RUMAH Tuan Mawi sudah meriah dipasang khemah untuk kenduri doa selamat dan juga kenduri pertunangan anaknya dan juga Ilman.
Tidak dia sangka , anaknya akan berkahwin dengan anak buahnya sendiri. Masa berlalu terlalu pantas. Sudah tiba masanya juga dia serahkan Moon pada lelaki yang akan bergelar suami nanti.
"Ayah ?"
Moon mencuit bahu Tuan Mawi yang mengelamun itu dengan senyuman.
"Apa yang ayah fikir tu ? Tak nak kongsi dengan Moon ?"
Malam tadi dia sudah tiba di Malaysia. Cuma , dia belum sempat bertemu dengan Ilman lagi. Dia dengar dari Tuan Mawi , lelaki itu agak sibuk untuk menyelesaikan kerjanya. Dia mahu habiskan semua kerjanya sebelum majlis pertunangannya dan juga Moon."Ayah tengah fikir. Satu-satunya anak perempuan ayah nanti akan hidup dengan lelaki lain."
Moon tersenyum. Dia duduk bersebelahan Tuan Mawi."Moon takkan tinggalkan ayah. Moon tetap anak ayah. Ayah janganlah risau..."
Tuan Mawi memeluk bahu Moon erat.
"Moon satu-satunya anak ayah , sayang... Berat ayah nak lepaskan Moon. Tapi , apakan daya ? Moon berhak bahagia."Menitik air matanya mengenangkan tentang Moon. Ya Tuhan... Secepat ini dia harus melepaskan anak tunggalnya ?
"Sudahlah buat drama air mata , abang oii. Anak awak tu nak kahwin. Bukannya nak mati !"
Tangkas Tuan Mawi mengelap air matanya. Jelingan tajam diberikan pada Puan Anzalna."Awak apa tahu ? Dia satu-satunya anak saya !"
"Pembetulan. Anak kita ! Saya yang beranakkan dia. Saya tahu lah !"
Moon tergelak kecil.Alahai mama dengan ayah ni. Comel betul ! Dah tua-tua pun bergaduh macam budak sekolah lagi.
Apa yang dia dengar dari Puan Anzalna , Tuan Mawi dulu merupakan seorang gengster sekolah. Selepas jatuh cinta dengan Puan Anzalna , itu yang berubah drastik. Jadi polis terus !
Tapi sayang , kisah Tuan Mawi dan Puan Anzalna tidak seindah sekarang. Mereka sekeluarga dibuang bagai anjing kurap bila Tuan Mawi menolak untuk berkahwin lain. Alhamdulillah , walaupun sekarang masih ada yang bermasam muka , mereka bahagia dengan cara mereka sendiri.
"Janganlah gaduh. Tak malu ke orang tengok ?"
Moon kembali bersuara. Mana tidaknya. Pekerja-pekerja yang memasang khemah itu semua memandang mereka. Haih lah.Tuan Mawi tergelak kecil bila Puan Anzalna mengalah dan masuk ke dalam rumah semula. Fokus Tuan Mawi kembali pada Moon. Pipi Moon ditekup dengan kedua belah tangannya.
"Puteri kecil ayah..."
Moon senyum.KEVIN menoleh memandang Syada yang sedang bersiap untuk berangkat ke majlis pertunangan Moon.
Senyuman terukir. Dia sudah keluar hospital. Lagipun , bukannya cedera parah. Pengsan sebab terkejut sahaja.
"Anak papa..."
Perut Syada yang sedikit membuncit itu diusap perlahan. Syada pula sibuk melilit selendang.
"Lama betul you ni bersiap , yang... Tadi , you suruh I bersiap dulu. Bila I dah bersiap , you tak siap-siap lagi !"
Syada menampar tangan Kevin. Potong mood betul !"Sekejap. Sikit saja lagi ni."
Kevin buat muka. Tipikal perempuan pakai tudung ! Ingat dia tak tahu ke ? Mahu setengah jam lagi kena tunggu."Tak sabarnya nak jumpa Moon. Mesti dia cantik hari ni !"
Kevin menggeleng. Dia kembali sambung main telefon pintarnya. Bukan buat apa pun. Sekadar berbalas mesej dengan Zidan yang meroyan sebab Ilman dah nak sold out."Abang."
Kevin mengangkat wajahnya. Memandang Syada yang tiba-tiba sahaja berwajah kelat.
"Kenapa ni ?"
Dia bangun dan melangkah kearah Syada dengan wajah risau. Mana tak risau ? Tadi elok membebel. Ini berwajah tidak senang pula.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.