impian awak ? Ada Eleena dekat sisi awak , impian awak takkan tercapai ke , Zidan ?"

Zidan kaku ditempatnya. Kelu. Tidak mampu mengeluarkan kata langsung. Wajah Moon yang mulai basah dengan air mata kembali dipandang.

"Sepanjang awak tinggalkan dia , saya , Zidan. Saya yang jadi saksi jatuh bangun dia. Saya yang selamatkan dia dari keluarga tak guna tu ! D-dia nak bunuh diri , Zidan. Allahu , awak tahu apa perasaan saya Zidan ? Sakit , Zidan. Sakit sangat. Ya , mungkin orang akan cakap dia bodoh , tak ada otak nak bunuh diri. Dan mungkin juga orang akan hina dia cakap macam tak ada tuhan sampai nak bunuh diri bagai. Siapa yang duduk tempat dia ? Dia sendiri ! Dia yang rasa ! Dia yang alami semua tu !"

Teresak-esak Moon melepaskan segala yang terpendam.
"Dan sekarang , sesenang ini awak nak dia balik ? Tak , Zidan. Saya takkan benarkan awak sakiti dia. Saya takkan bersetuju untuk awak ambil dia kembali !"
Tegas nada Moon memberi amaran. Cukuplah. Cukuplah Eleena terseksa. Dia tidak sanggup lagi mahu melihat Eleena memendam rasa.








KEVIN menjeling sekilas Syada yang tekun makan dihadapannya. Wajah masih serius. Tak beriak. Dari dekat hospital. Lebih tepat , selepas Moon meluahkan segalanya.

"You okay tak ni ?"
Tangan Syada yang memegang pisau memotong daging itu terhenti. Dia memandang Kevin tajam buatkan lelaki itu menelan air liur payah.

"Makan."
Kevin tersentak. Sampai macam ni sekali impak ya ? Dia yang tak bersalah pun , terpalit sama.

"Abang ,"
Kening Kevin terjungkit sedikit. Memandang Syada yang tersenyum manis itu. Tiba-tiba.
"Abang nak tahu tak kalau abang curang belakang saya , saya buat apa ?"
Berkerut dahi Kevin mendengar soalan itu.
"Apa dia ?"

Syada tersengih. Dan wajahnya terus berubah tegang.
"Saya kerat abang 24. Baling dalam laut. Tak ada siapa pun akan tahu. Biar saya jadi janda berhias , dapat suami baru !"
Syada kembali memandang wajah Kevin.

Pucat. Macam nampak hantu. Buatkan Syada tersengih sinis.
Kevin berdehem. Peluh yang merenik jatuh pantas diseka.

"Ap-apa sayang merepek ni ? Tak adanya abang nak curang belakang you."
Syada menjeling sekilas.
"Jangan jadi macam Zidan. Saya tak suka."
Kevin mengeluh.

"Sayang , ya. Memang Zidan salah. Tapi dia bukan curang. Dia pergi nak capai cita-cita dia untuk jadi polis. Sayang tahu tak apa yang mendorong Zidan untuk buat semua tu ?"
Syada memandang Kevin yang tersenyum itu. Tangan lelaki itu erat mengenggam tangannya.

"Sebab Eleena. Eleena pernah cakap pada dia yang Eleena sukakan suami yang kerja beruniform. Eleena mungkin tak ingat sebab tekanan yang dia lalui tu. Dan salah satu sebabnya lagi , sebab family Eleena ugut Zidan. Kalau Zidan tak jauh dari Eleena , Eleena mungkin akan kena lagi teruk."
"Zidan fikir semuanya akan okay. Tapi lepas dapat tahu yang lagi teruk Eleena kena , dia menyesal. Menyesal sangat-sangat sebab tinggalkan Eleena. Dia nak patah balik , dah tak boleh. Itu saja cara yang dia ada untuk selamatkan Eleena. Tapi , dua-dua jadi mangsa keadaan."

Syada diam. Tidak tahu mahu berikan reaksi yang bagaimana. Keluhan terlepas. Dia tersandar.

"Kenapa Zidan tak berterus terang ?"
Kevin mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Okay. Berhenti cakap pasal diorang boleh ? Abang bawa you keluar nak spend time dengan you. Bukannya nak bercerita tentang mereka. Cukup you dah tahu apa yang jadi. Yang lain , biar mereka sendiri selesaikan."
Syada tersengih. Wajah kacak Kevin di pandang teliti dengan sengihan.

"Ini betul ke suami saya ni ?"
"Tak. Ini tapir sesat yang jadi suami you."
"Awww ! Sweetnya tapir ni !"

Syada menepuk tangan gembira. Manakala Kevin sudah menggeleng. Aduh...

"Saya dah selamat ke ?"
Kevin kaku. Terus matanya memandang kearah Syada tepat.
"Maksud you ?"
"Saya dah selamat ke dari jadi mangsa dalam urusan abang dan sepupu abang tu ?"
Kevin menarik nafas dalam dan menggeleng kecil. Senyuman pahit terlakar di bibir.

"Abang minta maaf... Abang masih gagal nak lindungi you."
Syada senyum.
"Janganlah cakap macam tu. Abang dah ada dekat sisi saya pun saya dah bersyukur sangat !"
Kevin tersenyum nipis.

"Dia ada saja perhatikan kita , Syada. Orang-orang dia sentiasa perhatikan kita. Tunggu abang leka saja , mereka akan culik you. Jadi , you kena berhati-hati. Abang mungkin akan terleka."
Syada mengusap sisi wajah Kevin dengan senyuman.
"Kalau saya tak ada nanti macam mana ?"

Berubah terus wajah Kevin mendengar soalan tidak masuk akal yang keluar dari bibir Syada.
"Jangan merepek , sayang. Abang tak sukalah you cakap benda ni. Macam mana jadi sekalipun , you tetap kena ada dengan abang. Kalau you mati , abang pun mati lah kalau macam tu."

Laju tangan Syada hinggap pada bahu kekar Kevin.
"Abang akan selamat you , sayang. Abang janji. By hook or by crook , abang akan selamatkan sayang. Walaupun nyawa abang jadi galang ganti."

Syada terkedu sendiri. Kelu lidahnya. Dia saling berpandangan dengan Kevin. Sama-sama membalas senyuman.

'Ya Allah , lindungilah kami...'




















Minta maaf. Tapir jadi cameo.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now