BAB 28

840 58 3
                                    

RED memandang wanita dihadapannya itu tajam. Tidak dia sangka , wanita dihadapannya ini bukan biasa-biasa. Wanita ini mampu menewaskan 30 orang anak buahnya. Termasuk Emma yang gila itu !

"Kau—"
"Kenapa ? Kau terkejut ?"
Red mengetap bibir. Dia mahu menjatuhkan Kevin menggunakan wanita ini tetapi sekarang lain pula yang jadi.

"Kau nak usik suami aku hmmmm...?"
Syada menyeringai seram. Ah , nampaknya lelaki ini benar-benar membangunkan sisi yang sudah lama tidak muncul.

"Kau salah orang nak lawan , Red."
Pisau rambo ditangannya dipusing-pusingkan penuh angkuh. Ditambah pula dengan senyuman psiko di bibirnya.

"Kau cuma assassin biasa. Kau fikir aku takut ?"
Syada tergelak kecil.
"Really ?"

PPAP !

Pisau rambo tadi sudah selamat tertusuk di dinding tepat belakang Red. Hampir sahaja mahu mengenai dirinya.

"Pengecut betul. Jadikan anak buah sebagai pelindung kau , nampak sangat kau ni seorang lelaki yang..."
Ayat Syada tergantung sambil dirinya bangun dan melangkah berani kearah Red.
"Bodoh."
Red membalas renungan Syada dengan tajam.
"Takutnya aku !"

Syada tergelak sekali lagi. Suka bermain tarik tali dengan lelaki tak sedar diri dihadapannya.
"Kau mesti nampak aku lembut dan lurus kan ? Sebab itu kau culik aku untuk tumpaskan Kevin."
Red hanya mendiamkan diri. Senyuman sinisnya tiba-tiba terukir senang.

Sebuah alat kawalan jauh dikeluarkan. Menunjuk pada Syada.
"Apa akan jadi ya kalau aku tekan butang ni ?"
Wajah Syada berubah.
"Suami kau dekat gudang lama aku. Aku kata dekat dia , kau ada di sana. Macam mana ? Kau nak jadi janda berhias tak ?"

Syada mengepal tangan di sisinya kuat.

Sial !








KYLE menarik Kevin keluar dari gudang itu dengan paksaan.

"Lepaskan I lah , Kyle !"
Meronta-ronta Kevin meminta Kyle melepaskannya membuatkan adiknya itu merengus kasar. Tubuh tegap Kevin itu terus ditolak jatuh ke tanah.

"You jangan jadi bengap boleh ?! Gudang lama tu , tak ada apa pun ! Isteri you tak ada dalam tu !"
Kevin memandang Kyle tajam.
"I takkan balik selagi I tak jumpa isteri I ! I nak isteri I depan mata I !"

Kyle meraup wajahnya kasar. Tertekan dengan keadaan Kevin sekarang. Dah macam budak-budak ! Tahulah hilang bini tapi tak payah lah jadi bodoh sangat !

"Gudang tu dia dah pasang bom , Kevin. You nak mati katak saja ke tanpa jumpa isteri you dulu ? Ya Allah , stressnya aku dengan kau !"
Kini rambutnya diserabutkan dengan wajah yang betul-betul tertekan.

"Aku dah periksa sekeliling. Dia memang perangkap kau ni."
Ilman memicit kepalanya dengan keluhan. Zidan pula memerhati dua orang itu yang memang sudah tertekan dengan Kevin. Zidan menepuk bahu Kevin perlahan.

"Aku pasti. Dia tak bawa isteri kau jauh. Kan ada budak Ilman yang perhatikan isteri kau."
Kata-kata semangat di berikan pada Kevin supaya lelaki itu berfikiran waras. Entah ke mana agaknya Kevin yang bertindak mengikut rancangan.

Kevin mengetap bibir menahan sebak yang tiba-tiba bertandang di hati. Syada... I rindu you...

Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati sahaja. Rasa rindunya semakin membuak-buak mengenangkan keadaan Syada yang mungkin teruk.

Bagaimana dia mahu menempuh hari-harinya dengan senang sedangkan isterinya sedang terseksa ?

Kevin menarik nafas. Mengumpul semangat-semangat yang dahulu kian hilang mendengar berita tentang Syada.

"I nak you balik dengan selamat , Syada. Kalau jadi apa-apa pada you , I sanggup jadi pembunuh. Demi you , sayang..."
Langit gelap tanpa bintang itu dipandang sepi.

Manakala 3 lelaki yang dari tadi bersamanya berpandangan.
"Aku blah dulu lah. Tak nak kawan dengan pembunuh. Rosak imej aku sebagai anggota polis."

Serentak itu juga , pandangan membunuh Kevin , Kyle dan Ilman tertumpu padanya buatkan Zidan tidak senang duduk.

"Kitonyo gura ja."

Belakang leher yang tidak gatal digaru janggal.
Menyeramkan !








KLAKK

Syada memang lelaki yang mengeluarkan senjata api itu terkebil-kebil. Red pula sudah terdiam. Tidak terkata.

"Kau khianat aku , Joe ?!"
Lelaki bernama Joe itu tersenyum sinis. Topeng muka yang dari hari pertama bekerja dia pakai , ditanggalkan. Dia tersenyum sinis.

"Hai , abang."
Syada dan Red sama-sama terkedu.
"Kau memang tak guna , Rafiq !"
Rafiqi tersengih gembira.
"Kecil hati aku , abang. Janganlah marah-marah. Tak elok untuk orang tua !"
Syada mengemam bibir. Menahan diri dari mentertawakan Red.

"Lah , kenapa diam je ni ? Tak gembira tengok muka adik kau ni ?"
Syada memandang Red dan Raqifi silih berganti. Memang sama. Sebijik !

"Jadi..."
Red dan Rafiqi memandang Syada yang sedang memandang mereka berdua.
"Kau yang datang majlis hari tu. Oh , no wonder biadap gila !"

Red mengetap bibir. Manakal Rafiqi sudah menyunggingkan senyuman sinjs.
Ya , dia yang datang ke majlis hari itu. Bukan Rafiqi. Disebabkan wajahnya dan Rafiqi seiras , senang dia mahu menggunakan identiti Rafiqi. Kebetulan pula Rafiqi ada kerja di luar dan tidak dapat hadir di majlis perkahwinan Kevin.

Dan hanya Ilman sahaja yang tahu waktu itu.

"Jadi isteri Kevin yang I tak tahu namanya , nak buat apa dengan dia ?"
Syada senyum. Diam. Dia memikir.
"Lepaskan dia."

Rafiqi memandang Syada pelik. Syada pula sudah menyerabutkan rambutnya. Hujung lengan kemeja dia koyakkan. Red pula sudah terpinga-pinga.

"Kau rasa..."
"Kau akan terlepas bila Kevin tahu kau cuba bunuh isteri dia ?"
Senyuman Rafiqi kembali melebar. Pintar !
Bijak betul isteri Kevin ni.

"Kau fitnah aku !"
"Eh , tak. Itu hakikatnya kan ? Kau culik aku untuk bunuh aku dan jatuhkan Kevin."
Red mengepal tangannya kuat. Rafiqi yang sedang leka itu dikerling. Dengan sekali tangkapan sahaja , Red merampas pistol di tangan Syada dan diacu pada kepala sendiri.

"Jangan ikut aku !"
Syada dan Rafiqi diam. Red mula mengambil langkah menjauh dari mereka.
"Kau jangan ingat aku akan diam saja !"
"Aku akan pastikan kau , kau dan Kevin ! Mati di tangan aku !"

Syada berpeluk tubuh.
"Cubalah."
Red memandang Syada tajam.
"Kau cabar aku ?"
"Aku cuma nak kau capai impian kau. Bunuhlah. Aku dengan adik kau ni."

Kini , Red mengacukan Glock 18 itu kearah Syada.
"Kau ingat aku tak berani ?!"

BBANG !

Tembakan di lepaskan secara rambang dalam dia melangkah mahu keluar dari situ.

Tidak disangka , salah satu tembakkannya mengenai tepat di bahu Syada membuatkan wanita itu jatuh.

"Kau yang minta ! Pergi mampus !"

Kelibatnya hilang dari pandangan Syada dan Rafiqi. Rafiqi pula kalut mendapatkan Syada yang memegang bahu itu.

"You okay tak ?"
Syada mengangguk kecil. Okay ke tak , sakit jugak !
"Jomlah. I bawa you ke hospital. Banyak darah keluar ni."
Rafiqi memandang Syada sekejap.

"I minta izin papah you ya ? Takkan I nak biarkan you berjalan seorang ?"
Syada diam. Mengangguk lemah sebagai jawapan.

"Tahan dan jangan tutup mata. I tak nak kena bunuh dengan Kevin."
Syada tersenyum kelat sebelum pandangan jadi gelap.

"Ya Allah !"
Tubuh Syada terus disambut.
"Aku dah kata jangan tutup mata !"

Terus sahaja tubuh Syada digendong dan dibawa keluar dari tempat itu.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now